Gambar Contoh : camnie lah design rumah sewa aku dulu. |
Aku
ada terbaca satu thread nie..citer pasal ada dengar bunyi org tarik kerusi,
main guli dan berdentam dentum kat atas siling dan macam2 bunyi pelik di atas
siling.
Bunyi
orang seret kerusi@ perabot
Tahap Bunyi : Kuat dan menyakitkan hati
Bunyi
nie paling kerap aku dengar. Setiap malam. Macam orang tengah pindah rumah
@ orang kemas rumah. Mustahil setiap malam alihkan perabot kan. Yang tak
logiknya, dari siang sampai kul 3, 4 pagi pun masih seret kerusi. Banyak sangat
ker perabot dia, atau atas rumah aku nie gudang perabot. Aku syak jiran atas
akulah lah kan. Beberapa tindakan
susulan telah diambil oleh aku seperti di bawah nie (ayat cam surat gomen plak)
:
Solat berjemaah dan banyak m’baca al-quran
Rasa nak report polis . Tapi tak report
lagilah.
Adu kat wakil penduduk. Diorang dah naik
tapi tak der orang.
Kadang2 sambil tengok TV aku jerit kat
orang atas,” woiii!!! ko boleh tolong diam sket tak”.
Last sekali , geram punya fasal , aku pun
naiklah atas, ketuk pintu rumah jiran atas. Ketuk punya ketuk. Takder saper pun
keluar. Jenguk kat tepi dapur dia. Pintu tutup, tapi kat luar dia banyak kotak2
lama. Macam rumah yang dah lama tinggal. Ait, misteri nie. Baru tadi bunyi
orang alihkan perabot punya kuat, aku naik atas ketuk pintu, tapi takder orang
jawab. Sunyi plak tue.
Bunyi
guli jatuh
Yang
nie pun sama. Sampai ke subuh. Yang ni pun kerap, tak kira malam atau pun siang. Bunyi slow tapi jelas.
Bunyi
orang membasuh lantai menggunakan penyapu lidi.
Boleh
faham tak?.. Sedetail itu aku boleh gambarkan. Yang nie sekali dua jer. Tapi
yang peliknya pukul 5 pagi. Rajin tak jiran atas aku?
Pelik
kan, Bunyi macam2, tapi bila ketuk takder siapa jawab.. Tapi malam lampu rumah bukak. Selama setahun setengah aku
duk kat situ , sampai aku dah pindah, aku tak tau siapa pun yang duduk kat
rumah tu. Hantu ker orang. Kadang2 sampai aku dan wife aku terfikir, jiran atas
aku nie proses dadah kot. Tapi dalam 3 rumah yang pernah aku sewa, rumah yang
‘berhantu’ nie tetap yang paling best. Sebab rumah nie, rumah pertama aku dan
wife aku belajar berdikari (berumah tangga).. Dua rumah yang lain selepas itu,
rumah bertingkat jugak, tapi Alhamdulillah takder bunyi2 yang pelik.
Apartment Impian Damansara Damai.Aku duk tingkat 2 |
No comments:
Post a Comment