Baru-baru nie aku gi Team Building kat Pangkor. 3D2N..25-27 September 2013, kat Teluk Dalam Resort Pangkor. Ni first time aku jejak kaki kat Teluk Dalam Resort nie. Selalu gi Teluk Nipah jer. Teluk Dalam Resort nie lain sket. Naik bot sama, kat Jeti Lumut tapi terus turun kat jeti Teluk Dalam. Tak macam pergi yang biasa2 tue, bot singgah kat Pekan Pangkor dulu, Pas tu naik van untuk ke destinasi. Tapi kat Teluk dalam nie pun kena naik van gak, bezanya dekat jelah dan van yang diorang sediakan memang van resort. Bab penginapan plak. Mak aiii.. Sikit punya jauh dah, chalet dengan dewan kursus. Duk seminggu kat sini makin kurus lah jawabnya..
Jeti Teluk Dalam Resort |
Baru sampai jeti. Snap dlu 2 3 keping sementera tunggu driver jemput. |
Baru sampai jer nie. Lepak2 dalam dewan sementara nak tunggu kunci bilik |
Aktiviti pertama :
Jungle Tracking.
Aktiviti yang paling aku suka. Trek asal yang diorang nak bagi 7 km..tapi disebabkan trek licin diorang pendekkan ke 2 km jer. Ok lah..buat2 lepas gian mendaki. Trek ok, cuma licin jer lah sebab baru lepas hujan. Biasalah tue, mana2 trek gunung yang aku pergi sebelum nie pun licin gak walaupun tak hujan. Tapi trek kat sini banyak pacat. Ulor pun ada..
Nampak tak? Ulau melengkau. Ular kapak kot. |
Aktiviti Ke2 : Berakit
First time nie. Diorang bagi buluh, pelampung dan tali. Buat rakit, pas tu belayar. Sape sampai dulu dia menang. Nilah aktiviti paling penat sekali. Sampai2 rasa cam nak muntah plak. Nasib baik habis berakit, boleh terus balik bilik. zzzzzz. Sebab kul 3.30pm kena sambung aktiviti lain plak.
Aktiviti ke3 : Paint Ball
Ni pun first time gak. Seronok gak main game nie. Walaupun masa taklimat keselamatan sebelum game, macam seram jer bunyinya. Tapi bila dah main, seronok plak. Kitorang ada 4 group jer. Satu group ada 9 orang. Tapi untuk paint ball nie satu team kena hantar 5 orang wakil jer. Ok mula2 sekali sebelum start game,
Abang Taklimat |
Taklimat Keselamatan :
Yang ni wajib.Diorang akan bagi penerangan ringkas tentang cara2 permainan, peralatan, aspek keselamatan, peraturan.
Peralatan :
Face Mask / Google (Google jer Yahoo atau mozilla tak dibenarkan). Yang nie amat penting. Nak main paintball, face mask wajib kena pakai. Ia lebih penting dari maskara yang pompuan selalu pakai tue, Sebab nak melindungi muka kita terutamanya mata dari terkena tembakan. Face Mask nie, tidak boleh dibuka sesuka hati ketika masih dalam kawasan permainan, walau dalam apa jua situasi pun. Kalau dah game over pun tapi masih dalam kawasan permainan, mask tak boleh dibuka sehingga keluar dari kawasan permainan. Sebab kalau kena mata bleh jadi Kasim Selamat. Kalau korang terer main seksefon, boleh terus tukar nama jadi Osman Jailani.
Marker @ 'Senjata' (Dilengkapi Tangki Karbon Dioksida (CO2) @ Tekanan Udara Tinggi (HPA) Dalam paintball diorang tak panggil senapang atau M16, walaupun bentuknya seakan akan senjata sebenar. Marker nie, dilengkapi ciri keselamatan. Dimana ada butang on/off untuk mengaktifkan marker.Kot2 lah tertekan picu kan.
Pallet (Peluru Paintball)
Pallet ni kira peluru lah.. Bentuknya bulat dan kenyal. Dalam nya ada cecair berwarna.Masa kitorang main, pallet yang diorang bagi berwarna oren. Tak perlu risau coz, kalau kena baju pun, kesan warna tu boleh hilang. Setiap orang akan dibekalkan dalam 50 pallet dalam satu2 permainan. Pallet ni mudah pecah. Pallet nie kalau kena kulit melecet gak lah. Tapi taklah sampai sakit berdenyut2 pun. Cuma tinggalkan parut. Ni dah kat 2 minggu pun masih tak hilang parutnya. Seeloknya kalau nak main paitball, pakai baju lengan panjang lah yer.
Body Vest nie tak lah wajib sangat dipakai. Keutamaan untuk orang perempuan, maklumlah mereka ada part2 yang sensitif kan. Tapi dapat pakai pun best gak, rasa macam anggota VAT69 plak.
Peraturan Permainan : (Berdasarkan permainan di Teluk Dalam)
2 Team (1 team 5 orang)
Gelanggan permainan terdiri dari 2 kawasan. A dan B. Ada kawasan permulaan. Ditengahnya ada satu garisan sempadan, dan diletakkan 2 bendera. Satu di kawasan A dan satu lagi di kawasan B. Setiap pemain tidak boleh bergerak melebihi sempadan masing2. Kot lah xcited sangat nak jadi rambo kan. Sekiranya terlebih, team tersebut dikira kalah.
Undian akan dibuat, untuk memilih kawasan.
Beberapa Marshal akan berada di dalam kawasan permainan, untuk memantau dan mengadili permainan tersebut.
Camner nak menang?
Apa yang perlu dibuat ialah, setiap team perlu berusaha mengambil satu bendera milik mereka yang diletakkan di tengah2 sempadan permainan. Pemenang dikira sekiranya seorang pemain dari mana2 team tersebut berjaya mengambil bendera tersebut dan berpatah balik dan meletakkan bendera ke tempat yang ditetapkan (biasanya diletakkan di garisan permulaan). Pemain yang membawa bendera akan diperiksa sama ada terkena tembakan atau tidak.Sekitranya clear, team tersebut dikira menang.
Kalau terkena tembakan semasa membawa lari bendera?
Kalau korang sempat ambik bendera dan masa patah balik, korang ditembak, letakkan bendera tu kat mana korang ditembak tadi. Tinggalkan bendera dan pergi ke kawasan mati. Geng korang yang lain boleh sambung ambik bendera tu nanti.
Masa yang diberi adalah lebih kurang 10 minit.
Jika terkena tembak.?
Korang dikira 'mati' walaupun yang tembak korang adalah geng korang sendiri. Patah balik ke belakang (tempat bermula) menuju ke kawasan 'mati'. Duk diam2 jer. Tengok geng2 korang meneruskan perjuangan. Walaupun dah mati Face Mask tetap tak bleh buka lagi. Sampai lah korang keluar dari kawasan permainan nanti.
7. Tamat.
Enjoy gak lah main paitball nie.. Dapat main 3 kali game. First Game jer yang menang, 2 game lagi kena tembak. First game ni lah yang aku kantoi. Lepas aku dapat bendera dan patah balik letakkan bendera. Aku terus angkat tangan. Penat berlari punya pasal, pakai plak mask, rasa macam nak sesak nafas time tu. Apalagi tindakan refleks lah, aku terus buka mask.Tak pasal2 kena soud ngan marshal "pakai mask!!!'' Soriii bro..tak sengaja..Team kitorang dapat tempat ketiga. Untuk penutup game nie, setiap team hantar 2 wakil bentuk satu team dan lawan marsyal. Marsyal 3 orang jer, kitorang 8. ha ha. Lauk lah. Tapi diorang dah biasa main, kitorang plak baru first time. Diorang plak duk atas bukit kitorang kat bawah. Cuba teka siapa menang? Kitorang lah menang. Walaupun ada 2 3 geng kitorang dah kena tembak. best best.
Aktiviti ke4 - BBQ , karok..dan Persembahan Kumpulan.
Aktiviti santai jer. Balik awal tak larat nak tunggu sampai habis.zzzzz
Aktiviti ke-5 -
Tak ingat nama game tapi adalah 4-5 game sebelum balik. Habis kul 1.30. Naik van, gi jeti, naik bot. Time ni nampak seko2 dah lemau dah. Sampai Lumut terus naik bas. Tido. Time balik nie punyalah lama aku rasa. Mana taknya, dari Lumut kul 3.30pm sampai KL kul 10.00 malam.. warkkkh penat!!!!!.
Menanti van tiba untuk ke Jeti.Beg semua dah clear. Diorang dah angkut ke jeti |
Citer pasal Teluk Dalam Resort ni plak. Resort nie agak sunyi sket lah, jauh dari pekan dan kedai2 makan. Tak macam kat Teluk Nipah yang selalu aku pergi tue. Depan chalet melambak kedai makan dan kedai runcit dan kedai2 menjual cenderahati. Kat sini nak kuar pun jauh. So kalau datang sini memang harap makanan yang resort sediakan je lah. Siapa jenis yang nak duk bilik jer, mandi laut dan swimming pool ok lah. Satu lagi kat sini jenis chalet sebiji2. Ada yang dekat ada yang jauh. Kena yang jauh memang azab lah nak berjalan ke kafe. Chalet yang aku dapat agak jauh dari Lobi. TV plak, ada siaran tapi langsung tak jelas. So kalau datang jangan lupa bawa lap top yer. Bagi aku resort ni kalau nak wat family day oklah, sebab banyak kawasan lapang untuk wat game. kalau nak bercuti sambil shoping2 dan makan2 biasa-biasa jer.
No comments:
Post a Comment