PETRONAS Brands Maaf di atas kesulitan. Kami amat terharu dengan sambutan yang menggalakan, dan kami sedang berusaha untuk menambah stok payung di stesen-stesen PETRONAS dengan segera. Namun, promosi masih berlandaskan sehingga stok masih ada. Diharapkan anda terus mencuba dalam minggu ini, sekali lagi, maaf di atas kesulitan.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Mesralink di talian 1300 88 8181.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Mesralink di talian 1300 88 8181.
Sumber : Dari Admin FB Petronas Brands..
Terpikir
plak tetiba tadi nak jengok FB Petronas..
Aku
ingat takder orang kisah tak dapat payung..hakikatnya..
Kesian,….
FB Petronas kena serang ngan orang-orang yang menuntut payung..Salah korang
jugak. Aku ingat aku sorang jer tak dapat tuntut payung tue, rupenya ramai dah
mengamuk kat FB tu. Apa sahaja post Admin Petronas tu, semua komen fasal payung.
Komen langsung takder kena mengena ngan posting diorang.
Bukan
kat FB jer, kat kaunter pun ada yang mengamuk marahkan staff Petronas, coz
payung tak dapat.. Dah diorang janji
kan..Nak lah tuntut jugak..Tapi tak perlu lah sampai nak mengamuk..payung jer
pun..Baru sempat tanya kat 2 stesen.. Dua2 stesen kata payung habis stock. Pas tu
dah malas nak tanya dah..Aku tak kisah sebab tak dapat payung tapi tak puas hati coz ada
staf diorang (Stesen Petronas) yang takder budi Bahasa.
Adalah
satu stesen minyak tu. Petronas Sebelah Klang Sentral.. Tinggal satu cop jer
nak dapat payung. Aku pun isi lah RM20.00 coz nak dapat kan last cop tu.. Masa
bayar tu aku hulurlah kad penebusan tu minta cop n nak tebus payung. Staf
petronas tu (Lelaki) arahkan aku isi minyak dulu..Coz dia kata nak SEMAK aku punya resit. Pas isi
aku pun datang balik. Mintak resit + cop + payung. Dia dengan selamba cop kad
tu n bagi balik kad tu kat aku tanpa cakap apa2. Pas tu selamber jer borak ngan
kawan sebelah dia . Terpinga2 pinga gak lah aku kat kaunter tue.... Aku plak
yang kena Tanya.
Aku
: “ Dik, so camner nie..tak boleh tebus ke nie?
Staff
Petronas : “ Stock habis”
…krik…krik…
Cam
tue jer. Mintak maaf pun tak..Tadi suruh aku isi minyak dululah, cakap nak
semak resit dululah. Dia punya arahan cam payung tu ada stok jer.. mintak maaf
pun tidak..
Kan
boleh je cakap, time aku bayar tadi n masa aku hulurkan kad nak cop “ MAAF bang, payung dah habis stok.
Susah ke?..Bukan nak salahkan n marah kat diorang pun. Coz diorang pun cuma
kerja n ikut arahan atasan jer. Tapi..yang membezakan seseorang adalah budi Bahasa.
Orang bawah yang ada budi Bahasa lebih tinggi nilainya dari orang atas yang
takda budi Bahasa. Faham tak…?
Moral
of the story...kalau nak buat apa2 , prepare betul2..stock kasi cukup..Dia
punya Promosi payung cam nak bagi hadiah sebiji Audi. Dari yang aku baca kat
FB, diorang kata setiap Stesen Petronas cuma dibekalkan 10-20 payung sahaja..
Aiyak..Kalau fikir betul2 memang tak logiklah lah kan.. Memang ada terma dan
syarat selagi stock masih ada..Tapi masalahnya customer tak tau pun stock masih
ada atau tidak.. Yang diorang tau, tempoh penebusan masih valid dan promosi
masih dijalankan.
Lain
kali tulis lah kat stesen minyak tu. Tampal besar2, WOI STOCK PAYUNG DAH HABIS
!!. Ini dah lah tak tulis, kad penebusan masih edar, poster promosi masih tampal..Diorang dah tau stock dah takder tapi masih buat promosi..
Lain kali kan PETRONAS, kalau bajet CIPUT tapi still nak wat 'kebajikan'..Buat terma tambahan cam nie.
*
TERHAD UNTUK 1000 PELANGGAN PERTAMA YANG MEMBUAT PENEBUSAN SAHAJA.
(SIAPA CEPAT
DIA DAPAT).
PDB staff buat KPI yang bodoh dan banggang. Nak naik kan sales dengan cara menipu rakyat Malaysia. Itulah bubuh presiden yang lembab, kalau ada Hassan Merican dah mampus kena manager kat PDB tu.
ReplyDelete