Mengikut cerita, penentuan abjad awalan A,B,C,D no plat kenderaan ditentukan berdasarkan keupayaan dan kamampuan sesebuah negeri tersebut memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan
A ?
Penduduk
Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga
mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu,
Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya
kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu
sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada
tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan
kereta semakin meluas.
Berdasarkan
penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki
kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat
D).
Penentuan
plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan
sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu
mengikut negeri/fungsi.
No comments:
Post a Comment