Sekadar gambar hiasan.. |
Alamak,
anak kena gigit tebuan plak. Kul 12.30 tengah 16.10.2014 hari tu, wife kol kata
taska ada call bagitau anak kena sengat tebuan. Panik + confius jap, mana plak datang
tebuan dalam taska?. Aku panic coz tak tau jenis tebuan yang sengat dia n tak
tau keadaan sebenar anak time tu. Terus mintak half day kat bos. Apa2 hal balik
dulu. Family first. Orang kata, kalau disengat tebuan jangan ambil mudah. Kena
plak kat budak yang umur 1 tahun ++ nie.
Sebelum
tu, sempat call mak kat rumah, mintak tolong ambik dulu anak kat taska n bawak
ke klinik sebelum aku sampai rumah. Aku pun tak tau kenapa diorang (taska) tak
nak tolong bawakkan anak aku ke klinik dulu. Tapi diorang kata diorang dah
keluakan sengatan tu n letak minyak. Raykarl pun ok dah tak nangis. Cuma lebam
kat tempat digigit. Apa pun thanks coz bagitau.
Sampai2
terus gi rumah mak, coz mak aku dah ambik. Tapi tak sempat bawak klinik coz
klinik wat masa nie rehat. Klinik kat tempat aku memang camnie. Time rehat dia
pun rehat. Takder dokter ganti. Maklumlah klinik Kg.
Aii,
konfius gak aku nie, Aku tengok Raykarl ok jer. Kan main lasak lagi dia main
kat umah mak aku. Macam takder apa2. Aku bawak gaklah ke klinik. Coz kesan
sengatan nie bukan terus Nampak. Luaran maybe ok, tapi dalam tak tau. Dokter
tak bagi apa2 ubat pun. Tapi dokter minta aku refer anak ke hospital, untuk pemeriksaan
lebih lanjut. Terus ke PPUM. Dokter kat PPUM kata setakat nie ok, takder tanda2
yang boleh menyebabkan ditahan di wad. Cuma dokter nasihatkan monitor anak
dalam tempoh 24 jam. Kalau ada tanda sesak nafas, bengkak kat dalam tekak, bengkak
tempat gigitan semakin membesar, demam ke atau nampak tak berapa sihat terus
bawak ke klinik/hospital semula. Malam tu dia ok jer, Cuma tak boleh nak sentuh
tempat bengkak tu. Time dia tido tu adalah sapu minyak dan cuba beberapa petua
yang aku baca.
Soknya,
hantar gak ke taska, coz pagi tu dia nampak dah ok. Cuma pesan kat cikgu taska
tu mintak tolong pantau perkembangan kesihatan dia. Masa hantar tu sempatlah
baca rekod aktiviti semalam kat taska tue. Aktiviti “ mengenal pokok dan bunga”(lebih
kurang camtulah). Ohhh, patutlah. Konfius gak semalam, camner tebuan tu boleh
masuk taska. Rupanya semalam ada outdoor aktiviti. Raykarl plak memang jenis
yang noty sket n lasak. Semua benda dia nak kutip. Ulat gonggok kat rumah tu
pun selamber jer dia pegang. Kalau abang dia, ulat tu letak depan pintu, terus
tak berani kuar rumah. Jangan kata ulat, kucing pun abang dia takut. So fa, Alhamdulillah
setakat nie semua dah ok.
Nampak tak, muka budak yang lasak blah kiri tu... |
No comments:
Post a Comment