Saturday, September 4, 2004

Bersiar siar di Gunung Ledang.

Bertolak dari Komuter BT3 Shah Alam
Tak sangka, just borak2 kosong kat kedai mamak lepas habis kelas, boleh timbul idea nak panjat gunung. Kalau diorang tanya aku, memang gunung ledang lah, coz aku pernah 2x ke sana. 

Lepas tu, apa lagi cari orang lah..Alhamdullah ada sambutan walaupun tak ramai. Kawan2 terdekat jer. Yang bagusnya, rata2 member2 aku nie first time mendaki. Masing2 siap beli beg baru. Terbaik lah korang. Semangat.

Lepas tu baru buat proper mesyuarat kat kedai mamak. 

Buat surat ke Pengurusan Gunung Ledang n mohon renjer. Tak ingat dah aku, time tu berapa caj untuk ranjer. Disebabkan tak ramai kitorang dapat satu ranjer. Baru2 nie jer, kena guna ranjer, coz sebelum2 nie yang aku pergi, cuma kena daftar n terus buat pendakian. Balik pun sama. Mungkin untuk tujuan keselamatan.



HARI BERTOLAK

Berkumpul di Stesen Komuter BT 3 Shah Alam. Lepas tu Naik  tren ke Stesen Kuala Lumpur. Sambung plak, Jalan kaki dari dari Stesen Komuter KL ke Stesen Bas Pudu. Memang azab jugak lah masa tu. Tapi disebabkan berjalan beramai-ramai, so, tak rasa penat sangatlah. Perjalanan di teruskan dengan menaiki  bas ekspress ke Muar Johor. 

3 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Stesen bas Muar. Ikut perancangan asal, turun sahaja di Muar kami akan menaiki bas ke Tangkak. Tapi malangnya tiada perkhidmatan bas dari Muar ke Tangkak. Nak atau tidak, kenalah naik teksi dari Muar terus ke Tangkak. Tiada pilihan walaupun tambang teksi agak mahal dan memandangkan masa semakin gelap kami terpaksa menaiki teksi ke Gunung Ledang. Kelebihan naik teksi nie, teksi akan sampai terus ke pintu masuk Gunung Ledang berbeza dengan menaiki bas. Bas hanya akan berhenti di jalan besar simpang masuk ke Gunung Ledang. Jarak Simpang Masuk dari Jalan besar ke pintu masuk Gunung Ledang dalam 30minit perjalanan. Dengan beg yang berat dan hari yang semakin gelap hanya akan membahayakan kami.

Alhamdulilah sekitar jam 6.30 petang (khamis) kami sampai di pintu masuk Gunung Ledang. Sampai sahaja, pintu pagar masuk dah ditutup oleh pihak pengurusan untuk pengunjung walaupun untuk tujuan pendakian. Jadi terpaksalah kami bermalam di luar pntu masuk ke Gunung Ledang. Kami mendirikan khemah di kawasan tempat letak kereta dan membuat unggun api.
Malam tu renjer  yang ditugaskan untuk membawa kami iaitu abang Najmi datang melawat kami di luar dan memberi sedikit penerangan proses pendakian esok. Malam tu tiada aktiviti pun. Just borak-borak kosong. Rupanya ramai lagi team yang baru sampai n pacak khemah kat luar nie.

Sebelum panjat, jom tengok track dulu :


Kami punya planning : 

Hari Pertama

1. Pendaftaran 
2. Pendakian - Kolam Puteri ke Kolam Gajah (Campsite CP4)

Hari Kedua

Kolam Gajah ke Puncak Ledang / Puncak Ledang ke Kolam Gajah

Hari Ketiga 

Turun ke bawah / Balik


Bergambar di Gua Kambing


PENDAKIAN (HARI PERTAMA)







PENDAFTARAN

Esok paginya ;
Mula-mula kena wat pendaftaran dulu. Sebaik selesai pendaftaran kami berserapan pagi dan kemudian renjer memberi sedikit taklimat aktiviti pendakian dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.

Sekitar jam 9 pagi, dimulakan dengan bacaan doa kami memulakan aktiviti pendakian.

TRACK 1 – KWSN PERKELAHAN KE KOLAM PUTERI (900 kaki)

10 minit perjalanan pertama tidak begitu mencabar kerana  trek mendatar dan ada kemudahan tangga-tangga yang dibina untuk memudahkan pengunjung yang datang bersama keluarga dan masih di kawasan orang awam.
Persinggahan pertama adalah di Kawasan Kolam Puteri. Tempat ini dijadikan tempat berkumpul kerana ia kawasan terakhir kepada orang awam (pengunjung) sebelum memasuki kawasan sebenar pendakian. 

TREK KE-2 – KOLAM PUTERI KE KOLAM GAJAH (cp4)

Trek di sepanjang kawasan ini agak berbukit, cerun dan licin. Berbanding pengalaman pendakian sebelum ini, pendakian kali ini agak relaks  sedikit dan kami banyak berhenti rehat. Ini mungkin disebabkan kami bertolak awal dan mempunyai banyak masa untuk sampai di check point ke2 di Kolam Gajah. Selalunya sesuatu perjalanan pendakian itu perlu dipercepatkan kerana mengejar waktu petang. Ini kerana di dalam hutan sekitar jam 5 petang keadaan sudah menjadi gelap. Oleh itu perjalanan perlu dirancang dengan teliti bagi  memastikan pendaki sampai di kawasan check point (tempat pekhemahan yang ditetapkan) sebelum suasana menjadi gelap.

Setelah 3 jam perjalanan akhirnya kami tiba di check point (kawasan perkhemahan) kami iaitu Kolam Gajah jam 2.00 petang.. Kolam Gajah adalah kawasan perkhemahan yang terbesar sepanjang perjalanan dari kaki gunung ke puncak Ledang. Kawasan ini berdekatan dengan punca air untuk memasak, mandi dan membersihkan pakaian. Kami akan berehat di kawasan ini semalaman dan akan meneruskan perjalanan ke puncak pada keesokannnya.
Sampai di Kolam Gajah, pacak khemah dulu. Letak barang, mandi dan cari kayu untuk buat unggun api. Pas tu baru bleh masak. Bab makan plak Menu yang paling best buat masa ini, mi maggi+nasi+sardin+telur dadar. Memang sedap, macam makan kat hotel 5 star la.


PENDAKIAN (HARI KEDUA)

TREK KE 3 – KOLAM GAJAH KE PUNCAK LEDANG

Keesokannya pagi-pagi lagi seawal jam 8 pagi kami dah bersiap meneruskan perjalanan. Kali ini perjalanan lebih relak coz tak perlu bawak beg yang besar n berat tue. Hanya beg galas kecil diisi dengan barang-barang penting, seperti makanan dan air dan sedikit kelengkapan perubatan.  Khemah semua tinggal terpacak cam tu jer, coz lepas turun dari puncak kami akan berkhemah satu malam lagi di Kolam Gajah.

Seperti dijangka trek kali ini lebih mencabar dan bebukit bukau. Pada masa ini kerjasama berpasukan amat penting. Sesekali kami berehat dan makan bekalan yang dibawa. Kami tidak boleh terlalu bayak berehat kerana perlu sampai ke puncak sekitar jam 12.00 tengahari dan perlu turun selewatnya jam 2.00pm. Ini bagi memastikan kami tiba semula di kawasan perkhemahan kami sebelum cuaca menjadi gelap. Sebab, kalau dalam hutan, pukul 4 pun dah gelap. Sepanjang perjalanan memang best lah. Pemandangan memang cun lah. 


Sebahgian gambaran track dari Kolam Gajah ke Puncak Ledang..





Setelah 4 jam perjalanan dan 2,3 bukit  kami redah akhirnya kami tiba di puncak Gunung Ledang. Tak dapat dibayangkan keseronokan dan kepuasan masing-masing setelah berjaya tiba di puncak. Alhamdulillah, semua nya selamat. Kami tiba di puncak bersama beberapa team lain termasuk satu team dari Krew rancangan Panorama RTM1 yang sedang membuat rakaman.

Sekitar jam 2 petang kami memulakan perjalanan turun dan sampai ke tapak perkhemahan kami jam 5 petang. Perjalanan balik ke camp site agak lancar dan lebih mudah berbanding ke puncak kerana trek menurun dan lebih senang.




                                                                    HARI KETIGA
TRIP BALIK

Keesokan harinya setelah mengemas barang-barang dan membersihkan kawasan perkhemahan kami bertolak turun dan tiba jam 11 pagi dan terus mendaftar keluar. Oleh kerana tiada pengangkutan untuk keluar ke Jalan besar, maka kami beramai-ramai berjalan kaki ke simpang jalan besar. Punyelah penat x ingat. Apa nak buat. Lepas tu naik bas ke stesen bas tangkak. Cari tiket ke KL. 

Nak dijadikan cerita tiket habis. So kitorang ambil keputusan menaiki bas ke stesen bas Melaka dengan harapan ada tiket untuk ke KL. Tidak habis di sini, kami sambung naik bas ke Stesen Bas Tampin dan akhirnya dari Tampin menaiki teksi ke stesen komuter Seremban menghala ke Bt.3 Shah Alam. Habis.. Dah macam program explorace la kitorang nie. Penat jangan cakaplah..Sampai kat umah sewa dalam kul 10.00 pm. Sok plak ada kelas. Apapun ekspedisi nie memang best.