Monday, July 15, 2013

Raykarl dah masuk 'Sekolah' 8.7.2013


Hari nie genap seminggu Raykarl ke sekolah (taska). Sebelum ni mak aku jaga. Tapi disebabkan mak aku sibuk meniaga di bulan Ramadan nie, aku antor le anak ke Taska . Sebelum ni memang nak hantar tapi awal sangat, baru 3 bulan. Sebenarnya risau gak nak hantar, coz Raykarl tak berapa ok lagi, kerap nangis. Tak tau lah teman, ngaper. Siang malam nangis. Tak boleh letak. Kejap pun x bleh. Kena dukung memanjang. Nak kata lapar, susu banyak minum, sakit perut pun tak. Sawan nangis kot? Takperlah hantar dulu, mana tau kat tempat orang ok. Tapi tak jugak, samer jer menangis gak. Hari ke2 balik suara dah serak. Malam tu wife fon sorang kawan dia sorang ustaz ni merangkap cikgu besar sekolah untuk datang nengok2 mana yang patut. Petang soknya ustaz tu datang berubat. Ustaz just guna sedikit minyak kasturi yang dah dibaca2. Calitkan sikit2 kat baby dan baca sesuatu (Tak pasti baca apa). Sebelum balik ustaz minta tuliskan nama baby dan nama wife. Dipendekkan citer Alhamdulillah, lusanya pengasuh Raykarl kata Raykarl dah makin ok kat taska. Syukur pada Allah dan terima kasih kat Ustaz @ Cikgu Musa yang sudi membantu. Sekarang baru rasa tenang sket nak gi kerja. Raykarl satu taska ngan abang die Rayyan. Hantar taska yang sama, senang sket wife nak hantar dan jemput.


info : 
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
  • Menenangkan Jiwa.
  • Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
  • Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
  • Menghilangkan debaran jantung.
  • Menghilangkan Sesak Nafas.
  • Melegakan Lelah (Asma).
  • Menyedarkan orang yang pingsan.
  • Memperkuatkan organ luaran tubuh.
  • Memperkuatkan organ dalaman tubuh.
  • Menghilangkan rasa gementar.
  • Menghilangkan sejuk tubuh.
  • Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
  • Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.
  • Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.
  • Menjernihkan mata putih pada mata.
  • Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan.
  • Mencegah wabah penyakit.
  • Melanjutkan usia.
  • Meredhakan Allah SWT.
Masa Yang Disunatkan Memakai Wangi-Wangian
1.    Solat
2.    Membaca Al-Qur'an
3.    Pergi ke masjid
4.    Menyambut Hari Raya
5.    Bertemu dengan tetamu
6.    Bersama suami isteri
7.    Pada hari Jumaat
8.    Menuntut ilmu