Showing posts with label Muhammad Rayyan. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Rayyan. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Besday Boy - Rayyan ke-5


Selamat Hari Jadi Rayyan - ke-5. Moga jadi anak yang soleh dan berjaya..
Kejap jer dah 5 tahun (ikut tahun dah 6). Lepas ada adik nie, nampak matang sket..Memang ada talent jadi abang. Selalu mengalah dengan perangai adik.  Next year dah masuk 'sekolah' baru (Pra Sekolah).. Semoga dapat suaikan diri dengan cepat dan belajar rajin2.. 

Monday, September 1, 2014

Salam Kemerdekaan ke-57


Baru-baru ini diadakan sambutan hari kemerdekaan di tadika anak pada malam 31 Ogos 2014. Walaupun sederhana dengan kehadiran pelajar2 tadika serta ibu bapa serta AJK Tadika, tapi tetap meriah. 


Berarak di sekitar kawasan tabika sambil kibarkan jalur gemilang + laungan merdeka.

Semangat kemerdekaan. 

Hasil kerja tak sampai setengah jam. Mula2 50/50 nak datang. Last minute baru buat keputusan nak join. Ni lah hasil nya.  Bolehlah.. Sebab tema majlis malam tu, ialah hari Kemerdekaan. MERDEKA!!!. 

Maybe dia tak faham lagi apa itu erti kemerdekaan, tapi sekurang-kurangnya dia perlu tahu, hari ini (hari kemerdekaan) adalah satu hari yang istimewa.





Thursday, August 21, 2014

Daftar Pra Sekolah Sesi 2015


Mujur masih sempat..Sibuk beraya. Hampir terlupa nak hantar .Percubaan ke-2. Percubaan pertama gagal. Harap diluluskan. Tadika sekarang pun ok. Tapi nak bagi pendedahan pada persekitaran sekolah dan pengalaman baru. Coz nanti bila dah masuk Tahun 1, mungkin akan daftar ke sekolah yang sama. 

Thursday, January 2, 2014

Rayyan n Tabika KEMAS

Hari  nie 2.1.2014 hari pertama Rayyan ke sekolah Tabika Kemas. Alhamdulilah, permohonan ke Tabika diterima. Insya Allah, tahun depan nak try masuk kan pra sekolah plak. Tahun ni mohon, tapi tak dapat. Maybe coz umur Rayyan baru masuk 5 tahun kot. Diorang fokus untuk budak umur 6 tahun. Takper. Tabika pun ok gak. Aku dulu pun sekolah Tabika Kemas.  

Sebelum nie Rayyan aku hantar kat Taska Sinar Mutiara. So sekarang dah stop. Tinggal adik dia sorang kat situ. Mula2 risau gak nak tukarkan ke Tabika. Takut tak bleh terima. Maklumlah, member2 dia ramai kat Taska. Lagi satu dia bukan boleh kalau dia gi sekolah, adik dia Raykarl tak ikut sekali. Wife aku pun apalagi pancing lah bawak dia gi Beli baju baru, beg baru, kasut. Wah kemain semangat plak nak pakai. Tak sempat2. Malam sebelum hari sekolah tu, sampai tak bleh tido lah. Akhirnya tido sekali ngan beg baru. Ini ubatnya..

Sok pagi gi sekolah pun ok. Bangun, mandi. Hari pertama aku ngan wife aku hantar. Alhamdulilah, tak nangis pun. Same cam aku dulu. Chewah.. Hari ke2 plak. Hari nie kitorang kerja, so start hari nie aku hantar kat umah mak aku dulu sebelum gi kerja. Nanti mak aku or adik aku yang gi tolong hantarkan. Tabika plak satu jalan dari umah nak gi umah mak aku. Apalagi bila melintas Tabika tapi tak berhenti, menangis lah dia. Dia ingat kitorang tak hantar dia ke sekolah..Nak hantar apa, baru kul 6.30 pagi. Tabika pun masih tutup. Nasib baik makan pujuk..Tak nak sekolah susah, semangat sangat pun problem gak nie. Sok nya hari ketiga dah ok. Rayyan dah mula faham kitorang punya SOP dah. 

Harap Rayyan terus semangat ke sekolah lepas nie n dapat belajar ilmu baru di sini. 

Lupa plak nak stori pasal Rayyan Masuk tadika. Tahun ni 2014, Rayyan dah start ke Sekolah Tadika. Dah tak hantar taska dah. Thanks 4 X taska Rayyan, Taska Sinar Mutiara. Taska yang best. Sekarang adik dia plak, Raykarl yang duk Taska tu. Rayyan  tahun nie pun genap 5 tahun (walaupun ikut bulan baru 4 thn 2 bulan). Tapi kena hantar gak ke Tadika. Nak biasakan Rayyan zaman persekolahan plak + disiplin. HAri tu ada minta Pra Sekolah tapi x dapat, maybe diorang bagi peluang untuk budak2 umur 6 tahun kot.  Apa pun Tadika pun ok.


Mula2 risau gak, takut dia tak mau..Maklumlah sekolah baru. Tapii…….tengoklah tu..

Peace Yo!!!.. Pagi before ke School..Semangat, dengan beg dan kasut sekolah yang baru. Ari ni, sesi suai kenal jer..thats y pakai sampoi jer..Lagipun, pakaian seragam tadika x sempat ambik hari tu, coz kerja.

Jommm!!!

Pagi yang gelap...
Kushuk ker termenung nie..

Semangat tu..Dok depan sekali..
Ha.. yang ni baru real punya... Baru dapat baju seragam..



Tuesday, December 3, 2013

Happy Besday Rayyan 4th Year + BBQ...

Selamat ulang tahun kelahiran wat anak sulung kami, Muhammad Rayyan ke 4.. Alhamdulillah, cepat jer masa berlalu, Sejak Rayyan dah ada adik nie, tetiba jer rasa dia dah dewasa sangat...Dulu masa wife mengandung anak kedua, dalam kete pun masih duk depan kat pangku mak dia..tetiba ada adik dah pandai duk belakang..Gi kedai pun kadang2 aku dukung lagi. Bukan tak pandai jalan, kadang2 aku yang malas nak tunggu dia pakai kasut dia...Apapun selamat ulang tahun, semoga menjadi budak yang soleh dan baik..Tahun depan insyaAllah, masuk tadika. Pra-Sekolah dah ditolak dah. Harap permohonan ke Tadika  diluluskan. aamiinn..
 
Baru jer bangun tido, terus nak bukan hadiah....Siap pakai tu.. Jangan panjat dinding sudah..kalau panjat gak siap!!.. he he.
Sedikit ole2 untuk kawan2 Rayyan di Taska sempena birthday dia..
Tiup lilin time..Besday boy + kawan2 + feveret kek angry birds nya. Time kasih buat barisan koir yang menyanyikan lagu besday untuk Rayyan.


Malam tu adalah wat makan2 sket. Potong kek and wat BBQ ngan kawan2..Jadi gak planning kitorang  nak wat BBQ. Menu ayam, hotdog, jagung, ikan (sponsor by my friend izani). Gigih naik motor ke Port Klang memancing. Dapat tiga ekor jenahak. Agak besar gak lah. TQ yer. 


Kejap jer masak. Coz bara api pun cantek, Ayam plak cepat masak, coz wife aku dah kukus awal sebelum panggang. Teknik ''Kukus , grill panggang, kukus grill panggang!!!.
Bakar dengan relaksnya..alhamdulillah cuaca baik, walaupun dah agak mendung siang tadi..

Masa untuk melantak...yang ni guna teknik cedok, ambik, telan...
Anak2 plak layan diri lah yer...Rayyan Israf n Zahrah..





So...thanks semua..bila nak wat BBQ lagi nie?? cam best lah plak..

Thursday, May 16, 2013

Rayyan dan Raykarl 2013




26.5.2013 ni genap Raykarl 3 bulan. Dah banyak idea gak perangai Raykarl nie. Alhamdulilah sihat dan pandai minum susu. dua dua pun boleh botol atau direct. Tapi suka buat perangai waktu lepas Maghrib. Kul 9 ok sket, last sekali waktu nak tidur nanti kul, 10 ke atas. Time tue, serba tak kena. Menangis sampai lah dia tertidur nanti. Tapi bagusnya kalau dah start tido malam, memang nyeyak lah nanti. Lagi satu Raykarl ni dah pandai berborak dah. Tak tau lah apa yang di borakkan. Dengar jer lah, kang tak layan kecik hati plak..bleh tak camtue. haha.





Rayyan cam biase, suka bergaya depan camera. Suka ambik gambar. Pantang mak ayah dia pegang kamera, mulalah nak tunjuk peace!!. Gambar yang aku upload ni jer yang lain sket. Yang lain, gaya gambar dia sama jer, tunjuk peace. Alhamduliilah, ada perkembangan sket sepanjang Cikin berpantang kat rumah. Hari tu cuti kan Rayyan 2 minggu , coz nak ajar dia tak pakai pampers. Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun. Sekarang tido malam dan pegi sekolah pun dah tak pakai pampers lagi. Kecuali kalau kitorang nak pergi jalan2 shopping complex ke atau travel jauh sket, baru kitorang pakaikan pampers.


Ni gambar baru 40 hari Cikin pantang. Kat Sunway Pyramid. Samelah usia Raykarl tu. Tak sabar nak kuar. he he.  Ikutkan 45 hari baru habis pantang. Masa jalan2 tu ada gak lah orang tanya.Jawab jer lah, dah habis pantang dah. he he.  Dah habis pantang, tapi stokin masih pakai kan. alamak kantoi.



Thursday, May 10, 2012

Sekolah Baru Rayyan

Sekarang Rayyan dah tukar 'sekolah'. Rayyan dah tak sekolah kat Shah Alam Lagi. Sekolah baru dia sekarang kat Meru jer. Dekat sket ngan rumah. Alhamdulillah dapat gak cari Taska yang dekat-dekat ngan rumah. Sebelum ni kami hantar ke pengasuh baby di Shah Alam. Lama dah, kat 2 tahun gak. Apapun thanks la kat pengasuh kami sebelum nie, kak Nor.

Kami start hantar kat Taska ni sejak 2.5.2012. Taska yang baru ni buka pukul 7.00 balik 6.30. Memang tak sempat lah nak gi kerja kalau kami hantar kul.7.00. Buat masa ni aku minta mak ngan ayah aku yang hantar Rayyan ke Taska. Tapi time balik kami yang ambik. Masa hari pertama tu masuk kerja lewat sket, coz nak hantar anak ke taska baru. Lagipun nak kenalkan pemilik Taska tu ngan Mak ayah aku, coz nanti diorang yang tolong hantarkan Rayyan.




Sempena masuk sekolah baru nie Cikin siap belikan beg roda Ben Ten baru kat dia lah. Punyalah semangat.  Cam biasalah masa hari pertama hantar tu, menangis lah jugak. Yang tak tahan, masa kami datang jemput dia time balik, siap dah tunggu depan pagar.  Nampak jer keter kitorang, terus lari ambik beg dia. Memang tak sabar nak balik. Tapi dah kat seminggu nie, cikgu dia kata dia dah ok sket. Menangis pun kejap jer. Itulah Rayyan. Sebelum ni dia tak pernah nangis pun masa hantar kat rumah pengasuh lama. Mungkin firt time die kekok sket. Lepas masuk Taska ni macam ada perkembangan sket lah, dia mula nak makan, pandai makan sendiri, Tidur pun tak lewat macam dulu. Kul 11.00 dah tido. Mungkin penat sekolah kot.


Saturday, November 26, 2011

BeSday Rayyan Ke-2

Hepi Besday Rayyan !!!


Dah besar dah anak ibu ngan ayah nie..


Moga Rayyan cepat besar, sihat-sihat selalu dan cepat bercakap..
nanti boleh lah kita borak-borak yer..



Sempena besday Rayyan juga kami adalah buat sedikit ole-ole untuk kawan-kawan die di rumah pengasuh tue..

Monday, September 5, 2011

RAYA 2011



Salam lebaran 2011..

Tahun ni kami beraya di Sg.Petani Kedah. Ni lah tahun pertama kami beraya disana setelah hampir tiga tahun berkahwin. Bagi aku, ini adalah yang pertama kali beraya jauh dari keluarga. Maklumlah aku dari kecik sampai sambung belajar semua kat area Selangor. Dapat kerja pun kat area Lembah Klang  gak, so takder masalah untuk balik kampung.


Kalau tanya secara jujurnya, aku memang lebih suka beraya di kg. sendiri. Sebenarnya semua orang pun sama. Ingat tak zaman kanak-kanak dulu, selalu bergaduh ngan kawan-kawan. Semua nak menang dengan cerita masing-masing.. Camtulah kita. Walau macamanapun, apa yang kita lalui tetap paling best dari orang lain.

























Tak kisahlah meriah macamana sekalipun beraya di tempat orang, tapi kalau dapat beraya di kg. Sendiri memang best. Walhal sambut raya cam orang lain gak. Lebih-lebih lagi bila dah dewasa nie. Ala kadar jer. Apa yang menarik sambut raya di kampung halaman sendiri bila dah dewasa nie adalah mengingati kenangan zaman kanak-kanak dulu. Mengingati zaman kanak-kanak di pagi raya adalah sesuatu yang menarik sangat.  

Masatulah mood raya tue datang. Teringat time-time main meriam ngan kawan-kawan, main mercun, pasang pelita, gi beraya naik beskal ramai-ramai. Belasah jer rumah siapa pun janji dapat duit raya. Masa tu 50sen dah kira mewah dah tue. Siapa gi beraya pakai kasut tali, comfirm kena tinggal kat belakang. Ha ha. Masa tu kasut raya merangkap kasut sekolah. Nie yang nak citer masa dulu-dulu nie. Sebenarnya masa tue, time pose puasa pun dah  meriah. Lebih-lebih lagi semua jiran-jiran adalah sepupu sendiri.

Meriam time.
Kitorang ambik tiang besi yang dah tak guna. Aku pun tak ingat mana datang nya besi tu, tau-tau ada kat tepi jalan. Kitorang potong. Setiap satu agak-agak dalam 7 kaki panjang.  Sumbat hulunya dengan kayu  getah yang telah dipotong, buat lubang kecik (agak-agak sejengkal dari hulu meriam) untuk dijadikan tempat isi air dan cucuh api..Satu hari gak lah kitorang kerjakan besi tu sampai jadi 2 3 meriam. Proses seterusnya, cari port. Port mesti best. Tapi jangan main pacak jer. Buat survey dulu. Agak-agak ada jiran yang ada baby kecik eloklah dielakkan bermain sekurang-kurangnya 100meter dari rumah mereka. Ha ha.



Pas tu kumpul duit, bak sini sorang RM1, buat beli kabait dan minyak tanah. Kabait tue lah bahan letupan meriam tu, dan minyak tanah untuk hidupkan api dan buat unggun api. Pas jerk habis terawih terus ke port. Mula-mula buat unggun api dulu, pas tue, BOOOMMM!!! Bermulalah perang meriam. Kalau sok sekolah, kul 10pm dah bailk dah. Kalau time esok cuti, kul 12 baru balik. Pas sahur terus jer datang port. Kalau time-tima nie, senang jer nak ajak member join sekali. Letupkan meriam. Confirm, 5 atau 10 minit kemudian, sorang-sorang datang melepak sampailah pagi. Siap tido situ lah.


Mercun dan bunga api.
Dulu masa aku budak-budak mercun belum diharamkan lagi. Bebudak kampung nie punyelah kaya. Mana taknya 5 6 hari sebelum raya kitorang perang mercun. Sepanjang jalan tu dah macam medan perang. Perang mercun nie bukan, lawan siapa paling banyak lancarkan mercun ke udara dan mercun siapa paling best, tapi perang secara berdepan.

Masa tue paling glamour adalah mercun thunder clap. Siapa yang ada memang kaya lah masa tue. Mercun tue memang dihalakan ke arah group lawan. Jarak antara team kitorang dengan team lawan adalah dalam lingkungan 100meter jer. Masa nie pandai-pandailah nak elak, memang mercun tue meletup 2 3 kaki jer dari kitorang.Semua tue tinggal kenangan jer. Selain keluarga, kenangan-kenangan tu lah sebenarnya yang buat kita sentiasa ingat untuk pulang ke kampung halaman sendiri.


Apa pun beraya bersama keluarga sendiri satu pengalaman yang berbeza. Ada keseronokannya sendiri. Actually, raya ni tak buat apa-apa persiapan sangat pun. Blum ada mood nak beraya dan menghias rumah. Coz rumah kitorang nie rumah sewa jer. 

Tunggulah kalau ada rumah sendiri nanti, maybe semangat lain sikit kot. InsyaAllah. Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.

Tuesday, April 19, 2011

Anak ibu dan ayah





Sekejap jer masa berlalu, dah besar dah Rayyan. Macam baru lagi aku temankan wife aku kat hospital masa dier bersalin. Sekarang nie dah masuk 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah semunya berjalan dengar lancar. Maklumlah, first baby, pengalaman takder. Sekarang Rayyan dah boleh berjalan. Biaselah kalau baby dah start berjalan nie, non stop, semua tempat die panjat, merata dier berjalan. Nasib baik peti ais kat rumah tinggi. Dulu risau coz dah 1 tahun 1 bulan tak berjalan lagi. Tapi masuk 1 tahun 2, Rayyan dah mula pandai berjalan..Kalau ayah or ibu dier keluar dah pandai plak nak ikut. Perangai yang terbaru nie plak bila dah 1 tahun 4 bulan, kalau gi kedai dah pandai nak minta-minta. Layan jer mana yang mampu. Kalau dalam rumah tue, penat mengejar dier. Penat, tapi seronok.  Syukor kepada Allah atas kurniaanya.


Tuesday, December 7, 2010

Birthaday Rayyan 1 Tahun + Genting Highland 26 - 27 Nov 2010



Hepi besdy Rayyan!!!!..Hari nie 26.11.2010 genap setahun umur anak kami Muhammad Rayyan. Hepi besday Rayyan!! dari ayah n ibu. we LOVE U SO MUCH!. Kejap jer masa berlalu. Diam2 dah setahun..So, sempena besday dier, kami gi bercuti2 kt Genting Highlands. Kami bertolak hari sabtu 26.11.2010 dan balik keesokan harinya.. Sesekali seronok jugak..


Kalau dah malam2 nie takder apa sangat..Tapi happening la, ramai orang. Duk luar lagi best.  Cuaca sejuk.






Bilik kecik...tu yang ambik gambor berhimpit tue...


Thursday, November 26, 2009

My first baby...

Alhamdulilah..

Semuanya dah selamat. My wife baru je lahirkan anak jam 6.18pm tadi. Sebenarnya dah dekat sehari suntuk aku bertapa kat hospital ni. Perasaan? fuhh.. takut, lega, gembira. Semua ada.  Cam tak caya dah jadi seorang ayah. 

Syukur kepada Allah yang menganugerahkan anak ini kepada kami berdua. 




25.11.2009 

7.oopm : 
Aku baru jer ambil cikin dari PPUM. Coz doctor kater dier blum nak bersalin dalam masa terdekat walau dah buka 2 cm.Kecewa sebab walaupun dah sakit pihak hospital suruh keluar dari wad. Aku sampai rumah jam 7.30pm.

9.oopm : 
Tak puas hati punyer pasal, kul 9pm aku bawak cikin ke klinik panel aku kat Damai, klinik Normah. Dokter Normah kater dah 4cm dan dah boleh gi hospital. Bertambah geram plak aku kat PPUM bile docter Normah kater camtu. Apa salahnya tahan sekejap lagi kad wad tadi. Bukan dekat aku nak ulang alik PPUM ke Damai. Tak pasal-pasal aku kena patah balik ke PPUM. So kami balik rumah dulu.


26.11.2009

12.00 malam : 
Cikin dah mengadu sakit. Kecewa punyer pasal ngan PPUM aku terus bawa cikin ke Hospital Sungai Buloh. Dekat jer, lebih kurang 10 minit dari rumah, compare PPUM setengah jam.



2.00am : 
Cikin masuk hospital.Dalam senarai menunggu. Wife aku suruh balik dulu, coz kalau apa2 doctor akan call.

7.ooam : 
Aku ke Hospital semula. Cikin belum lagi bersalin.

12.00tgh : 
Pun Blum

2.oopm : 
Cikin masuk dewan bersalin.

3.oopm : 
Pun blum jugak. Tengok list cikin senarai no.1. Risau la plak. No.2 dan 3 pun dah keluar.

5.oopm : 
Docter/Nurse panggil aku masuk ke dalam. Alamak, pehal plak nie. Nie yang suspen nie. Harap lah takder paper yang berlaku. Lega aku, rupenyer cikin minta aku support dier. Inilah pengalaman terhebat dalam hidup aku, dapat saksikan sendiri bagaimana anakku dilahirkan. Masa tue kami bertiga jer. Memekik melolong dalam wad tue. Takut pun ader coz tengok wife masa tue separuh nyawa la. Tak cukup nafas. Kepala baby plak keluar masukkeluar mauk.

6.18pm : 
Dan akhirnya, Shukur alhamdulilah, tepat jam 6.18pm Rayyan dilahirkan. My wife pun ok. Yang penting, dua-dua selamat.  Satu perasaan yang tak boleh digambarkan menjadi seorang ayah dan ibu.

7.30 pm : 
Sambil2 aku menunggu di luar, bergema takbir raya kt TV.Allah hu akhbar Allah hu Akhbar Allah hu akhbar!!!.  Masa tue memang shahdu sangat. .Masa tue baru aku teringat yang esok hari raya Aidiladha.