Tuesday, February 26, 2013

Muhammad Raykarl



Baru hari tu story nak gi check up 28.2.2013. Tak sempat. my wife dah selamat bersalin pada 26.2.2013 (Selasa). Alhamdulillah. Dapat baby boy. Apapun syukur sangat kedua-duanya selamat dan sihat.


Baby lahir  jam 3.15 pm  di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), walaupun jangkaan awal bersalin adalah pada 9.3.2013.  Orang kater kalau anak ke 2 biasanya memang awal seminggu atau dua minggu.  Syukur pada Allah yang memudahkan urusan kami. Macam-macam dugaan masa mengandung. Coz awal kandungan, dokter kater kandungan hampir gugur. Dokter suruh banyak berehat. . Pas tu, baby songsang dan uri kat bawah plak.


Alhamdulilah last checkup pada 19.2.2012 (minggu ke 37)  untuk tentukan wife lahir normal atau pembedahan, masa tu baby dah dalam kedudukan normal. Kalaulah masa checkup tu baby masih songsang, confirm dokter dah tahan wad dan paksa bersalin bedah. So dokter bagi satu lagi appointment iaitu pada
 28.2.2013. Aku pun apply lah cuti. Hari isnin tu 25.2.2013, cam biasa jer. Takder apa2. Malam tu kitorang siap lepak kedai mamak Hakim Seksyen 7 makan roti naan chese lagi.Tak sangka  2 3 jam pas tu (Dalam kul 1.15 am), wife kater ada air keluar. Terus jer siap-siap.  





Mula2 hantar Rayyan kat rumah mak dulu.  Nasib baik Rayyan tidur, kalau tak mau die ikut sekali ker hospital. Sampai hospital lebih kurang jam 2 am, Terus kena tahan hospital. Sempat gak lah aku bermalam kat PPUM tu sampai kul 6 pagi. Pas tu balik rumah sambung tido. Kul 11.00pagi selasa, pegi balik PPUM coz waktu melawat hanya kul 12 tgh jer.Bajet nak lah jenguk wife, tapi ondaway tu wife kater dokter dah suruh masuk bilik bersalin. So tak dapek lah nak tengok dier. Tunggu punyer tunggu, kul 4.30 baru dokter telefon kater wife dah bersalin. Alhamdulillah. Rupa -rupanya wife dah bersalin dalam kul. 3.15 tadi. Tak kisahlah janji selamat.

Tuesday, February 19, 2013

Semalam (19.2.2013) cuti. Teman cikin gi Checkup kat PPUM.

Coz 2 minggu lepas dokter ada bagitau 19.2.2013 ni checkup dan buat scan sekali. Memandagkan 19.2.2013 tu dah masuk minggu yang ke 37, so kalau baby masih songsang dan uri kat bawah, dokter akan tahan wad dan bersalin secara pembedahan...alamak takutnya.

So pepagi semalam tu bersiaplah kitorang seadanya. kot-kot lah kalau dokter terus tahan kan. Lagipun dah masuk 37 minggu dan, Ahad 2 hari sebelum tu pun Cikin ada wat check up kat klinik di Shah Alam dan terus mintak kitorang  terus ke PPUM..Cikin tanya plak dokter tue, wajib ke nie? yer..kena pergi coz dokter kater baby masih songsang dan uri kat bawah. Dokter akan check dan kalau tak ada apa-apa boleh balik.Ye ker nie? biasanya diorang akan tahan wad punyer..Aku kater jomlah pegi..Cikin kater tak nak tido hospital. Takperlah kita balik, lagipun 19hb nie memang nak gi sana pun.. So bila dah scan dokter tu kater baby dah kat bawah dan uri dah naik.Alhamdulillah..semuanya dah normal balik. Pas ni ada checkup lagi pada 28.2.2013.



Tuesday, February 5, 2013

Pindah Ofis dAh (My Ride Story)

Sekarang wife aku Cikin, dah kojer tempat baru. Dulu kat Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama di Kelana Jaya, sekarang dah kat Jab. Akauntan Negara Selangor di Shah Alam. Alhamdulillah, dekat sket ngan rumah. Macam kuar dari Kem. Pelancongan dulu, kuar dari PPD pun sedih gak katernya, coz dah rapat ngan kawan-kawan kat sana. Biaselah, apalagi yang buat kita semangat nak gi kerja, kalau tak kerana kawan-kawan kan. Harap die happy ngan tempat baru nie. Dengan bertukarnya wife aku ke AG Selangor, ini bermakna, aku dah start naik motor ke tempat kojer..maklumlah jalan dah tak sehaluan. Sejak kami berdua start kojer gomen 7 tahun lepas, ni lah kali pertama kitorang pegi kerje asing-asing. Sebelum nie naik satu kate jer, coz sekali jalan.

Ni yang mula-mula dulu.
Aku start kojeR Gomen kat Jalan Dato Onn KL (Depan Bank Negara) 16.2.2006 dulu. Masa tu cikin masih kejer swasta sebagai  kat Bank Muamalat kat kalan TAR sebelum tukar ke Cawangan Jalan Sultan Ismail KL. Pepagi pegi kejer sekali, ambik kat rumah sewa dia kat seksyen 7 Shah Alam, n then naik tren dari stesen Pandang Jawa ke Bank Negara. Pas tu aku jalan kaki jer ke ofis, tapi cikin kena naik STAR LRT ke Stesen Jln. Sultan Ismil. Kadang-kadang die jalan kaki jer. lalu sepanjang jalan TAR tu.
Time balik jumpa balik kat Stesen Komuter Bank Negara.

Yang Kedua plak.
Tahun yang sama, 2006, Cikin dapat Penolong Akauntan. Satu hari tu die tepon aku, hari nie AG akan bagi surat posting. Berdebar-debar gak lah tunggu keputusan. Kat  kementerian manalah nanti die kena campak plak nie. Kalau jauh susahlah nak jumpa (tengah bercintalah katerkan).. kalau dapat area Selangor KL tak pun paling jauh Melaka pun dah ok lah.Jangan Pantai Timur sudahlah. Sekali dapat Kat Kem. Pelancongan di PWTC. Alhamdulillah. Dekat jer ngan opis aku. Naik tren jugak dari Padang Jawa. Cuma bezanya dia turun kat stesen PUTRA.dekat ngan PWTC. Time balik aku tunggu kat Stesen Bank Negara. Bila Cikin naik tren jer dan dkat2 nak sampai dia bagi tau die duk gerabak yang mana.

Yang ke3
2007. Dah tak naik tren dah. Kancil sudah keluar. Pergi kejer sekali. Hantar Cikin ke PWTC dulu dan Kancil aku park kat ofis aku kat Dato' Onn. Parking free katerkan. Jimat sket. Dekat je lebih kurang 10 minit. Masa nie kitorang memang banyak kejer. Hari-hari OT. Kalau tak Aku, Cikin yang akan balik lewat. Ada Kancil senang sket coz nak balik lewat suka hati, tak yah tunggu train dah.

Tadi ke 3, yang ni Yang ke 4 plak.
2008 - Aku pindah ofis ke PJ. Masa nie, Cikin plak drop aku kat PJ n then die bawak kete ke PWTC. Tak lama lepas tu baru Cikin pindah ke PPD PU kat Kelana Jaya. Tukar plak, aku drop Cikin plak, aku bawak keter ke Ofis. Bertukar tukar pemandu dah.

ke 5 kan?
2010 - Aduyai, opis aku pindah balik ke KL plak. Kat Depan Dataran Merdeka. Yang ni pening sket. Nak bawak keter, parking plak. Jem plak tue. Bermulalah era LRT.Masa tu kitorang dah duduk kat Damansara. Lalu LDP, aku berhenti kat Stesen Kelana Jaya. Alhamdulillah, masih still satu jalan pergi kojer.

Sekarang nie
Kali nie Cikin plak yang tukar tempat kojer. Alhamdullillah dah dapat tempat kojer dekat ngan rumah. Kali nie aku start naik motor.. Minggu lepas  baru angkat sebijik Yamaha 135lc.. Baru semangat sket nak gi kejer. Dari rumah Klang ke KL dalam satu jam. Tapi aku bawak relax jer, coz aku kuar kul 6.30 pagi. Bawak slow-slow. Sampai dalam kul 7.30, walaupun aku masuk opis kul 8.

Cenggitulah sedikit sebanyak susah payah aku dan Cikin nak pergi balik kojer.

Besday IZZ

hAPpy Besday to Izz.
Izz, nia anak buah aku..Anak pertama arwah abang aku. Tahun nie 24.1.2013 genap umurnya 4 tahun.
tAK saNgka dan setahun berlalu selepas pemergian arwah abang pada  tahun lepas 23.1.2012. Tahun nie tahun ke 2 Izz sambut besday tanpa ayahnya. Tahun lepas ayahnya pergi sehari sebelum harijadinya yang ke tiga selepas mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Simpang Pulai , selepas turun dari Cameron Highlands. Memang sedih lah. Tapi kitorang still belikan kek dan hadiah. Harap isteri dan kedua-dua anak arwah tabah menghadapi dugaan ini. Terutama anak kedua arwah, yang sampai sekarang masih lumpuh akibat kemalangan itu.

Lepas abang dah takder, aku jarang jumpa anak buah aku. Coz sekarang diorang duduk di rumah nenek dan atuk  diorang kat Jenjarom..Kalau arwah abang masih ada dulu, selalu gak arwah balik rumah mak ayah. Masa tulah kitorang jumpa. Sekarang kalau nak kumpa pun jumpa time raya jer..Cuma mak dan ayah aku jerlah yang rajin ke sana. Boleh kater tiap minggu. Maklumlah cucu. Siapa tak sayang cucu kan. Lagipun mak aku takut, kalau jarang jumpa, nanti diorang lupa plak.
-Al-Fatihah untuk arwah abang ijal..semoga rohnya dicucuri rahmat -

.


Alhamdulillah, tahun ni 2013 dah 4 tahun dah Rayyan. Hepi Besday Muhammad Rayyan!!!

Walaupun ikut bulan baru 3 tahun 2 bulan. Cuma agak risau sket coz Rayyan masih tak berapa pandai lagi nak bercakap..Tapi ada kemajuan sket sejak tukar ke Taska setahun yang lepas. Mintak-mintak akan bertambah bagus.



Bab perangai plak jangan cakap lah...Rajin dah rajin, bab sepahkan rumah pun sama naik gak. lasak betul..Bab menyanyi nombor satu, cakap jer lagu apa, melayu, jepun, korea pun boleh..tapi die ambik yang tone hujung jer lah..
he he..janji bunyi sama kan.




Monday, February 4, 2013

4th Anniversary


Happy 4th Aniversary (24.1.2013) to My Wife Cikin..Alhamdulilah, dah 4 tahun dah kami bersama.. Seusia anak kami Rayyan.

Kali nie kitorang gi sambut Anniversary dengan gi makan kat Restoran Laman Grill Steak di Seksyen 13 Shah Alam. Wife aku memang peminat makanan western nie, selain nasi kandar kat kampung die tue. he he.. So, 25hb Januari 2013 tu, ondaway balik dari kojer bawak wife gi makan kat restoran Laman Grill nie. 



 Pemilik restoran nie adalah Chef Zubir , Juri Master Chef..Aku tau pasal restoran nie pun melalui blog2 yang aku baca..Restoran ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Blok Bangunan kedai bersebelahan PTPL. Masuk lorong kiri selepas PTPL tu, ambik tiket parking terus ke belakang sekali, belok kanan, n then restoran ni ada kat blah kanan. 

Makanan kat sini ok lah..Daging yang diorang masak pun lembut. Nampak jer kecik steak diorang nie tapi, makan sikit dah kenyang. Harga setiap hidangan dalam RM30 - RM60. Standard lah nie kan..Sesekali bolehlah..

Restoran nie ala-ala eksklusif sket, nampak tenang jer..