Friday, December 27, 2013

Port Dickson Plak...

Sblm aku malas nak menulis dan lupa apa yang aku nak tulis, baik aku tulis. Artikel kali ini bertemakan percutian dan pelancongan domestik (ayat macam pernah bercuti kat overc jer kan). Apa nak buat, lum ada rekzi nak ker over c.

Trip kali nie ke Port Dickson. Plan asal bercuti ke Penang. Disebabkan kesuntukan masa. Hujung November plak baru plan nak bercuti. Dahlah tu, time yang semua free dalam 25-28 Dec 2013 jer. Time tu kena plak cuti sekolah n Krismas. Memang tak lah kalau nak gi Penang kan. Ha inilah hasilnya. Hotel Ancasa All Suites Resort n Spa Port Dickson. 2Day 1 malam jer. 26 hingga 27 Disember 2013. 






Ni kali pertama aku check in kat hotel nie. Hotel apa nie?? tak pernah dengar pun. Kebetulan jumpa masa menggoogle. Try review kat Agoda. Bleh tahan gak. Jenis apartment. Ada  jenis 2 bilik n 3 bilik. 

2 Bedroom Garden View (per night)
MYR
248.28
(1 night for MYR 248.28)
Breakfast Included
Hotel tax 6% not included, Service charge 10% not included

 3 Bedroom Garden View (per night)            MYR 334.48
 (1 night for MYR 334.48)
 Breakfast Included


Apalagi kitorang pun sambar lah satu yang jenis 3 Bedroom.  Toilet ada 2. Satu dalam master bedroom dan satu lagi kat luar. Dapur pun ada. Apartment besar. Walaupuan 3 bedroom tapi kitorang sumbat sampai 4 family. Cuma part perabot dia agak ketinggalan zaman lah (usang) . TV pun masih pakai TV zaman 90an yang besar tu. Apapun oklah untuk wat tido, rehat2 n salin pakaian. 



Kitorang sampai kul 1.00 +++ kot. Terawal plak. Itu pun dah lepak lama kat R&R Seremban. Check in plak kul 3pm. Memang terbaek lah kan. Nak tunggu lagi 2 jam. Disebabkan sampai awal, tak bleh nak check in lagi. So, dari buang masa, baik bawak anak2 gi terjun swimming pool dulu. Lain macam plak swimming pool kat sini. Sejuk semacam tak macam kat tempat lain. Suam2 jer. 

Kesian..Check in lambat lagi. Umar dah check in atas meja dulu,.basah2 pun bleh tido.

view swimming pool dari balkoni .

Agak2 kalau nak mandi bilik air penuh terjun jer dari atas nie. Kalau korang duk ground floor lah. Tapi siapa yang bawak anak2, hati2, jangan biarkan anak duk balkoni sorang2. Takut berlaku kejadian yang tak diingini. Manalah tau, anak panjat kan atau pagar balkoni tu tak kukuh ker. Dan pastikan sliding door ke balkoni tu sentiasa di tutup Lagi satu tingkap bilik. Coz ada bilik yang mana katil @ almari cermin dalam bilik terlalu hampir dengan tingkap. Dan tingkap kat apartment nie plak jenis yang mudah dibuka. . 

Gambar kat goole..lebih kurang ginilah ruang tamu tu

Tapi apa yang best kat sini,  apartment nie dekat jer ngan pantai. Memang tujuan utama gi PD nie nak ke pantai pun. 












Pantai rasanya open untuk public tapi nampak cam private sket. Mungkin jalan masuk agak tersorok kot.. Taklah crowded sangat ngan pengunjung. Barulah syok kan. Pagi tu dah swimming pool, petang ke pantai plak. Malam, kuar makan ramai2..Soknya sambunng ke pantai lagi. Siap kemas2 barang dalam kul 12.00 check out.



































Apapun trip kali nie macam relax sket dan tak memenatkan sangat. Coz PD dekat jer. Tak lah percutian tu dihabiskan dalam perjalanan. 








Thursday, December 19, 2013

Jaga2 anda diperhatikan...mengesan kamera tersembunyi.




Biasa tengok tak alat2 kat atas tu? Alah, jam dan penyangkut baju je kan. Takkan tak kenal. Tapi yang aku nak story nie, jam dan penyangkut baju tu bukan yang biasa punya. Jam dan Penyangkut baju tu ada perakam tersembuyi disebaliknya. Makin canggih teknologi sekarang. .Sekarang nie melambak gadjet2 spy cam nie dijual dipasaran. Kalau tak caya try pakcik google. Melambak. 


So..cam biasa. Benda yang baik pun ada keburukannya. Bergantung pada niat pembelinya. Ramai yang menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak baik. Faham-fahamjelah yer. So..hati2 lah terutama kepada kaum hawa, terutama penyangkut baju tu. Sebab ada cerita diorang ada pasang kat bilik persalinan pakaian di shopping2 mall @ tandas@ mana2 lah yang diorang suka. Kat surau atau masjid tak pernah dengar lagilah. Kalau ada alhamdulilah, mungkin orang tu nak spy cara2 shalat dengan sempurna kot. 

Camner plak nak tau bilik persalinan  tu ada spy cam atau tak? cer citer cer citer.

Camnie, ni orang kata lah. Bila dalam bilik persalinan tu, try buat satu panggilan telefon. Kalau dapat maknanya talian ok. Kalau tak ok, maknanya ada spy cam atau kredit korang dah tamat tempoh. Sebab sistem talian telefon akan terganggu sekiranya ada spy cam nie. 


Selain 2 gadjet kat atas tu . Ni satu lagi. Terutama yang gi hotel2 tu. Sebelum mandi tu baik cek dulu. Kalau rasa tak selamat atau was2 tutup jer kepala shower tu, mandi kat sinki. Kalau muat lah. Itu baru sikit belum citer cermin 2 arah plak. Alah yang cermin cam kat bilik soal siasat tue. Korang kat luar nampak orang kat dalam. Kat dalam tak nampak luar. Korang ingat cermin biasa. Padahal kat sisi belah satu lagi gelak2 tengok aksi korang..



Tuesday, December 3, 2013

Happy Besday Rayyan 4th Year + BBQ...

Selamat ulang tahun kelahiran wat anak sulung kami, Muhammad Rayyan ke 4.. Alhamdulillah, cepat jer masa berlalu, Sejak Rayyan dah ada adik nie, tetiba jer rasa dia dah dewasa sangat...Dulu masa wife mengandung anak kedua, dalam kete pun masih duk depan kat pangku mak dia..tetiba ada adik dah pandai duk belakang..Gi kedai pun kadang2 aku dukung lagi. Bukan tak pandai jalan, kadang2 aku yang malas nak tunggu dia pakai kasut dia...Apapun selamat ulang tahun, semoga menjadi budak yang soleh dan baik..Tahun depan insyaAllah, masuk tadika. Pra-Sekolah dah ditolak dah. Harap permohonan ke Tadika  diluluskan. aamiinn..
 
Baru jer bangun tido, terus nak bukan hadiah....Siap pakai tu.. Jangan panjat dinding sudah..kalau panjat gak siap!!.. he he.
Sedikit ole2 untuk kawan2 Rayyan di Taska sempena birthday dia..
Tiup lilin time..Besday boy + kawan2 + feveret kek angry birds nya. Time kasih buat barisan koir yang menyanyikan lagu besday untuk Rayyan.


Malam tu adalah wat makan2 sket. Potong kek and wat BBQ ngan kawan2..Jadi gak planning kitorang  nak wat BBQ. Menu ayam, hotdog, jagung, ikan (sponsor by my friend izani). Gigih naik motor ke Port Klang memancing. Dapat tiga ekor jenahak. Agak besar gak lah. TQ yer. 


Kejap jer masak. Coz bara api pun cantek, Ayam plak cepat masak, coz wife aku dah kukus awal sebelum panggang. Teknik ''Kukus , grill panggang, kukus grill panggang!!!.
Bakar dengan relaksnya..alhamdulillah cuaca baik, walaupun dah agak mendung siang tadi..

Masa untuk melantak...yang ni guna teknik cedok, ambik, telan...
Anak2 plak layan diri lah yer...Rayyan Israf n Zahrah..





So...thanks semua..bila nak wat BBQ lagi nie?? cam best lah plak..

Online Shop...

Kalau korang dah malas sangat nak gi shopping, cam aku nie, online jer.  Maklumlah lah orang laki. Orang pompuan lainlah, rajin menyoping. Melambak kedai Online. Murah pun murah. Diorang jual murah2 kat online nie pun mungkin sebab tak perlu bayar kos sewa kedai, bil api air yang beribu tue. Lagipun kalau beli online banyak pilihan, Type jer pakcik google, nak baju design apa, jenama apa. Cam sweater Spiderman kat bawah nie. Cam cantek jer???..
Gambar display yang di curi dari website tu.

Kebetulan plak besday anak aku (Rayyan) dah dekat dan kebetulan jugak sebelum nie dia memang ada minta sweater (Jales sebab adik dia ada satu)..Aku pun pakcik google lah  sweater spiderman..Dapatlah satu kat website nie mylilangelz.com. Ok gak kedai online nie, banyak update yang baru. Cam biasa, daftar account, pilih produk, daftar alamat dan tempat penghantaran. Total nanti automatik siap dengan delivery charge. Pas tu apa lagi bayar lah kan. Guna Maybank2u pun ok. Pas bayar, email jer kat diorang. Nanti diorang akan bagi respons by email.



Nak tau dah terima atau tidak check status account kita or kat email. Kalau ok dia akan tulis confirm, dan kalau dah di Pos  status akan tulis completed. So tunggujer lah barang sampai. Biasa ambik masa dalam 3 hari. Satu hari order, sok pos, lusa sampai dah. Lain2 website selain mylilangelz.com ialah her.com.. 


Tada, dah sampai dah..jimat duit minyak, parking dan masa aku. Semuanya dihujung keybord.
Sweater sebenar..Saiz 4 years.