Thursday, November 26, 2009

My first baby...

Alhamdulilah..

Semuanya dah selamat. My wife baru je lahirkan anak jam 6.18pm tadi. Sebenarnya dah dekat sehari suntuk aku bertapa kat hospital ni. Perasaan? fuhh.. takut, lega, gembira. Semua ada.  Cam tak caya dah jadi seorang ayah. 

Syukur kepada Allah yang menganugerahkan anak ini kepada kami berdua. 




25.11.2009 

7.oopm 
Aku baru jer ambil cikin dari PPUM. Coz doctor kater dier blum nak bersalin dalam masa terdekat walau dah buka 2 cm.Kecewa sebab walaupun dah sakit pihak hospital suruh keluar dari wad. Aku sampai rumah jam 7.30pm.

9.oopm : 
Tak puas hati punyer pasal, kul 9pm aku bawak cikin ke klinik panel aku kat Damai, klinik Normah. Dokter Normah kater dah 4cm dan dah boleh gi hospital. Bertambah geram plak aku kat PPUM bile docter Normah kater camtu. Apa salahnya tahan sekejap lagi kad wad tadi. Bukan dekat aku nak ulang alik PPUM ke Damai. Tak pasal-pasal aku kena patah balik ke PPUM. So kami balik rumah dulu.


26.11.2009

12.00 malam 
Cikin dah mengadu sakit. Kecewa punyer pasal ngan PPUM aku terus bawa cikin ke Hospital Sungai Buloh. Dekat jer, lebih kurang 10 minit dari rumah, compare PPUM setengah jam.



2.00am 
Cikin masuk hospital.Dalam senarai menunggu. Wife aku suruh balik dulu, coz kalau apa2 doctor akan call.

7.ooam : 
Aku ke Hospital semula. Cikin belum lagi bersalin.

12.00tgh : 
Pun Blum

2.oopm : 
Cikin masuk dewan bersalin.

3.oopm : 
Pun blum jugak. Tengok list cikin senarai no.1. Risau la plak. No.2 dan 3 pun dah keluar.

5.oopm 
Docter/Nurse panggil aku masuk ke dalam. Alamak, pehal plak nie. Nie yang suspen nie. Harap lah takder paper yang berlaku. Lega aku, rupenyer cikin minta aku support dier. Inilah pengalaman terhebat dalam hidup aku, dapat saksikan sendiri bagaimana anakku dilahirkan. Masa tue kami bertiga jer. Memekik melolong dalam wad tue. Takut pun ader coz tengok wife masa tue separuh nyawa la. Tak cukup nafas. Kepala baby plak keluar masukkeluar mauk.

6.18pm : 
Dan akhirnya, Shukur alhamdulilah, tepat jam 6.18pm Rayyan dilahirkan. My wife pun ok. Yang penting, dua-dua selamat.  Satu perasaan yang tak boleh digambarkan menjadi seorang ayah dan ibu.

7.30 pm : 
Sambil2 aku menunggu di luar, bergema takbir raya kt TV.Allah hu akhbar Allah hu Akhbar Allah hu akhbar!!!.  Masa tue memang shahdu sangat. .Masa tue baru aku teringat yang esok hari raya Aidiladha.



Wednesday, February 11, 2009

Honeymoon plak


Gambar masa kitorang gi honeymoon di Langkawi Kedah. 2 hari selepas Majlis bersanding di Klang. Alang2 nak honeymoon kan, pegi jauh sket. Lagipun benda nie bukan selalu. Maybe, kita boleh pegi honeyamoon lain kali atau berkali-kali tapi mungkin takkan same pergi untuk yang pertama kali. Lagipun kalau dah lama kahwin baru nak pergi mungkin dah tak berapa nak best kot. So, ke sinilah kitorang akhirnya, Langkawi.


Sempat lagi berposing ngan kapalterbang. Selalu flight sensorang jer. kali nie bile dapat naik bersama seronok sket.




Hari ke-2

Siapa yang datang ke Langkawi jangan lupe naik kete kebel ke gunung Mat Cincang nie. Gayat gak..Macam kat Genting gak, tapi rasangan kat sini lebih condong kot. Jangan lupe, masa beli tiket tunjuk IC..Coz harga pelancong tempatan lebih murah sket berbanding pelancong luar..Hari ke 2 kat Langkawi nie, kitorang habis pusing satu Langkawi nie..Naik plak kancil jer, memang jimat lah..

Cantik tak view nie.Pemandangan senja di pesisir pantai. Swimming Pool betul2 kat pesisir pantai.Kami menginap di Hotel Bella Vista. Hotel nie berbentuk Ala castle dan terletak di Pekan Kuah So, untuk mencari makanan dan shopping memang tak der masalah.


Hari ke-3 plak.(last day) - Ronda-ronda pulau naik bot.
Pepagi dah  packing barang untuk balik KL. Packing awal walaupun flight petang coz kitorang nak pusing pulau jap naik bot. Tak tau habis kul berapa. Diorang kata dalam kul 12 habislah..Bolehlah, ada masa sket. So siap-siap packing tu, kitorang drive ke Pantai Cenang. Tempat kat mana  kitorang jumpa agent untuk aktiviti nie. Agent tu bawak lah kitorang ngan beberapa pelancong lain yang sama2 menunggu tu dengan van ke satu pantai berdekatan. Kat situ ramailah pelancong yang cam kitorang dah menunggu. Untuk naik bot
plak kitorang kenalah tunggu turn..

 

Ni gambar kat Tasik Dayang Bunting. Diorang kater airnya berkhasiat dan boleh membantu menyuburkan. Elok diminum untuk orang yang plan nak cahaya mata. InsyaAllah. Kalau korang nak pergi sini korang kena menaiki bot. Bertolak dari Pantai Cenang dalam 5 hingga 6 group. Trip nie akan singgah dibeberapa tempat, dan salah satunya di Pulau Dayang bunting nie. Diorang akan turunkan kita di Jeti sahaja. Kemudian tracking dalam hutan sebelum sampai ke Tasik Dayang Bunting Nie.Hati-hati bilA tracking kat sini, coz kiri kanan denai penuh dengan kera yang tak takut dengan orang luar. Selalunya pemandu pelancong menasihatkan tidak membawa bungkusan yang dipegang di tangan. Kat sini juga disediakan jaket keselamatan (disewa) untuk mereka yang ingin berenang renang dan ada kolam terapi ikan. Cubalah.



Lepas ke Pulau Dayang Bunting, naik bot lagi. Bagi makan Helang Plak.Tak tau lah apa nama tempat tu. Diorang akan berhentikan bot, pas tu baling makanan untuk helang-helang tersebut..Pas tu singgah kat satu pulau  lagi. Yang ni pun aku tak ingat apa nama pulau nie. Tak ada apa2 kat pualu nie. Tapi pantai nya lawa lah. Boleh snorkeling. Kat sini sesuai untuk bermandi manda. Lepak2 dalam setengah jam..Pas tu diorang panggil naik bot dan terus balik. Habis dah trip nie..Sampai kat Pantai Cenang dalam kul 1.30. Balik Hotel, check Out n terus ke Airport..Habis dah Honeymoon kitorang nie..

Saturday, January 24, 2009

My Wedding Day.24.1.2009

Majlis Pernikahan / Persandingan di Rumah Keluarga Cikin di Kedah

24 Januari 2009
Satu sejarah baru dalam hidup kami, apabila disatukan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana menemukan jodoh kami.Akhirnya setelah hampir 5 tahun kami berkenalan dan alhamdulilah ia berakhir dengan ikatan perkahwinan. Saat yang paling kami nantikan selama ini. Macam tak percaya pun ada. Kami mula berkenalan masa sama-sama menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam tahun 2001.Sebenarnya kami berlainan kelas. Berjumpa pertama kali ketika sama-sama terlibat dalam satu aktiviti mendaki gunung Ledang..Masa tu seingat kami dah semester 4.. tahun 2004.Start dari situ kami rapat, dan akhirnya pada 9.4.2004 kami bercinta. Habis semester kami berpisah .Berpisah jarak jer, hubungan ok ..Masa tu tahun 2005. Itupun tak lama, Cikin ambil keputusan berhijrah ke KL dan bekerja di Klang. Pada 30 Disember 2007 kami bertunang. Dan akhirnya pada 24 Januari 2009 kami nikah.. Camtulah serba ringkas nyer cerita kami..Tapi realitinya..tuhan sajer yang tahu perjalanan hubungan kami ini.. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan selamanya.

Majlis Persandingan di Klang..