Thursday, March 5, 2015

'technology will never replace love'



Technology will never replace love' ..
Betul tue..Layan jer lah yer video nie..

Wednesday, March 4, 2015

Kitten Baru..

Terima kasih kak (lupa plak sape nama kakak tu)..Bagi 2 ekor kitten yg comel nie..Sepasang. Baru jer sampai rumah.. Muka ned jer.. Masih segan2. Menambahkan koleksi kucing aku kepada 4 ekor..Nama??? ..blum ada..tengah pikir.

Baru sampai dah kena buli..Tengoklah muka nakal oreo (yg oren tu). Yg kelabu tu Ogy..Mentang2 senior.. Dulu masa aku ambik oreo ngan ogy pun time kecik cam 2 anak kitten nie gak..Skrg dah besar dah..

Thursday, February 26, 2015

Besday Raykarl - 26.2.2015


“Hepi besday raykarl”

Alhamdulillah, masuk nie Raykarl dah 2 tahun..Makin lasak, lasak, pas tu lasak pastu banyak akal dan.,macam2 lagi lah..Yang lasak tu lebih sket..Boy katerkan. Apa yang dia boleh panjat dia panjat. Lagi satu, over ramah. Ntah sape2 lah yang die tegur. 

Kadang2 siap peluk kaki orang tue, n membebel Bahasa dia..Dia nie lasak tapi takut air. Air sebaldi oklah. Kalau suruh mandi laju jer. Kalau laut, swimming pool. Jangan harap dia nak sentuh..Swimming pool mini (yg pam tu) pun belum tentu dia nak join. Bagus2. Senang mak ayah dia.

Alhamdulillah dah pandai cakap sikit2, walaupun pelat. Mujurlah dah pandai cakap sket2. Tau lah juga apa Raykarl nak. Kalaulah kita tak faham apa dia nak, mulalah, mengamuk. Habis bergolek2 kat lantai…  


Sempat snap kat kedai kek jer..Coz kek nie nak antar kat taska Raykarl. Tu yang tak berlilin tue. Esok 27.2.2015 Taska Raykarl ada nak buat jamuan besday. Mungkin untuk budak2 yang sambut besday jan dan februari nie. So kebetulan besday raykarl hari nie, 26.2.2015, beli lah sekali cake untuk dia sambut kat Taska esok..


Throwback....

Wednesday, February 4, 2015

Lost World of Tambun 2015




Ondaway balik kampung cuti Thaipusam dan Hari wilayah hari tu singgah jap satu malam kat Lost World of Tambun Perak. Lama tak datang sini. Seingat aku, aku ngan wife ke sini tahun 2007 dulu. Itu pun sebab ada family day..

Masa tu tak banyak yang ada kat sini..Cer tengok gambar kat bawah tu (Cilok dari blog orang lain)..Gambar lama tu ada tapi malas nak scan..
Tak tahu tahun berapa gambar diorang nie. Tapi lebih kurang camnielah Lost World time aku datang tahun 2007 dulu..Panas jer tempat nie dulu, pokok2 pun baru nak naik..Kolam adalah 2 3 ketul. Takder pun time tu rasa teringin n datang lagi..
Sekarang tengok...Meriah..Sampai x larat nak jalan dah.


Harga hotel adalah termasuk breakfast di Garden Terrace + Hot Spring + 10% diskaun untuk masuk ke Lost World of Tambun..Kupon breakfast nie untuk 2 orang jer.. Try tanya kat kaunter time check in hotel. Kanak2 camner umur dalam 6 tahun?. Biasanya diorang akan cas lain untuk breakfast tu nanti. Alhamdulillah, masa breakfast tu, brader tu kater takper boleh masuk jer..time kasih.
Parking Hotel blah belakang..Depan pun ada, tapi dah penuh..
Sarapan pagi untuk yang menginap di Lost World Hotel adalah di Garden Terrace yang terletak di blah kanan pintu masuk (Pintu gerbang) Lost World nie..Menapak lah gak untuk sarapan pagi..Ada indoor dan ada outdoor..

Tetiba plak Raykarl demam n sesak nafas malam tadi...Pagi tu lepas sarapan bawak gi klinik dulu..Alhamdulillah, lepas ambil gas + ubat ok dah..

Pintu masuk..
Raykarl cam biase..x suka main air..


Aktiviti Pertama : Mandi.


\


Aktiviti lepas mandi-manda..Tengok rimau, main roller coster, 
gi masuk gua, rumah hantu (lalu jer x masuk pun)..

Jalan-jalan keringkan baju..Kat area belakang nie memang sejuk coz dikelilingi bukit..Baju plak basah lagi coz baru lepas berendam..menggigil gaklah budak2 tu.





Dah tak larat nak jalan dah..Tunggu turn..Train Adventures Express ni akan bawak keliling Lost World dan akan berhenti kat point2 dia. Siapa nak turun boleh turun. Sape yang larat baik jalan kaki, bleh ambik gambar kat petting zoo..





Layan angin..Mood nak tido dah tue..


Makan kat Lost Worl nie oklah..Harga pun ok..Makan siap2 coz malas nak singgah ondaway balik kampung nanti..Boleh try mee gorang mamak, rojak n ABC kat sini. Bleh tahan sedap..Jangan try ayam goreng dia..ciput gile..Kuar jam 2.00 petang, terus ke Sg Petani Kedah.






Kelas Taekwando 2015



Dah lama sebenarnya cari kelas taekwando nie untuk anak. Bukan tak jumpa, tapi ada yang jauh. Komitmen nak hantar tu tak berapa ada lah. Kebetulan seminggu lepas Rayyan masuk pra sekolah cikgu diorang ada bagi templet n borang join taekwando..

Sebelum nie pun pernah nampaklah ada bebudak belajar taekwando setiap ahad kat sekolah nie, tapi aku ingat kelas nie untuk student sekolah nie je.. Aku pn tunggujelah Rayyan masuk sekolah nie 2015 nanti.. Tahun nie dah 2015, Rayyan pun dah start sekolah kat sekolah nie. So, aku terus daftarkan dia. Nasib baik gak dia pun beriya-iya nak join. Senang sket. X payah nak  paksa2.



Sebenarnya dari borang yang aku baca, diorang (Koryo Taekwando) nie takde pun hadkan penyertaan nie untuk bebudak sekolah nie sahaja. Nampak cam terbuka lah. Cuma diorang hadkan pengambilan pelajar 150 orang sahaja. Ada 3 sesi pendaftaran pada minggu yang berbeza.

Kelas Taekwando (Kelab Taekwando S.K. Bukit Kapar) ni adalah dibawah Koryo Taekwando Club. Club ni international gaklah. Ada ahli kelab nie wakili negara di pentas antarabangsa. Kelas adalah setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Ok lah. Yuran bulanan pun RM30.00 jer. Uniform RM100.00 dan terus dapat (kalau ada saiz lah)…

Harap rayyan punya minat berterusan. Bagi aku taekwando ni bukan setakat sukan dan belajar mempertahankan diri tapi lebih kepada mendidik disiplin ahli mereka..





Monday, January 26, 2015

PROJEK SANGKAR KUCING..


Projek waktu cuti..Mula2 cari kayu dulu..Shopping kat kedai kayu terpakai Jalan Jabar Meru.. 
Dapatlah kayu 1 x 1 nie.. Kalau 10 kaki RM2..Kalau 5 kaki RM1 jer..

Pas tu singgah Hardware beli vernis sebotol..
dan dawai (3 kaki lebar)..

Buat rangka tapak dulu..5'x3'..

Hari ke 2 - Baru siap rangka jer. Maklumlah part time + amatur.
Kandang ni lebar dia 5 x 3 kaki.. Tinggi dia plak dalam 3 kaki. Ikut saiz lebar dawai. Tak payah 2 kali kerja nak potong2 dawai bagai..

Baru siap buat pintu n base...Dah letak base baru nampak kacak sket..

Engineer cuba menguji ketahanan base...Base bawah jer ye...
Kalau yg tengah tu mau runtuh.
Base yang tengah tu sebenarnya jaring BBQ tahun lepas. Beli tapi x guna lagi.
Sekarang tengah proses dekorasi dalaman. Dawai dah siap potong, tapi x pasang lagi coz klu dah pasang susah nak wat dekorasi kat dalam tu..
v
v
v


Sekian perkembangan terkini projek sangkar kucing aku..

BERSAMBUNG...
v
v
v

30.1.2015

Akhirnya siap sangkar kucing aku nie..Besar lah sket dari sangkar asal dia...Cuma tak sempat nak wat deko2 lagi..

Food Dispenser ni aku buat sendiri jer.. Pakai apa yang ada.. Fungsi dia sama jer cam juai kat kedai tu..

Aku beriya-iya buat sangkar ni bukan apa, sebab start 31 jan hingga 3 feb aku nak gi holiday kat Tambun n balik kampung kat Kedah nu. Lebih kurang 3 hari lah. Nak tinggalkan 2 ekor budak nie dalam sangkar sedia ada cam tak patut plak. Kesian...Dah budak2 nie suka lompat2. Cer tengok sangkar lama diorang kat bawah nie.

v
v
v

*Kandang asal sebelum nie..


SELESAI...

Sunday, January 11, 2015

Pra-Sekolah 2015

Setelah sesi persekolahan ditangguhkan seminggu, hari ni 12.1.2015 sekolah kembali dibuka..Hari nie hari pertama Rayyan ke Pra-Sekolah. Sebelum nie sekolah di Tabika KEMAS. 

Alhamdulillah, Rayyan ok..Masa hantar pun dia ok, x meragam. Aku tak cuti pun, cuma mohon half day jer..Nak tunggu lama2 pun no point gak. Diorang tak bagi. Lepas hantar, 7.20 pagi, ibu bapa kena balik. Takut menggangu sesi suai kenal anak2. Tul gak tu..

So, sekarang aku just nak story entry kadar bayaran untuk Pra-Sekolah (sekadar nota rujukan di masa depan) Mana tau adik dia nanti nak masukkan Pra-Sekolah gak. So adalah nota sket. (Penentuan kelas, siapa cikgu, kadar bayaran, aktiviti dan segala bagai hanya akan dimaklumkan semasa sesi taklimat bersama ibu bapa. Biasanya dibuat dalam bulan 12 sebelum sesi sekolah bermula. So kena take note)..

1. T-Shirt + Seluar Sukan : RM23
2. Uniform Ungu : RM30 (Isnin dan Jumaat sahaja)
    * Nak berapa helai, terpulang pada ibu bapa. Yang penting bayor. Pihak sekolah tolong tempahkan jer.
       Coz baju budak Pra Sekolah x jual kat luar. X macam baju budak tadika KEMAS.

3. Buku Bacaan (1 set 5 buku) : RM56
4. Buku Latihan (1 set 8 buku) : RM28
5. Sumbangan : RM100 (Katanya untuk kegiatan anak2 cam Lawatan ker)
6. Alatan Kesihatan :RM5
7. Gambar Konvo : RM28
8. Sewa Jubah : RM5
9. Lencana Sekolah :  RM x sempat tulis.
10. Name Tag : RM x sempat tulis.

So campur2 semua total dalam RM300. Kadar bayaran untuk lain2 sekolah tak tau. Tapi bayaran hanya sekali sahaja. Makan dan minum disediakan pihak sekolah. Semasa taklimat juga cikgu ada maklumkan ibu bapa tak perlu sediakan duit makan untuk pelajar. Lebih kurang cam Sekolah Tadika gak.

Untuk sesi pembelajaran : 
Isnin- Jumaat / Jam : 7.20 pagi - 12.00 tgh (Kecuali jumaat 11.40 pagi)

Thursday, January 8, 2015

Duit Sangkut kat Cash Deposit Machine?

Selasa Pagi

Alamak, duit sangkut plak kat CDM Maybank. Spoil tul lah. Nasib baik ke Akaun sendiri. Bank in RM250.00, n then RM50 kuar balik..Biasalah kan, memang ada duit yang mesin CDM ni akan tolak balik. Tapi masalahnya note 50 yang ditolak tu kuar separuh jer. Yang selebihnya dah melekat kat role mesin..Nak tarik takut koyak plak..tiba2, mesin tu sedut masuk duit tu balik. Ingat dah ok lah, pas tu mesin tu terus jem cam tu jer n then skrin tu terus gi ke menu asal. Patutnya ada menu Terima/Tambah/Batal..Resit pun x keluar..

Nasib baik ada no, hotline Maybank kat mesin tu, Terus jer call. 1 300 88 6688..
1. Cam biasa, dia akan minta beberapa pengesahan indentiti. 
2. Pas tu storylah apa problem. 
2. Bank akan terus ambil report. 
3. Pihak bank akan bagi no report dan bagitau berapa lama status kes boleh disemak.
    Biasanya 3-4 hari bekerja. (Mujurlah jadi pagi so hari tu dah dikira 1 hari.)
    Lepas 3 hari pihak bank minta semak akaun samaada dah masuk atau belum. Kalau 
    tidak minta call balik Maybank.        
    
Khamis Pagi..

Semak akaun...masih tak masuk.
Call  hotline ari tu n bgtau no. report.
Semakan akan dibuat sekali lagi. Pihak bank akan call kita kalau dah ok.
4.30 pm :  Pihak Maybank call. "Try check Acc dalam kul 8-9 malam.
Akhirnya..Alhamdulillah, selesai..
Boleh tahan gak cepat..Tak yah lah buang masa nak kena gi bank buat report ker. Online pun boleh settle. TQ2


Monday, January 5, 2015

Avilion Admiral Cove Port Diskson 3-4 Jan 2015

Kat PD nie ada dua hotel yang namanya Avillion. Yang aku pergi nie Avillion Admiral Cove (AAC) dan yang satu lagi Avillion Port Dickson (Resort/ Bilik atas air tue). AAC nie dekat ngan Hospital Port Dickson. Hotel nie, kalau aku tengok 4  star. Tapi aku bagi 3 star jer lah. Coz ada jer hotel 3 bintang lebih baik dari hotel nie..Aku booking by Booking. com.

Sampai2 jer dah spoil..Nak check in punyelah lama. Kaunter ada 2 jer..Orang dah lah ramai, bila beratur penuh satu lobi tu. Yang nak lalu lalang ke lif, swimming pool, parking semua kat situ. Pas tu kena plak bilik tingkat 8. Lif ada 2 ketul jer. Ni kalau emergency masak nie.


NOTA : Iron, Hair dryer, sejadah, peti keselamatan disediakan..Wi-fi takder. Tapi ada port untuk internet kat bilik tu, maybe kena mintak cable internet kat diorang kot.

Tak tunggu lama, terus turun rasmi swimming pool...
Takut rupanya...kalau kat rumah nie, dialah paling hero. Kalau mandi tak paksa keluar memang tak mau keluar.Tapi kat sini..??? Confius..baru kaki cecah air dah menjerit..

Swimming pool kat sini agak kecil, walaupun untuk yang dewasa..Tempat duduk pun tak banyak..Lokasi plak tak sesuai. Tempat lalu lalang nak ke tempat makan, seminar.
Yang kiri tu untuk dewasa dan yang kanan untuk kanak2..Tapi kat kiri swimming pool dewasa tu ada satu lagi swimming pool untuk kanak2..

Laluan ke dewan makan, swimming pool, bilik mesyuarat dll...

Lepak kat sini ngadap laut n layan kapal2 persiaran.


Ke pantai pulak..


v
v


Signboard ke Pantai..
Agak jauh gak lah nak menapak ke pantai...Laluan ke pantai dari hotel. Adalah kat 200 meter kot.

Pintu masuk ke Pantai. Pantai kat Avillion Admiral nie privacy sket..Siap ada security guard lagi  kat pintu masuk. So memang tak ada orang luar pun..Baru aman sket bercuti..Tapi penat lah nak menapak ke pantai.

Ni lah antara sebab pantai nie no access coz kat pantai nie dah siap padang volleyball dan bola sepak pantai untuk tetamu Avillion..
Kalau sesiapa nak tau info aktiviti n harga boleh tengok kat tembok nie..Kalau tengok kat atas nie Beach Soccer and Beach Volleyball  FOC...
Aktiviti memanah pun ada..


Baik jer kan, duk atas pangku mama dia..nak tau nape?..Dia tak mau pun pijak pasir tu..Kalau letak atas pasir, langsung tak bergerak pas tu mintak tolong suruh angkat..Itu time baru sampai lah. Dah dua tiga kali letak terus merayap..

Nampak tak..tadi tak berani..
Nun jauh kat sana tu, hotel The Regency.. So sesiapa nak main banana bot, jet ski bleh pergi kat sana..coz kat pantai private Avillion ni tak nampak pun ada sebarang aktiviti sukan air. Hanya sukan pantai jerk..Tapi ada gak yang buat aktiviti Team Building kat pantai Avillion nie mcm buat rakit guna buluh + pelampung. Kalau tak silap kayak pun ada. 




Makan malam...
v
v

Malam tu makan kat Nasreen Seafood. Ni kali kedua makan kat situ. Kali pertama makan ngan kawan tahun lepas. Antara satu sebab makan kat sini, senang nak parking. Cam takder kaitan jer..Makanan dia pun puas hati..Cuma lambat sket. Biasalah ramai orang..Itu pun nasib baik coz order yg biasa2 jer, nasi putih + tomyam + telur bungkus + udang goreng tepung + Pulut Mangga. Pulut Mangga yang special tu..Restoran nie lokasi dia lebih kurang 500 meter dari Balai Polis Port Dickson. Kalau kuar dari Avillion nie ke kanan.Kitorang memang tak boleh nak order2 yang masak dua tiga rasa tu, kalau bawak budak2 kecik macam nie. Raykarl plak jenis yang cepat bosan. Nak menunggu yang biasa2 tu pun dah bersilat ngan Raykarl. 
Sib baik air sampai cepat...

Last order..Pulut Mangga..Dah lama bini aku ngidam menatang nie.. Alng2 jumpa, terus aku order. Itu pun x sengaja. Ondaway antor anak ke Toilet nampak plak gerai (gerai dalam restoran nie gak) rojak buah, pulut mangga. Terus order.. Punyelah sedap sampai wife request, jom esok kita singgah kedai tu, manalah tau bukak waktu siang, nak beli lagi pulut mangga.. Manalah bukak kedai camnie siang2 kan..




Breakfest dulu sebelum ke pantai..Ini tempat duduk blah luar..open n ngadap jeti...view cantik. Nak duk luar boleh, tapi diorang tak sediakan pinggan n sudu atas meja..Kalau yang kat dalam dah penuh baru diorang sediakan kelengkapan kat meja luar nie..



Makan kat dalam lagi senang..Turun awal jam 7.30..cuma baru ada 3 tetamu dalam nie..






Last aktiviti..Standby..sebelum nak pantai semula..

Nangis coz tak mau mama dia letakkan dia dalam air..Kali nie memang raykarl langsung tak mau main air..

Abang dia nie memang pantang jumpa air..

Sekadar gambar hiasan..




Lepak2 kat tepi nie memang best...
kalau waktu malam pun ramai orang kat sini.

Masa untuk balik..


Hotel nie, biasa2 jer.. Sesuai lah untuk yang nak buat family day. Coz banyak aktiviti yang diorang sediakan. Dalaman hotel cam kecik jer lah. Lobby pun ciput. Kalau time nak check in/out tu memang penuh lobby tu dengan orang. Sebab tu aku check out awal. 11.30 dah check out..



Lobby tu jadi sempit coz kat situ lah tempat nak beratur untuk check in/out,  access ke lif, bilik, swimming pool, bilik seminar..Untuk luaran, kawasan nie memang agak luas. Banyak kawasan lapang untuk aktiviti berkumpulan. 

Ondaway balik....
v
v

Muzium Tentera...jom layan gambar2 nie..

Walaupun dah banyak kali lalu depan nie, tak pernah pun rasa nak singgah..Lagipun lepas nie kitorang dah tak ada apa2 plan..Rumah pun dekat, kat Klang jer..Ala 2 jam jer sampai.. (kalau tak jem lah). Singgah lah jap kan..Bawak anak2. 







SELESAI...