Thursday, March 5, 2015

Wednesday, March 4, 2015

Kitten Baru..

Terima kasih kak (lupa plak sape nama kakak tu)..Bagi 2 ekor kitten yg comel nie..Sepasang. Baru jer sampai rumah.. Muka ned jer.. Masih segan2. Menambahkan koleksi kucing aku kepada 4 ekor..Nama??? ..blum ada..tengah pikir.

Baru sampai dah kena buli..Tengoklah muka nakal oreo (yg oren tu). Yg kelabu tu Ogy..Mentang2 senior.. Dulu masa aku ambik oreo ngan ogy pun time kecik cam 2 anak kitten nie gak..Skrg dah besar dah..

Thursday, February 26, 2015

Besday Raykarl - 26.2.2015


“Hepi besday raykarl”

Alhamdulillah, masuk nie Raykarl dah 2 tahun..Makin lasak, lasak, pas tu lasak pastu banyak akal dan.,macam2 lagi lah..Yang lasak tu lebih sket..Boy katerkan. Apa yang dia boleh panjat dia panjat. Lagi satu, over ramah. Ntah sape2 lah yang die tegur. 

Kadang2 siap peluk kaki orang tue, n membebel Bahasa dia..Dia nie lasak tapi takut air. Air sebaldi oklah. Kalau suruh mandi laju jer. Kalau laut, swimming pool. Jangan harap dia nak sentuh..Swimming pool mini (yg pam tu) pun belum tentu dia nak join. Bagus2. Senang mak ayah dia.

Alhamdulillah dah pandai cakap sikit2, walaupun pelat. Mujurlah dah pandai cakap sket2. Tau lah juga apa Raykarl nak. Kalaulah kita tak faham apa dia nak, mulalah, mengamuk. Habis bergolek2 kat lantai…  


Sempat snap kat kedai kek jer..Coz kek nie nak antar kat taska Raykarl. Tu yang tak berlilin tue. Esok 27.2.2015 Taska Raykarl ada nak buat jamuan besday. Mungkin untuk budak2 yang sambut besday jan dan februari nie. So kebetulan besday raykarl hari nie, 26.2.2015, beli lah sekali cake untuk dia sambut kat Taska esok..


Throwback....

Wednesday, February 4, 2015

Lost World of Tambun 2015




Ondaway balik kampung cuti Thaipusam dan Hari wilayah hari tu singgah jap satu malam kat Lost World of Tambun Perak. Lama tak datang sini. Seingat aku, aku ngan wife ke sini tahun 2007 dulu. Itu pun sebab ada family day..

Masa tu tak banyak yang ada kat sini..Cer tengok gambar kat bawah tu (Cilok dari blog orang lain)..Gambar lama tu ada tapi malas nak scan..
Tak tahu tahun berapa gambar diorang nie. Tapi lebih kurang camnielah Lost World time aku datang tahun 2007 dulu..Panas jer tempat nie dulu, pokok2 pun baru nak naik..Kolam adalah 2 3 ketul. Takder pun time tu rasa teringin n datang lagi..
Sekarang tengok...Meriah..Sampai x larat nak jalan dah.


Harga hotel adalah termasuk breakfast di Garden Terrace + Hot Spring + 10% diskaun untuk masuk ke Lost World of Tambun..Kupon breakfast nie untuk 2 orang jer.. Try tanya kat kaunter time check in hotel. Kanak2 camner umur dalam 6 tahun?. Biasanya diorang akan cas lain untuk breakfast tu nanti. Alhamdulillah, masa breakfast tu, brader tu kater takper boleh masuk jer..time kasih.
Parking Hotel blah belakang..Depan pun ada, tapi dah penuh..
Sarapan pagi untuk yang menginap di Lost World Hotel adalah di Garden Terrace yang terletak di blah kanan pintu masuk (Pintu gerbang) Lost World nie..Menapak lah gak untuk sarapan pagi..Ada indoor dan ada outdoor..

Tetiba plak Raykarl demam n sesak nafas malam tadi...Pagi tu lepas sarapan bawak gi klinik dulu..Alhamdulillah, lepas ambil gas + ubat ok dah..

Pintu masuk..
Raykarl cam biase..x suka main air..


Aktiviti Pertama : Mandi.


\


Aktiviti lepas mandi-manda..Tengok rimau, main roller coster, 
gi masuk gua, rumah hantu (lalu jer x masuk pun)..

Jalan-jalan keringkan baju..Kat area belakang nie memang sejuk coz dikelilingi bukit..Baju plak basah lagi coz baru lepas berendam..menggigil gaklah budak2 tu.





Dah tak larat nak jalan dah..Tunggu turn..Train Adventures Express ni akan bawak keliling Lost World dan akan berhenti kat point2 dia. Siapa nak turun boleh turun. Sape yang larat baik jalan kaki, bleh ambik gambar kat petting zoo..





Layan angin..Mood nak tido dah tue..


Makan kat Lost Worl nie oklah..Harga pun ok..Makan siap2 coz malas nak singgah ondaway balik kampung nanti..Boleh try mee gorang mamak, rojak n ABC kat sini. Bleh tahan sedap..Jangan try ayam goreng dia..ciput gile..Kuar jam 2.00 petang, terus ke Sg Petani Kedah.






Kelas Taekwando 2015



Dah lama sebenarnya cari kelas taekwando nie untuk anak. Bukan tak jumpa, tapi ada yang jauh. Komitmen nak hantar tu tak berapa ada lah. Kebetulan seminggu lepas Rayyan masuk pra sekolah cikgu diorang ada bagi templet n borang join taekwando..

Sebelum nie pun pernah nampaklah ada bebudak belajar taekwando setiap ahad kat sekolah nie, tapi aku ingat kelas nie untuk student sekolah nie je.. Aku pn tunggujelah Rayyan masuk sekolah nie 2015 nanti.. Tahun nie dah 2015, Rayyan pun dah start sekolah kat sekolah nie. So, aku terus daftarkan dia. Nasib baik gak dia pun beriya-iya nak join. Senang sket. X payah nak  paksa2.



Sebenarnya dari borang yang aku baca, diorang (Koryo Taekwando) nie takde pun hadkan penyertaan nie untuk bebudak sekolah nie sahaja. Nampak cam terbuka lah. Cuma diorang hadkan pengambilan pelajar 150 orang sahaja. Ada 3 sesi pendaftaran pada minggu yang berbeza.

Kelas Taekwando (Kelab Taekwando S.K. Bukit Kapar) ni adalah dibawah Koryo Taekwando Club. Club ni international gaklah. Ada ahli kelab nie wakili negara di pentas antarabangsa. Kelas adalah setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Ok lah. Yuran bulanan pun RM30.00 jer. Uniform RM100.00 dan terus dapat (kalau ada saiz lah)…

Harap rayyan punya minat berterusan. Bagi aku taekwando ni bukan setakat sukan dan belajar mempertahankan diri tapi lebih kepada mendidik disiplin ahli mereka..





Monday, January 26, 2015

PROJEK SANGKAR KUCING..


Projek waktu cuti..Mula2 cari kayu dulu..Shopping kat kedai kayu terpakai Jalan Jabar Meru.. 
Dapatlah kayu 1 x 1 nie.. Kalau 10 kaki RM2..Kalau 5 kaki RM1 jer..

Pas tu singgah Hardware beli vernis sebotol..
dan dawai (3 kaki lebar)..

Buat rangka tapak dulu..5'x3'..

Hari ke 2 - Baru siap rangka jer. Maklumlah part time + amatur.
Kandang ni lebar dia 5 x 3 kaki.. Tinggi dia plak dalam 3 kaki. Ikut saiz lebar dawai. Tak payah 2 kali kerja nak potong2 dawai bagai..

Baru siap buat pintu n base...Dah letak base baru nampak kacak sket..

Engineer cuba menguji ketahanan base...Base bawah jer ye...
Kalau yg tengah tu mau runtuh.
Base yang tengah tu sebenarnya jaring BBQ tahun lepas. Beli tapi x guna lagi.
Sekarang tengah proses dekorasi dalaman. Dawai dah siap potong, tapi x pasang lagi coz klu dah pasang susah nak wat dekorasi kat dalam tu..
v
v
v


Sekian perkembangan terkini projek sangkar kucing aku..

BERSAMBUNG...
v
v
v

30.1.2015

Akhirnya siap sangkar kucing aku nie..Besar lah sket dari sangkar asal dia...Cuma tak sempat nak wat deko2 lagi..

Food Dispenser ni aku buat sendiri jer.. Pakai apa yang ada.. Fungsi dia sama jer cam juai kat kedai tu..

Aku beriya-iya buat sangkar ni bukan apa, sebab start 31 jan hingga 3 feb aku nak gi holiday kat Tambun n balik kampung kat Kedah nu. Lebih kurang 3 hari lah. Nak tinggalkan 2 ekor budak nie dalam sangkar sedia ada cam tak patut plak. Kesian...Dah budak2 nie suka lompat2. Cer tengok sangkar lama diorang kat bawah nie.

v
v
v

*Kandang asal sebelum nie..


SELESAI...