Monday, March 10, 2014

KEHILANGAN MH370 MALAYSIA AIRLINES.



"KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.


Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.



Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi."

Tak tau nak cakap apa. Terkejut. Walaupun tiada saudara mara mahupun kenalan yang terlibat, tapi perasaan simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa tetap ada. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dari mula tau kejadian ni, terus duduk depan TV. Dah tak tengok dah siaran lain, apa sahaja berita, wawancara, temubual, radio yang ada buka topic nie semua aku dengar. Sebelum ni dengar kat luar negara jer. Tengok-tengok dalam Youtube. Tak sangka berlaku kat negara sendiri. Apapun doakan yang terbaik, semoga semua penumpang dan anak kapal semuanya dalam keadaan selamat.