Showing posts with label Share Info. Show all posts
Showing posts with label Share Info. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Nahas Air Asia Indonesia QZ8501 28 Disember 2014



Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501


TERKINI 30 DISEMBER 2014, 18:00 JAM, WAKTU TEMPATAN (GMT+7)
SURABAYA, 30 DISEMBER 2014 – AirAsia Indonesia dengan dukacitanya memaklumkan bahawa Badan SAR Nasional Republik Indonesia (BASARNAS) telah mengesahkan puing yang ditemui awal hari ini ialah daripada QZ8501, penerbangan yang telah terputus hubungan dengan pengawal trafik udara pada pagi 28 Disember 2014.

Pesawat tersebut merupakan sebuah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Terdapat 155 penumpang dalam penerbangan, di mana 137 adalah penumpang dewasa, 17 kanak-kanak dan 1 bayi. Turut berada dalam penerbangan adalah 2 juruterbang, 4 anak kapal dan seorang jurutera.
Sumber : website AirAsia..
Takziah kepada semua keluarga penumpang dan krew pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 di atas kehilangan ahli keluarga mereka dalam nahas tersebut. Tragedi awal pagi 28 Disember 2014 ini memang amat mengejutkan, Memandangkan ini adalah  nahas pesawat ke3 tahun ini setelah Kehilangan MH370 pada Mac 2014 dan MH17 pada Julai 2014 milik syarikat penerbangan negara kita MAS. 

Walaupun ianya AirAsia Indonesia, tapi nahas ini secara tidak langsung berkaitan rapat dengan negara kita memandangkan AirAsia adalah milik syarikat dari Malaysia.  Dan secara tidak langsung, ini boleh dikira sebagai nahas udara ke3 buat negara kita sepanjang 2014 ini.

Semoga kerja-kerja mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan sehingga kini lancar dan dipermudahkan..

Wednesday, September 17, 2014

Asal Usul Awalan No.Plat Kenderaan





Mengikut cerita, penentuan abjad awalan A,B,C,D  no plat kenderaan ditentukan berdasarkan keupayaan dan kamampuan sesebuah negeri tersebut memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?

Penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.



Thursday, December 19, 2013

Jaga2 anda diperhatikan...mengesan kamera tersembunyi.




Biasa tengok tak alat2 kat atas tu? Alah, jam dan penyangkut baju je kan. Takkan tak kenal. Tapi yang aku nak story nie, jam dan penyangkut baju tu bukan yang biasa punya. Jam dan Penyangkut baju tu ada perakam tersembuyi disebaliknya. Makin canggih teknologi sekarang. .Sekarang nie melambak gadjet2 spy cam nie dijual dipasaran. Kalau tak caya try pakcik google. Melambak. 


So..cam biasa. Benda yang baik pun ada keburukannya. Bergantung pada niat pembelinya. Ramai yang menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak baik. Faham-fahamjelah yer. So..hati2 lah terutama kepada kaum hawa, terutama penyangkut baju tu. Sebab ada cerita diorang ada pasang kat bilik persalinan pakaian di shopping2 mall @ tandas@ mana2 lah yang diorang suka. Kat surau atau masjid tak pernah dengar lagilah. Kalau ada alhamdulilah, mungkin orang tu nak spy cara2 shalat dengan sempurna kot. 

Camner plak nak tau bilik persalinan  tu ada spy cam atau tak? cer citer cer citer.

Camnie, ni orang kata lah. Bila dalam bilik persalinan tu, try buat satu panggilan telefon. Kalau dapat maknanya talian ok. Kalau tak ok, maknanya ada spy cam atau kredit korang dah tamat tempoh. Sebab sistem talian telefon akan terganggu sekiranya ada spy cam nie. 


Selain 2 gadjet kat atas tu . Ni satu lagi. Terutama yang gi hotel2 tu. Sebelum mandi tu baik cek dulu. Kalau rasa tak selamat atau was2 tutup jer kepala shower tu, mandi kat sinki. Kalau muat lah. Itu baru sikit belum citer cermin 2 arah plak. Alah yang cermin cam kat bilik soal siasat tue. Korang kat luar nampak orang kat dalam. Kat dalam tak nampak luar. Korang ingat cermin biasa. Padahal kat sisi belah satu lagi gelak2 tengok aksi korang..



Tuesday, May 28, 2013

Jom Download video di Youtube

Untuk sesiapa yang belum tahu..


ILIVID.COM

1. Mula2 download iLivid ke computer anda di http://www.ilivid.com/
2. Dah siap download kan. Letak iLivid tu di Desktop anda. Senang sket nak cari.
3. Buka Youtube. Ambik lah mana2 video yang korang nak download.. Copy URL video tue.
    (Kalau  tak tau apa itu URL, boleh tengok contoh kat bawah nie, yang dah highlight tue)

sumber dari search image en. google

      
4. Buka iLivid. Nampak tak ada satu ruangan ''Paste links here." .Paste lah URL video yang korang
    Copy  tadi kat sini dan klik Download.  


5. Kalau berjaya kat ruangan status tu akan tulis Downloading. Kalau tak berjaya status tulis Failed.
6.  Lagi satu download camnie, kalau nak stop jap, matikan PC pun takper, tekan jer Pause. Sok2 kalau free boleh sambung balik. Tapi biasanya download video di Youtube kejap jer.
7.  Ok kalau download dah siap , status akan tulis Complete. Video yang korang
     download tadi biasanya akan disimpan di : Klik Computer/Local disk C / users
     /nama PC korang / My video.
8.  Dah siap. 


SAVEFROM.NET


Samejer cam fungsi ilivid. Cuma copy url n paste kat ruangan Enter the URL tue. N then
pilih format dikehendaki samaada FLV 240p / MP4 360p / WebM 360p / 3GP 144p3GP
240p /MP4 480p /Audio MP4 128.

Tapi Kalau nak lagi senang. Pergi kat url video Youtube tu, tambahkan huruf ss sebelum
perkataan youtube. Url video nie akan link terus ke savefrom.net. Untuk youtube jerlah
yang aku tau. Cara nie lebih mudah untuk downloadvideo youtube guna smartphone.

Contoh :

url asal : http://www.youtube.com/watch?v=2ZgD7IrYlFg
url + huruf ss : http://www.ssyoutube.com/watch?v=2ZgD7IrYlFg


Savefrom.net nie juga boleh download video-video selain dari youtube. Tapi tak semua.
Cuma yang diorang dah senaraikan jer.








Sunday, May 19, 2013

8 Kegunaan Mentega Kacang Yang Kita Tak Tahu

Mentega kacang kebiasaannya disapu pada roti. Namun sebenarnya mentega kacang mempunyai kegunaan lebih daripada itu.

Pelincir
Mentega kacang adalah pelincir terbaik. Jika alat pemotong rumput anda tersangkut-sangkut dan tidak lancar kerana berkarat, hanya sapukan sedikit di kawasan yang anda rasa patut dan kemudian saksikan sendiri perubahannya.

Ubat Untuk Binatang
Pada yang memelihara binatang seperti kucing atau anjing, pasti anda ketahui betapa sukarnya memberi ubat kepada mereka. Jangan khuatir dengan masalah itu kerana kebanyakan kucing dan anjing sangat menyukai mentega kacang. Untuk itu campurkan sedikit ubat di dalam mentega kacang dan kemudian berikan kepada mereka. Cara ini lebih efektif.

Pengganti Mentega
Banyak daripada resipi kek, biskut dan kuih menggunakan mentega. Sebenarnya anda juga boleh mencuba mentega kacang daripada anda menggunakan mentega biasa. Banyak resepi yang sesuai terutamanya brownies. Zaman sekarang anda hanya perlu mengGoogle kerana resipi sentiasa berada dalam carian internet. Ia akan memberi kelainan dalam setiap kek anda.

Umpan Tikus
Zaman sekarang pelbagai umpan yang digunakan untuk mengumpan tikus, ada yang menggunakan tulang ayam, mungkin buah-buahan dan sebagainya. Namun ramai yang tak tahu sebenarnya tikus lebih tertarik dengan mentega kacang. Bagaimana fakta ini diperolehi, ia masih misteri sehingga ke hari ini. Malah mentega kacang lebih murah berbanding keju chedar yang digunakan oleh sesetengah orang. Jadi, masa hadapan gunalah mentega kacang sebagai umpan.

Menghilangkan Kesan Tanda Harga
Selalunya pasti sahaja apabila kita menanggalkan label harga pada barangan akan meninggalkan kesan gam. Dengan mentega kacang anda cuma perlu meletakkan sedikit sahaja di bahagian gam kemudian gosok dengan kain. Kesannya pasti diluar jangkaan anda.

Nyah Bau Ikan Di Rumah
Selepas menggoreng ikan pastinya suasana rumah anda akan dipengaruhi dengan bau ikan yang kurang menyenangkan. Mudah sahaja, cuma ambil satu sudu mentega kacang kemudian masukkan ke dalam kuali yang anda gunakan tadi dan goreng selama satu atau dua minit. Pasti rumah anda akan berbau lebih menyenangkan daripada bau ikan dan minyak yang memeningkan.

Penanggal Gula-Gula Getah
Pasti ramai yang tertekan apabila barangan seperti kasut, karpet dan mungkin rambut anda terkena gula-gula getah. Jadi untuk memudahkan kerja anda cuma perlu meletakkan mentega kacang ke atas gula-gula getah tadi dan gosokkan dengan kain buruk. Hanya sekali gosok pasti gula-gula getah itu tertanggal.

Krim Pencukur
Percaya atau tidak mentega kacang sememangnya adalah krim pencukur terbaik. Hanya gunakan seperti krim pencukur yang lain pasti anda akan mendapat cukuran yang sempurna. Tambahan pula minyak pada mentega kacang baik untuk kulit jadi tidak perlulah menggunakan pelembab kulit yang lain. Anda juga boleh mencari aksi mencukur dengan mentega kacang di YouTube untuk keterangan lanjut.


Tuesday, May 7, 2013

Temuduga SPA Penolong Pegawai Tadbir N27

Dokumen yang perlu dibawa :
1. Laporan Penilaian Prestasi- Minta kat HR
2. Kenyataan Perkhidmatan (Boleh Print dari SPA, Tapi taip balik lah, nampak cantik sket. Minta Ketua Jab. Sign)
3. Perakuan ketua Jabatan (Boleh print dari SPA, pas tu isi dan minta Ketua Jabatan sign.)
4. Kad. Pengenalan, Surat Beranak, Sijil SPM, Diploma dan lain-lain. Slip Gaji terakhir. Ikutlah camyang diorang nak.

Hari Interview
1.Sampai awal seeloknya setengah jam awal. Mungkin boleh dapat awal dan balik awal.
2.Serahkan slip panggilan temuduga kat kaunter.
3.Duduk
4.Nama dipanggil. Bawak segala dokumen berkaitan. Diorang akan bagi no. bilik dan no. giliran.
5.Masuk, letakkan semua dokumen berkaitan atas meja diorang, dan duduk.

Soalan2 nya..
1. Ceritakan latar belakang anda.
    Nama, Umur, status kahwin, duk kat mana, kojer kat mana, hobi ker..apa2 lah.

2. Anda kata anda bertugas di Bahagian Kewangan kan .
    Siapa ketua Perkhidmatan Anda?
    Siapa nama ketua Pengarah JPA?

3. Apa tugas anda sekarang?
    Soalan seterusnya dari panel adalah berkaitan apa yang kita dah ceritakan tadi kat diorang.
    Nasib lah kalau citer bab waran. Diorang akan tanyalah bab waran, kalau gaji,
    diorang akan tanya bab gaji. Yang ni penting. Cerita apa yang kita tahu sahaja dan jangan buat buat tahu. 

4. Soalan seterusnya bab2 akauntabiliti korang.
    Apa yang anda tau tentang Integriti? 
    Apa yang anda buat jika ada staff bawahan anda datang lewat.? Kalau dia lewat gak?
    Tau tak peranan PPT N27 dalam sesuatu organisasi? Dapat tak gambaran tentang tugasan mereka?
    Apakah yang anda buat untuk menunjukkan anda taat setia kepada Raja dan Negara? 
    Adakah anda seorang pekerja yang baik?

5. Masuk balik bab tugasan anda...dalam 1-2 soalan jer.

6. Soalan Biasa diorang. Kalau anda dapat dan ditugaskan di Sabah Sarawak . Sanggup tak?

6. Ok ada apa2 soalan nak tanya?

7. Terima kasih.

8. Doa banyak2, tawakal.

Monday, March 11, 2013

Mai Belajaq bahasa Kedah!!

Google punyer google tergoogle plak satu forum nie (kailsejengkal.net) Meh kita belajaq bahasa kedah sama2 no…Walaupun aku dah 4 tahun kawin orang kedah + bercinta  4 tahun (Semua sekali 8 tahun) sampai sekarang tak pandai lagi cakap kedah...setakat yang basic2 tu taulah, ayaq, toyu, ligan, menyorok. Ha yang lain-lain tu, mai tengok kat bawah sat..tak tau lah betui ke idak..aku copy jer..
A
Awah/ Awas campuran sblm tumis
Pi la awah dulu kelengkap gulai tu sat lagi kita jerang ataih dapoq.

ayaq liuq - air liur
hang dok mimpi apa wei..... sampai meleleh ayaq liuq!!

Awat = kenapa
Awat hang slow sangat

Aci = boleh
'wooiiii lipan, mana aci main tipu lagu tu'. Marah shcumacer bila dia kalah main guli.

Ayaq sarbat- ayaq minum yg dicampoq sirap, warna merah
Kalu tengah panaih lilit ni dapat pekena ayaq sarbat ngan cendoi gerenti sedap.

Acan - mengejek
hang jangan dok acan dia.

Ayaq lemenet/lemonade/ menet - ayaq botoi.
hang beli ayag lemenet ni kat kedai mana?

B

Bangsat - merantau jauh

Alahai lama sungguh pi bangsat tak balik2 kampung dah....awat tak ingat kampung ka

Beban - degil =ketegaq
Cipan ooo.. pi la buat kerja, jgn. dok bertenet saja...awat yg hang beban sangat tak dengaq cakap aku..aku sunat lagi sekali baru tau.


Bedak podat - bedak powder
Pi boh bedak podat dulu. Busuk aihh.

Bedene - Kudis yang bernanah

Aku suruh hang pi jumpak doktot tak mau. Bedene dah kaki hangtu.

Belemoih = comot
makan aiskrim sampai belemoih abih... Tu yang mak dia takbagi dia makan aiskrim tuh...

Belengaih - comot/ kotor
Belengas habih dah muka dok buat keja tengah panas.

Berdamaq - lebam/ berbekas
Hang mulut tu jaga sikit, satni kot aku tunjai kepala tu... berdamaq kot satni...

Berjabu - kelabu pandangan
Musim orang dok bakaq sekam ni, nak bawak keta pun payah, berjabu habih.

Bunga taik - pergaduhan/ merajuk/ masam muka

Dok merhenyeh lebih-lebih tu, satgi jadi bunga taik la tu.

Bok – tilam
Beluam pakaian yang dibungkus dengan kain (org dedulu tadak beg pakai mende ni la)Jalak mengangkat beluamnya sambil berpantun di depan rumah Pak Malau. ?ajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu? bla bla bla?..?

Bedanoq = berdaki dibadan

Awat la yg bedanoq sgt badan hang ni niko ?? marah mak niko sambil menyental badan niko dgn berus sabut

Bedak = agih
Cuba jangan dok mengkelai, pi bedak elok-elok bagi sama kena buah moktan tu.

Belepung/ Belopiang = muka yg over pakai bedak

Alahai tersenyum dengan muka belopiang bedak sejuk menyambut hasbennya pulang.

Beleh = tak macho / tak dak tenaga

Mawi kelihatan beleh sekali selepas 7 hari berturut-turut mengadakan konsert.

Besiaq Kerap kencing

Hang ni Sabariah Senan, besiaq sungguh sat-sat p toilet, sat-sat p toilet.?

Bedeghemen = muka comot / penuh parut

Muka ebok berdeghemen sebab dia terlanggaq tiang lampu.

baloq liat - pemalas

nie yang aku malas satu grup ngan hang nie...haghap aku ja dok wat gheja, hang tu baloq liat!!

beghuk mak ye - perangai yang terkinja-kinja 

dok la diam2 aih!! terlompat-lompat macam beghuk mak ye pasai pa!!

boq = moqkai - joran

Bahong =bohong

Hang jgn dok bahong aku,kata ct nurhaliza mai,aku tgk tadak pun.

Belahak = sendawa
JJ belahak dgn kuat lepaih pekena sepinggan nasik kandaq tadi

Bakup = mata yg bengkak/sembab

Mata Ebok bakop lepas teriak pagi td.(gaduh ngan bf la tuu hihihih)

Ban = batas sungai

Kalau nak p rumah mak bidan tu kena lalu kot ban

Banyak sikit = lebih
boh nasik byk sikit kat Jalak tu,dia makan kuat pesan mak Jalak kepada adiknya

Bebai = merajuk

Masjuana manja lebih,sikit- sikit nak bebai..sikit2 nak bebai.kuikuikuii

Berserabai = serabut

Awat biaq wayar2 tu berserabai mcm tu bahaya laaa

Berserungaih = serabut.....

Cuba hang cukoq sikit bulu ketiak hang tuu,,,nampak berserungaih sangat

tak_pandai wailul = tak_pandai teramat sangat

Tok Wan dok beletiaq kat princess. " rincess, Tok Wan tak larat nak ulang dah. Awat la hang nie tak_pandai wailul sangat hah?"

Boroi = gemuk / buncit

Dok gheja makan ja siang malam, mana perut tak boroi

Buah jangguih = buah gajus...

Kalau hang pi Padang Besaq aku nak kirim biji jangguih hat bakaq tu 10 kilo

Buang = bukak

Adik, buang baju tu, pi mandi

Bincot=bengkak

Pala amin bincot akibat dipunggai kayu besbol anaknya

buah mera=kedondong

buah mera sedap dicicah garam belacan

bodo piang - tak_pandai yang 'terlampau', he..he...

bodo piang sungguh sapa2 yg suka dok mengata kat org tu.depa taktau org pun dok mengata kat depa..

Buat mukat - buat pasai"

Dengan aku hampa jangan buat mukat. Kot satgi ayam berteloq kat sarang, hangpa berteloq kat dai"

Beberan beran - bawa dalam kuantiti yang banyak

Amboi! bawak beg berberan-beran nak pi kemana tu..? naik haji kaa..ngehehehe

Sumber : forum  Kailsejengkal.net

Tuesday, June 7, 2011

Nak beli rumah?


Setiap institusi perbankan Islam menawarkan pakej pembiayaan perumahan-i yang berbeza. Teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan, seperti terma terma pembayaran yang menguntungkan anda.

Berikut adalah di antara tip-tip yang boleh anda gunakan.
Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.   Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah
 Periksa sumber kewangan anda:  

Tabungan persendirian

pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)

Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut

Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam

buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan

RUMAH DALAM PEMBINAAN
Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju:  
·         mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
·         mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.
RUMAH SIAP
Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.  

Monday, June 6, 2011

Jom Uji kepantasan menaip




Keybr.com adalah laman yang direka sebagai sebuah permainan flash yang boleh membantu anda meningkatkan kemampuan menaip anda. Anda boleh memilih perkataan ecara rawak yang disediakan Keybr.com dan cuba menaipnya sepantas dan setepat yang anda boleh. Sekiranya anda bosan dengan perkataan yang sama, anda boleh mengimport kandungan daripada laman web dan blog untuk anda cuba menaipnya. Mana2 perkataan yang tersilap taip akan ditandakan dengan warna merah.
Info ni aku dapat dari laman web http://myfirstmouse.blogspot.com. Banyak info bekaitan IT dalam blog tersebut. Thanks.