Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Ibu




18.5.2011
Selamat hari ibu,
For my Mum and my wife..

Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Thanks for my wife "we love Ayah".

Untuk sambutan hari bapa malam tadi.

Sepotong kek Secrete Recipe dan belanja abang makan Sekinchan ikan bakar. Thanks.


Sebenarnya wife aku dah plan nak wat sambutan hari bapa kat restoran Putera Ayu kat Padang Jawa Klang. 

Nak makan ikan bakar.  Tapi takder rezeki coz restoran tu tutup plak pada hari isnin. 



So tukarlah plan ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Seksyen 7 Shah Alam.

Ni first time aku makan kat restoran nie.

Walaupun sebelum nie, ada office mate aku bagitau, ikan bakar kat Restoran Sekinchan tak sedap, tapi, tiada pilihan. Lagipun saja nak try. Kalau best next time bleh datang lagi.

Tapi,...mmmm..

Indah khabar dari rupa.


Betul la kater office mate aku, ikan bakar diorang tak berapa best pun.

Lagi satu, menu diorang tak banyak pilihan..

Dan paling aku tak gemar, servis slow..

Semua tu, dari pengalaman aku la..  mungkin orang lain ada pendapat diorang sendiri.  Citarasa kan berbeza-beza.

Tapi bagi aku, aku dah pangkah tempat nie..he he.

Car DVD Player


Baru jer pasang nie..alhamdulillah, berkesan gak aku pasang menatang nie dalam kereta. Sekurang-kurangnya dapatlah kawal anak aku dari aksi-aksi 'ekstrem' nya dalam kereta selama ini..

Sekarang nie Rayyan dah setahun 7 bulan. Memang betul-betul tengah lasak. 

Kalau duk dalam kereta memang tak boleh diam, ada jer benda nak diusik.., Cuba bayangkan masa anak kita tengah berdiri dan  main, kita brek tiba-tiba, tak ker tercampak ke bawah. Nak pasang tali pinggang? Mustahil.  

Paling tak tahan dia suka duk kat pangku dan main stereng kereta. Yang itu paling mencabar. Bukan sahaja membahayakan dia sendiri malah kami yang memandu nie.




Pernah satu hari ibu dia hampir langgar tiang lampu gara-gara Rayyan tertarik stereng kereta dalam usaha dia untuk duduk dipangku ibunya yang sedang memandu. Mujur selamat.

So, pikir-punya pikir, kitorang pun ambik keputusan pasang DVD player dalam kereta. Coz dia memang suka tengok TV. Alhamdulillah berkesan la jugak. Sekurang kurangnya dia duk diam dan tak banyak bergerak. So aku dan wife bolehlah tumpukan perhatian kepada pemanduan.

Putera Ayu Restoran 15.6.2011

RESTORAN PUTERA AYU
Lot 34486-2
Jalan Besar Padang Jawa
41300 Shah Alam
Phone   : (03) 5513 3759
Fax       : (03) 5513 7758
Email    : admin@puteraayu.com
Web      : www.puteraayu.com
Operation Manager    : 012 - 370 3534 (Mr. Ikram)
Front House Manager : 014 - 227 1669 (Mr. Fakri)
Manager  : 012 - 222 5439 (Mr. Badri)
Supervisor : 012 - 942 2384 (Ms Suhaili)

Operation Hours
Tuesday - Sunday    : 5.30PM - 1.00AM
Monday                   : Closed
 

Pening kepala nak makan kat mana?

Ha, ni aku ada cadangkan satu port baik punyer..

Restoran Putera Ayu, Padang Jawa Klang.

Dekat jer ngan pintu masuk (belakang) UiTM Shah Alam dan Stesen Komuter Padang Jawa Klang.

Menu utama diorang ialah seafood, macam ikan bakar, sotong bakar, udang, tomyam. Kalau nak makan western or goreng2  pun ada. Banyak gak lah pilihan. 

Cuma masa kitorang pergi hari tu, makanan western tak der la plak.

Fasiliti kat sana pun ok. Agak selesalah jugak..

Harga pun berpatutan. Makan untuk 2 orang RM50.00. Diorang buat pakej stail restoran makanan segera, ada hidangan Small, medium and Large. Agak2 kalau datang dua orang ambik small pun dah ok..

Sotong Masak Tepung

Pari Bakar Berempah

Saturday, June 18, 2011

Port Dickson lagi!!


Sekali lagi ke Port Dickson. Kursus. Kali nie ke Glory Beach Resort Port Dickson plak...Setahu aku, PD ni lokasi paling kerap kalau nak wat kursus or meeting gomen.. Mungkin sebab dekat ngan KL kot..

Cengginilah kalau dah ada anak.. Kena plak anak kecik. Rayyan nie plak rapat ngan mama dia. So kalau mama dia kena gi kursus memang kena angkut sekali budak kecik nie. Kalau siang ok, hantar taska. Tapi malam, kalau mama dia takder memang tak boleh tido lah jawabnya...Terpaksalah aku cuti, ikut sekali ke kursus untuk jaga budak kecik ni kat sana plak.

Sementara mama dia berkursus aku bawak Rayyan berendam...

Umpan..Pasangkan Kartun...baru diam..

Letih menunggu mama dia tak balik2 dari kursus...


View dari bilik,...

Singgah jap Putrajaya...


Wednesday, June 15, 2011

PANTAI MERDEKA KEDAH


Pantai Merdeka!!! ....iNI Aktiviti biasa kitorang kalau balik kampung di Sungai Petani Kedah. Dekat jer ngan umah mentua aku kat Tikam Batu. Perjalanan ambik masa 15-20 minit jer. Sapa-sapa yang tak pernah datang, marilah. Pantai Merdeka dah banyak berubah. Tak macam masa aku datang mula-mula dulu tahun 2008. Sekarang dah ada Resort. Tempatnya boleh tahan la kalau nak buat family day ker, camping ker, coz kawasan dia luas dan resort menghadap laut dan view gunung ganang. Lagi satu, kalau korang ondaway ke sini,, korang akan melalui jalan kampung


ini info sikit la pasal Pantai Merdeka Resort




Standard Pool View Room
RM 138.00 nett
Standard Sea View Room
RM 148.00 nett
Deluxe 3 Single-Bed Room
RM 168.00 nett
Deluxe 1 Queen-Bed Room
RM 168.00 nett
Family Chalet
RM 245.00 nett
Apartment 8-Beds
RM 399.00 nett
Al Pantai Kuala Muda, Sungai Petani Kedah, 08300 Malaysia.


Berlatarbelakang matahari terbenam..



Tuesday, June 14, 2011

Jalan2 kt OU Damansara


sAJE jalan2 di hari minggu. Ingatkan nak gi pagi tadi, tapi jiran sebelah umah kahwin. So kenalah gi merewang dulu. Tolong-tolong apa yang patut. Aku cam biasa la, part cuci pinggan. Relax, duduk, gosok-gosok bilas, habis. Kul 12 tengahari balik umah, tido jap, kul 4 bangun siap-siap then kul 4.30 terus ke OU jAlan2. Nasib baik jalan tak jem. Biaselah sok sekolah. Diorang pun dah penat bercuti. Time nie la kitorang plak nak kuar berjalan-jalan.


Beli mainan untuk Rayyan, coz dia dah mula buat perangai,tak nak duduk dalam dia punya car. Pas beli baru nak diam.

Pameran/jualan patung Trnasformers


Patung Bumble Bee





Optimus Prime ambil kesempatan bergambar dengan kami..

Thursday, June 9, 2011

Lorong Tunai ke Touch N Go?


Kadang-kadang aku tak paham la, kenapa diorang nie sanggup beratur panjang untuk membayar tol di lorong tunai berbanding menggunakan Touch n Go or Smart Tag.. Bukan ker menggunakan TnG dan Smart Tag lebih mudah. Kadang-kadang tengok diorang beratur panjang-panjang bayar tol pun aku dah letih, inikan pula nak join sekali.. Kalau nak kata tak mampu beli, pelik la plak. Dengan serendah RM10 pun kita dah boleh dapat TnG. Bukan apa kadang-kadang yang beratur panjang-panjang tue pakai BMW, Toyota Hilux la..Kalau satu dua biji kereta mewah beratur takper, imungkin tNg HILANG KER, LUPA Top Up ker, ini dan sama banyak ngan lori la.
Takperla kalau diorang nie sanggup beratur panjang dan tunggu lama-lama. Tapi masalahnya diorang nie melibatkan pengguna lain yang menggunakan lorong TnG dan Smart Tag sekali. Itu yang jadi masalah tue. Kalau diorang beratur panjang-panjang diorang dah block lorong lain yang lancar. Secara tak langsung kami yang tak terlibat pun jadi mangsa sekali.
Di sesetengah tempat, perkara ini amat ketara. Lebih-lebih lagi pada waktu puncak. Kalau tak percaya balik kerja lalu di tol Bt. 3, Tol Shah Alam dan tol Setia Alam. Perbezaan jumlah kenderaan  amat ketara antara lorong tunai dan lorong TnC.  Nisbah 20 kenderaan dilorong tunai : 1 di TnC.. Mustahil semua mereka yang beratur lupa nak Top Up atau hilang kad.
Mungkin bagi sesetengah dari mereka jarang menggunakan lebuh raya untuk urusan seharian keuali bila tiba time nak balik kampung atau bercuti sahaja. Namun tak salah jika kita menyimpan sekurang-kurangnya satu kad TnC di dalam kereta jika tak mampu nak beli Smart Tag. Manalah tahu jika tiba-tiba ada kecemasan yang memerlukan kita untuk segera ke sesuatu destinasi. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan masa perjalanan kita.
Tapi kalau nilai kad dah habis, lupa nak Top Up atau tiba-tiba hilang, terpaksalah beratur sama di lorong tunai. Tiada pilihan. Apa pun dalam hidup nie ada pilihan, fikirlah yang terbaik.