Showing posts with label Zon Komplen!. Show all posts
Showing posts with label Zon Komplen!. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Duit Hilang dalam Akaun Bank Islam



Baru-baru nie mak aku hilang duit kat RM800.00 dalam akaun Bank Islam. Dari yang mak aku story, memang dia tak ada bagi sesiapa kad tu, n share no pin. Aku pun confius gak, maybe terlupa memang ada buat pengeluaran ker. Mak aku yakin memang tak der. 

Aku pun sebenarnya takderlah pengalaman hilang duit kat Bank nie. Selama aku simpan kat bank rimau / CIMB / RHB ni ok jer. Pas tu aku try lah google, kes hilang duit kat Bank Islam. Memang dah ada kes yang sama macam nie. Dari cerita kenalan2 mak aku pun diorang ada kes yang sama. Tak tau lah aku salah siapa. Bank ke penyangak kat luar tu. Nak kata penyagak luar pun boleh jadi gak, coz memang banyak kes. Nak kata orang dalam pun posible gak. Macam kes akaun mangsa MH17. Kedua-duanya boleh jadi. Ntahlah sebab siasatan pun belum dijalankan.

So aku call lah bank Islam. Tapi tak berjawab. Cuma last sekali dia mintak tinggalkan no fon untuk dia call balik. Dalam 3 hari pas tu baru diorang call balik. So aku pun story lah kat pegawai bank TU. N diorang memang suruh wat report polis dulu. Bank kata maybe ada antara kami adik beradik yang keluarkan n terlupa. Aku kata, setakat nie confirm memang tak ader. Mungkin juga ada sindiket yang keluarkan?. Pegawai tu jawab, selama saya kerja nie tak pernah pulak ada kes macam nie. Aku pun apa lagi, story lah kat dia, yang aku ada terbaca tentang komplen2 tentang kes yang sama sebelum nie n citer2 dari kenalan yang terdekat yang pernah hilang duti kat Bank Islam nie jugak. Takkan semuanya kebetulan. Pegawai tu tak ulas pun n bagi tau takper nanti encik wat report polis dulu. Lagi satu Pegawai bank kata kalau duit tu hilang melalui pengeluaran ATM, pihak bank tidak akan bertanggung jawab.  Aiya, manyak rugi ooo. 

So, dalam masa yang sama mak aku pun ke bank lagi, buat report kat bank. Pihak Bank islam melalui bank statement ada buat semakan dan maklumkan ada pengeluaran melalui ATM pada tarikh sekian-sekian. Apalagi CCTV la. Tapi tak boleh tengok cam tue jer. Ada prosuder nya. Bank Islam bagi satu borang untuk diisi dan selepas itu dapatkan report polis. Submit balik borang tu berserta laoran polis. Dalam 2, 3 hari bank akan call untuk datang ke bank untuk melihat rakaman CCTV bersama polis dan pihak bank. Satu lagi, diorang ada bagitau jugak, nanti polis akan datang n soal siasat ahli keluarga terdekat dahulu, sebagai salah satu prosedur diorang. Tak tau lah betul tak nie. Tapi kalau betul pun, bagi aku tak perlu kot nak soal siasat. Membazir masa. Kalau dah tau tarikh n waktu duit tu hilang n ada CCTV ATM, so, tengok jerlah CCTV yer tak. So wat masa nie cuma boleh wat report n tengok CCTV tu jer. Duit memang dah anggap burn jer lah..takder harapan.


Monday, August 11, 2014

Payung Petronas

PETRONAS Brands Maaf di atas kesulitan. Kami amat terharu dengan sambutan yang menggalakan, dan kami sedang berusaha untuk menambah stok payung di stesen-stesen PETRONAS dengan segera. Namun, promosi masih berlandaskan sehingga stok masih ada. Diharapkan anda terus mencuba dalam minggu ini, sekali lagi, maaf di atas kesulitan.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Mesralink di talian 1300 88 8181. 
Sumber : Dari Admin FB Petronas Brands..


Terpikir plak tetiba tadi nak jengok FB Petronas..
Aku ingat takder orang kisah tak dapat payung..hakikatnya..
Kesian,…. FB Petronas kena serang ngan orang-orang yang menuntut payung..Salah korang jugak. Aku ingat aku sorang jer tak dapat tuntut payung tue, rupenya ramai dah mengamuk kat FB tu. Apa sahaja post Admin Petronas tu, semua komen fasal payung. Komen langsung takder kena mengena ngan posting diorang.

Bukan kat FB jer, kat kaunter pun ada yang mengamuk marahkan staff Petronas, coz payung tak dapat.. Dah diorang janji kan..Nak lah tuntut jugak..Tapi tak perlu lah sampai nak mengamuk..payung jer pun..Baru sempat tanya kat 2 stesen.. Dua2 stesen kata payung habis stock. Pas tu dah malas nak tanya dah..Aku tak kisah sebab tak dapat payung tapi tak puas hati coz ada staf diorang (Stesen Petronas) yang takder budi Bahasa.

Adalah satu stesen minyak tu. Petronas Sebelah Klang Sentral.. Tinggal satu cop jer nak dapat payung. Aku pun isi lah RM20.00 coz nak dapat kan last cop tu.. Masa bayar tu aku hulurlah kad penebusan tu minta cop n nak tebus payung. Staf petronas tu (Lelaki) arahkan aku isi minyak dulu..Coz dia kata nak SEMAK aku punya resit. Pas isi aku pun datang balik. Mintak resit + cop + payung. Dia dengan selamba cop kad tu n bagi balik kad tu kat aku tanpa cakap apa2. Pas tu selamber jer borak ngan kawan sebelah dia . Terpinga2 pinga gak lah aku kat kaunter tue.... Aku plak yang kena Tanya.        

Aku : “ Dik, so camner nie..tak boleh tebus ke nie?
Staff Petronas : “ Stock habis”

…krik…krik…

Cam tue jer. Mintak maaf pun tak..Tadi suruh aku isi minyak dululah, cakap nak semak resit dululah. Dia punya arahan cam payung tu ada stok jer.. mintak maaf pun tidak..
Kan boleh je cakap, time aku bayar tadi n masa aku hulurkan kad nak cop “ MAAF bang, payung dah habis stok. Susah ke?..Bukan nak salahkan n marah kat diorang pun. Coz diorang pun cuma kerja n ikut arahan atasan jer. Tapi..yang membezakan seseorang adalah budi Bahasa. Orang bawah yang ada budi Bahasa lebih tinggi nilainya dari orang atas yang takda budi Bahasa. Faham tak…?

Moral of the story...kalau nak buat apa2 , prepare betul2..stock kasi cukup..Dia punya Promosi payung cam nak bagi hadiah sebiji Audi. Dari yang aku baca kat FB, diorang kata setiap Stesen Petronas cuma dibekalkan 10-20 payung sahaja.. Aiyak..Kalau fikir betul2 memang tak logiklah lah kan.. Memang ada terma dan syarat selagi stock masih ada..Tapi masalahnya customer tak tau pun stock masih ada atau tidak.. Yang diorang tau, tempoh penebusan masih valid dan promosi masih dijalankan.

Lain kali tulis lah kat stesen minyak tu. Tampal besar2, WOI STOCK PAYUNG DAH HABIS !!. Ini dah lah tak tulis, kad penebusan masih edar, poster promosi masih tampal..Diorang dah tau stock dah takder tapi masih buat promosi.. 

Lain kali kan PETRONAS, kalau bajet CIPUT tapi still nak wat 'kebajikan'..Buat terma tambahan cam nie.


* TERHAD UNTUK 1000 PELANGGAN PERTAMA YANG MEMBUAT PENEBUSAN SAHAJA. 
(SIAPA CEPAT DIA DAPAT).


Baru orang faham, stok ada 1000 je.. Kalau tak dapat nasiblah. Kalau dah tau stok dah habis tapi still buat promosi, bagi aku ini dah dikira menipu customer..Ibarat pepatah “Tak dapat Payung sekaki rosak Petronas Senegara”. Sekian laporan saya.. 




Monday, June 10, 2013

'Raja Tak Malu?

“Raja Tak Tahu Malu”
Menarik gak tajuk satu akhbar ni semalam berkenaan kekalahan 2-1 Malaysia kepada kelab kelab pemain sambilan, Canberra FC di Canberra, Australia, Khamis lalu. Memang tak tau malu. Ha ha!!
“Saya tidak mahu fokus atau nak ikut apa-apa laporan daripada surat khabar dan sebagainya. Fokus saya hanyalah untuk pasukan dan persediaan menghadapi perlawanan kedua serta ketiga," Datuk K Rajagobal, jurulatih kebangsaan”
Sombongnya!!. Tak nak terima kritikan dan nasihat..Macam bagus dan syok sendiri. Memang camnie kot semua orang kat FAM. Kat Malaysia jer camnie, kalau kat luar sana, dah lama kena pecat. Kalau aku dah lama aku letak jawatan.

Teringat aku komen2 pengurusan FAM sebelum2 nie.

Kenyataan lawak dari seorang pegawai FAM.
Budak sekolah pun tau apa itu ranking kan. Dah kalah kata ranking tak penting. Bila ranking pasukan naik sket, buat kenyataan, semua itu hasil usaha FAM.


Kenyataan2 lain yang biasa kita dengar selepas perlawanan.
                1.       “Kekalahan ini memberi pengajaran dan pengalaman kepada pasukan kita”
Perlawanan selepas tu, kalah lagi. Jurulatih ulang ayat yang lebih kurang sama “kita harus ambil iktibar dari kekalahan ini” he he. bila nak menang camnie.
2.       Ranking tak penting - Rajagopal
Dia kata ranking sekadar angka dan tak gambarkan prestasi sebenar pasukan. Dia nak kata Ranking FIFA salah lah tue. Nampak tak mentality dan angkuhnya kenyataan jurulatih kita nie.  FIFA pun dia boleh pertikaikan inikan peminat tempatan. Dah ranking ke 162 dunia pun masih relaks lagi.
Camnerlah bola sepak kita nak maju kan.
Kekalahan masih dianggap biasa. Lebih2 lagi kalau kita lawan kelab2 orang putih atau negara utama Asia seperti Jepun, Korea, Iran. Kekalahan bukan sahaja dinggap biasa malah kekalahan tipis atau seri sesuatu yang sudah dianggap membanggakan dan kejayaan bagi FAM. Sebab? Sebab kita berjaya mengekang kekalahan lebih teruk atau berjaya mengikat keputusan. Lepas perlawanan plak, wartawan sibuk tanya ulasan jurulatih pasukan lawan tu. Macam mana pemain Malaysia? “Saya tengok pasukan ini boleh pergi jauh”Kata jurulatih lawan. Of coz lah diorang cakap camtue. Coz diorang nak ambik hati jer dan jaga hati peminat pasukan diorang kat sini.
Tak pun..“Wah!!..hebatlah Malaysia, kalah tipis jer dengan pasukan2 kuat seperti Jepun!!...Kira fight lah jugak kan”. Itulah ayat yang biasa kita dengar. Kamon lah. Apakah kalah tipis atau seri sudah memadai? Kalau kita sentiasa menganggap situasi sebegitu sesuatu yang hebat, lupakanlah niat nak ke Piala Dunia. Sebab target kita Cuma nak beri saingan, seri atau elakkan kekalah teruk jer. FAM memang tak ada wawasan.
Memang baru2 ni kita menang Sukan SEA, AFF Suzuki. Nampak cam hebat.  Tapi bandingkan dulu dengan usia bola sepak kita. Taklah hebat sangat kan. Pasukan kita bukan baru ditubuhkan 2-3 tahun lepas. Dah berpuluh tahun tapi hanya beberapa kejuaraan sahaja. Sedangkan sukan lain, dah ke peringkat antarabangsa, seperti Badminton, squash, Bowling, Hoki, akuatik.
Salah siapa?
Pemain kot.
Pemain dah tukar dah. Sejak berpuluh tahun FAM tadbir bola sepak Malaysia nie dah berpuluh2 pemain keluar masuk. Samejer. Mungkin juga pasukan kita dibarisi pemain2 yang salah. Pengurusan FAM masih sama, tak berubah.


Jurulatih?
Jurulatih pun kita dah tukar. Dari orang orang tempatan sampai ke tenaga import. Pun tak berubah gak. Kegagalan jurulatih merancang dan memilih pemain. Pun pengurusan FAM masih sama.


FAM.
Memang. Ini semua memang salah FAM. Sebab FAM yang pilih jurulatih  dan jurulatih tu lah yang pilih pemain.
Bola sepak ni macam syarikat jugak. Kalau pihak Pengurusan (FAM) salah pilih pegawai (Jurulatih) dan pegawai tu pulak salah ambil pekerja (Pemain). Kena plak Pengurusan yang tak ada wawasan dan tak tau nak tadbir dan merancang. lingkup lah syarikat. Tukar lah berapa orang pekerja pun, kalau pihak pengurusan tak berubah, sampai bila pun tak maju.
Pegawai2 FAM diminta lebih professional.
Kalau rasa tak boleh nak tadbir. Bukan rasa dah nie, memang tak tau nak tadbir, letak jawatan dan serah jer kepada orang lain. Tak perlu malu. Kalau baru start kejer pun ada tempoh percubaan 3 atau 5 tahun. Kalau tak perfom pecat. FAM bukan 3 - 4 tahun, tapi berpuluh tahun. Takkan masih peringkat percubaan kot.
Berubahlah untuk terima kritikan semua pihak. Pasukan bola sepak Malaysia bukan hak peribadi FAM tapi hak semua rakyat Malaysia. Kalau nak pasukan sendiri tubuhkan jer Pasukan FAM. Jom lawan Selangor dalam liga Super. Ha ha. Selangor gak. Jangan letak nama pasukan Malaysia. Dan jangan merayu penonton untuk hadir ke Stadium. Bila penonton kritik, tak terima. Katanya ini masalah dalaman dan orang luar tak perlu masuk campur. Bila ada perlawanan merayu suruh penonton datang.  Ikhlas nak penonton datang atau nak duit tiket jer?. Tapi yang aku pasti, penonton memang ikhlas nak datang.
Contohilah pasukan Hoki kita. Walaupun mereka tak diberi publisiti sehebat pemain bola, tapi pencapaian mereka jauh lebih bagus.
majulah sukan untuk negara.




Monday, June 6, 2011

alahai komuter komuter.

Kemelut komuter: Surat terbuka buat KTMB 
BARU-baru ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ada menegur bahawa KTMB tidak mesra golongan orang kurang upaya (OKU).
Katanya sejak tahun lepas lagi beliau telah membangkitkan perkara itu dengan agensi terbabit. Dan saya, sebagai pengguna perkhidmatan komuter di bawah kendalian KTMB ingin menambah bahawa bukan sahaja KTMB tidak mesra OKU tetapi juga tidak mesra dengan keseluruhan penggunanya.
Masalah bukan berlaku setahun dua tetapi sepanjang lima tahun saya menggunakan perkhidmatan komuter.
Saya percaya selain saya, sudah beratus aduan pengguna terhadap perkhidmatan KTMB disuarakan, sama ada melalui forum ini ataupun medium lain.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menegur kelemahan perkhidmatan komuter suatu ketika dulu. Malangnya, sehingga ke hari ini, tiada perubahan berlaku, malahan semakin hari semakin teruk sehingga ramai pengguna menganggap bahawa KTMB tegar terhadap aduan dan rungutan pengguna.
Masalah paling ketara dalam perkhidmatan komuter ialah masa perjalanan yang tidak tepat dan tergendala (dua atau tiga trip komuter dijadikan satu trip sahaja).
Walaupun kononnya waktu perjalanan komuter ke semua destinasi telah dibuat penjadualan semula dari 15 minit setiap trip kepada 20 minit sejak tahun lalu, ia hanya retorik semata-mata.
Bayangkan, hampir setiap hari komuter mengalami kelewatan waktu perjalanan atau dilambatkan atas alasan teknikal dan sebagainya. Anehnya, ia sering berlaku pada waktu puncak, sama ada waktu penumpang mahu ke tempat kerja atau balik dari kerja.
Dan bayangkan pula, betapa sesaknya stesen terutamanya Stesen KL Sentral dengan pengguna yang menunggu dengan wajah letih dan badan yang penat. Sudahlah letih berdiri menunggu komuter tiba berjam-jam lamanya, kena berasak dan berebut pula bila mahu menaikinya. Kadang-kala sehingga komuter yang ketiga atau keempat barulah kami dapat menaikinya.
Saya percaya, sebahagian besar emosi pengguna juga sangat tertekan dengan masalah yang tidak berkesudahan ini. Saya fikir, jika tidak sabar sudah lama pengguna perkhidmatan komuter mengalami stres melampau, kalau pun tidak gila.
Sudah puas merungut dan mengadu tetapi nampaknya suara pengguna seperti kami tidak didengari oleh pihak-pihak atasan yang saya percaya tidak pernah merasai dan mengalami sendiri keperitan berebut, bersesak dan berdiri di dalam komuter.
Dari segi imej, saya percaya imej KTMB sudah lama tercalar, bukan sahaja di mata rakyat Malaysia tetapi juga pelancong negara luar yang datang melancong dan menggunakan perkhidmatan komuter.
Tidak perlulah merasa malu kepada mereka dalam hal ini kerana KTMB wajar merasa malu kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu atas perkhidmatan yang diberikan. Sejarah panjang penubuhan Keretapi Tanah Melayu menjadi pengangkutan tertua di negara ini nampaknya tidak mempunyai signifikan lagi.
Saya sering tertanya-tanya, sudah tiada cara lagikah untuk pihak pengurusan KTMB menyelesaikan masalah lapuk ini? Sudah kehabisan ideakah para pegawai atasan mereka untuk mengkaji punca kelemahan pengurusan mereka sendiri?
Atau mereka mengambil sikap untuk mendengar sahaja tetapi tidak bertindak kerana beranggapan sekecoh mana pun pengguna, mereka tetap akan naik komuter juga - kerana sebahagian besar daripada kami memang tiada pilihan. Jika itu yang berlaku, ia memang sangat menyedihkan.
Saya juga sering terfikir, tidakkah kita dapat belajar dan menimba ilmu daripada negara Jepun dan Switzerland yang mempunyai sistem perkhidmatan kereta api terbaik di dunia?
Sesungguhnya saya dan pengguna-pengguna komuter yang lain sudah muak dengan pengumuman kelewatan melampau tren komuter (tidak kira apa pun puncanya) yang hampir saban hari kami dengar.
Selain daripada pihak pengurusan KTMB, saya tidak dapat tidak dari menyentuh tentang Kementerian Pengangkutan sendiri. Saya fikir, masalah pengangkutan awam di Malaysia memang agak kronik (dalam hal ini sudah tentulah perkhidmatan komuter).
Sudah sampai masanya pihak kementerian berbuat sesuatu yang tegas bagi mengatasi masalah ini, dalam keadaan di mana sebahagian besar rakyat bawahan dan pertengahan bergelut dengan kepayahan hidup akibat kegawatan ekonomi. Bantulah kami melawan kepayahan itu dengan cara menyelesaikan masalah pokok yang sewajarnya ditangani oleh tuan-tuan yang bijaksana.
Saya fikir, pihak kementerian pasti bersetuju bahawa bidang pengangkutan bukan sahaja tentang kebanggaan melancarkan berapa banyak destinasi baru oleh syarikat-syarikat penerbangan tetapi juga tentang berapa banyak masalah domestik pengangkutan yang harus diselesaikan.
Barangkali kami tidak mempunyai kereta besar dan mewah untuk ke tempat kerja, tetapi kami masih perlu bekerja walaupun hanya dengan menaiki komuter.
PETIKAN ADUAN PEMBACA UTUSAN MALAYSIA : 17.4.2009

Nie baru seorang pembaca. Kalau aku ada peluang hari-hari aku hantar aduan.
Hai..baca cerita nie teringat aku masa zaman-zaman gi kerja  naik komuter dulu. Tahun 2006 hingga 2007. Masa tu kerja di KL. Hari-hari naik komuter dari Stesen Padang Jawa Klang ke Stesen Bank Negara. Masa tu Azabnya lah, tuhan saja yang tahu.
Ni antara masalah komuter nie :

1. Komuter datang lewat (kalau 10 kali perjalanan 9 akan lewat)

2. Dah lah lewat, langsung takder pengumuman status komuter tu dah kat mana?

3. Air cond selalu takder.

4. Suka-suka hati jer pinda jadual. Kat jadual tulis 7.30 akan sampai. Bila dah 7.30 tren masih tak sampai-sampai. Takpelah tunggu lagi. Dah dua puluh minit tunggu nie (dah 7.50 dan nie). Lambat satu hal pengumuman langsung tak ada. Kot yer pun buat la annoucement ke mohon maaf tren tak tiba seperti di jadualkan.  pas tu dengan selamba waktu jadual tu tulis TREN AKAN SAMAPAI 8.15. Dengan takder annoucement selamber jer dier tukar jadual. Itupun dah 20 minit lewat.

5. Tulis 5.30 pelabuhan klang. Tiba –tiba tren yang sampai ke Rawang. Punyelah bersemangat kita tunggu. Bila bunyi jer tren dari jauh, kitorang dah berebut nak beratur. Sampai-sampai tren Rawang. Kalau korang panas tak?. Bayangkan punyelah hampa kitorang yang beratur nie. Dah lah lambat, lain tren plak yang sampai.

6. Suka tunggu penumpang. Seingat aku lah kalau ader orang yang berlari dari hujung jejanjas masih sempat lah seberang jejantas naik tren tu. Diorang ingat ini Bas Sekolah ker nak tunggu-tunggu. Baik biar bertempat. Thats y la perkhidmatan diorang lembab dan tak ikut jadual.

7. Tren rosak. Yang nie dah selalu sangat. Sampai naik menyampah. 

8. Diorang kater tren setiap 15 minit. Jangan kater 15 minit, 30 minit pun belum tentu.

9. Masalah tak selesai lagi, dah buat promosi baru, koc untuk wanita. Bagus la. Tapi yang herannya, tren sedia ada pun tak cukup, ada plak koc khas untuk wanita. Bertambah sesaklah. Fokus lah yang penting dulu. 

10. Yang terbaru nie pakej perkahwinan tak pun hari jadi dalam tren. Macam-macam.