Friday, June 21, 2013

Happy Father Day, Day untuk bapa, ini hari bapa punya hari la deyy!!..samelah tu. haha.





Patutlah wife aku tetiba jer teringin nak makan kek malam tue ..Suprise rupanya. Pandai yer pancing..He he. Apapun, thanks sayang, Rayyan and Raykarl yang tengah tido masa tu untuk semua ini. mekaseh banyak2..

Kitorang makan kat Secret Recipe Setia City Mall. Nasib dapat port baik, tempat duduk yang bersofa tue. Boleh lah letak Raykarl yang tengah tido.





nama kek nie, Kek Coklat Pisang berjiran dengan Stawberi Coklat..Ada tulisan "We Love Baba''..I Love u all too.


Encik Rayyan yang teruja untuk meniup lilin...

Bapa yang diraikan..malu2 plak. tiup jer lah lilin tue.





Monday, June 10, 2013

'Raja Tak Malu?

“Raja Tak Tahu Malu”
Menarik gak tajuk satu akhbar ni semalam berkenaan kekalahan 2-1 Malaysia kepada kelab kelab pemain sambilan, Canberra FC di Canberra, Australia, Khamis lalu. Memang tak tau malu. Ha ha!!
“Saya tidak mahu fokus atau nak ikut apa-apa laporan daripada surat khabar dan sebagainya. Fokus saya hanyalah untuk pasukan dan persediaan menghadapi perlawanan kedua serta ketiga," Datuk K Rajagobal, jurulatih kebangsaan”
Sombongnya!!. Tak nak terima kritikan dan nasihat..Macam bagus dan syok sendiri. Memang camnie kot semua orang kat FAM. Kat Malaysia jer camnie, kalau kat luar sana, dah lama kena pecat. Kalau aku dah lama aku letak jawatan.

Teringat aku komen2 pengurusan FAM sebelum2 nie.

Kenyataan lawak dari seorang pegawai FAM.
Budak sekolah pun tau apa itu ranking kan. Dah kalah kata ranking tak penting. Bila ranking pasukan naik sket, buat kenyataan, semua itu hasil usaha FAM.


Kenyataan2 lain yang biasa kita dengar selepas perlawanan.
                1.       “Kekalahan ini memberi pengajaran dan pengalaman kepada pasukan kita”
Perlawanan selepas tu, kalah lagi. Jurulatih ulang ayat yang lebih kurang sama “kita harus ambil iktibar dari kekalahan ini” he he. bila nak menang camnie.
2.       Ranking tak penting - Rajagopal
Dia kata ranking sekadar angka dan tak gambarkan prestasi sebenar pasukan. Dia nak kata Ranking FIFA salah lah tue. Nampak tak mentality dan angkuhnya kenyataan jurulatih kita nie.  FIFA pun dia boleh pertikaikan inikan peminat tempatan. Dah ranking ke 162 dunia pun masih relaks lagi.
Camnerlah bola sepak kita nak maju kan.
Kekalahan masih dianggap biasa. Lebih2 lagi kalau kita lawan kelab2 orang putih atau negara utama Asia seperti Jepun, Korea, Iran. Kekalahan bukan sahaja dinggap biasa malah kekalahan tipis atau seri sesuatu yang sudah dianggap membanggakan dan kejayaan bagi FAM. Sebab? Sebab kita berjaya mengekang kekalahan lebih teruk atau berjaya mengikat keputusan. Lepas perlawanan plak, wartawan sibuk tanya ulasan jurulatih pasukan lawan tu. Macam mana pemain Malaysia? “Saya tengok pasukan ini boleh pergi jauh”Kata jurulatih lawan. Of coz lah diorang cakap camtue. Coz diorang nak ambik hati jer dan jaga hati peminat pasukan diorang kat sini.
Tak pun..“Wah!!..hebatlah Malaysia, kalah tipis jer dengan pasukan2 kuat seperti Jepun!!...Kira fight lah jugak kan”. Itulah ayat yang biasa kita dengar. Kamon lah. Apakah kalah tipis atau seri sudah memadai? Kalau kita sentiasa menganggap situasi sebegitu sesuatu yang hebat, lupakanlah niat nak ke Piala Dunia. Sebab target kita Cuma nak beri saingan, seri atau elakkan kekalah teruk jer. FAM memang tak ada wawasan.
Memang baru2 ni kita menang Sukan SEA, AFF Suzuki. Nampak cam hebat.  Tapi bandingkan dulu dengan usia bola sepak kita. Taklah hebat sangat kan. Pasukan kita bukan baru ditubuhkan 2-3 tahun lepas. Dah berpuluh tahun tapi hanya beberapa kejuaraan sahaja. Sedangkan sukan lain, dah ke peringkat antarabangsa, seperti Badminton, squash, Bowling, Hoki, akuatik.
Salah siapa?
Pemain kot.
Pemain dah tukar dah. Sejak berpuluh tahun FAM tadbir bola sepak Malaysia nie dah berpuluh2 pemain keluar masuk. Samejer. Mungkin juga pasukan kita dibarisi pemain2 yang salah. Pengurusan FAM masih sama, tak berubah.


Jurulatih?
Jurulatih pun kita dah tukar. Dari orang orang tempatan sampai ke tenaga import. Pun tak berubah gak. Kegagalan jurulatih merancang dan memilih pemain. Pun pengurusan FAM masih sama.


FAM.
Memang. Ini semua memang salah FAM. Sebab FAM yang pilih jurulatih  dan jurulatih tu lah yang pilih pemain.
Bola sepak ni macam syarikat jugak. Kalau pihak Pengurusan (FAM) salah pilih pegawai (Jurulatih) dan pegawai tu pulak salah ambil pekerja (Pemain). Kena plak Pengurusan yang tak ada wawasan dan tak tau nak tadbir dan merancang. lingkup lah syarikat. Tukar lah berapa orang pekerja pun, kalau pihak pengurusan tak berubah, sampai bila pun tak maju.
Pegawai2 FAM diminta lebih professional.
Kalau rasa tak boleh nak tadbir. Bukan rasa dah nie, memang tak tau nak tadbir, letak jawatan dan serah jer kepada orang lain. Tak perlu malu. Kalau baru start kejer pun ada tempoh percubaan 3 atau 5 tahun. Kalau tak perfom pecat. FAM bukan 3 - 4 tahun, tapi berpuluh tahun. Takkan masih peringkat percubaan kot.
Berubahlah untuk terima kritikan semua pihak. Pasukan bola sepak Malaysia bukan hak peribadi FAM tapi hak semua rakyat Malaysia. Kalau nak pasukan sendiri tubuhkan jer Pasukan FAM. Jom lawan Selangor dalam liga Super. Ha ha. Selangor gak. Jangan letak nama pasukan Malaysia. Dan jangan merayu penonton untuk hadir ke Stadium. Bila penonton kritik, tak terima. Katanya ini masalah dalaman dan orang luar tak perlu masuk campur. Bila ada perlawanan merayu suruh penonton datang.  Ikhlas nak penonton datang atau nak duit tiket jer?. Tapi yang aku pasti, penonton memang ikhlas nak datang.
Contohilah pasukan Hoki kita. Walaupun mereka tak diberi publisiti sehebat pemain bola, tapi pencapaian mereka jauh lebih bagus.
majulah sukan untuk negara.




Monday, June 3, 2013

First day at Putrajaya.

Ini hari hari ke 2 di Putrajaya.
Dan ini hari juga hari pertama aku naik motor ke Putrajaya. Dari segi masa lebih kurang jer macam gi KL dulu. Hari ni aku bertolak kul 6.30 pagi dan sampai ke Putrajaya kul 7.15am. Dalam 45 ke 50 minit camtulah. Boleh tahangak lah jauh dier.. Aku start dari Tol Setia Alam melalui NKVE dan masuk ke Plus Elite menghala selatan dan keluar di Tol Putrajaya. Cer nengok peta kat bawah nie.


Kos Minyak dalam RM4.00. Murahkan. Kalau naik keter Tol sehala jer dah RM5.80. Minyak dalam RM20.00 sehari. Sebulan?. Kiralah sendiri yer. Kejer untuk bayar tol ngan minyak lah jawabnya nanti.

Naik moto penat sket tapi tak sakit kepala, pikir pasal duit.ha ha..Nak sewa rumah tak boleh coz dah beli rumah kat Klang. Sayang lah nak sewakan. Lagipun wife kojer kat Shah Alam dekat ngan rumah. Senang sket nak balik ambik anak kat taska. Biarlah aku yang laki nie kojer jauh sket. Apapun layan jer dulu Putrajaya nie. Agak2 kalau tak larat nanti aku minta tukar.