Friday, December 27, 2013

Port Dickson Plak...

Sblm aku malas nak menulis dan lupa apa yang aku nak tulis, baik aku tulis. Artikel kali ini bertemakan percutian dan pelancongan domestik (ayat macam pernah bercuti kat overc jer kan). Apa nak buat, lum ada rekzi nak ker over c.

Trip kali nie ke Port Dickson. Plan asal bercuti ke Penang. Disebabkan kesuntukan masa. Hujung November plak baru plan nak bercuti. Dahlah tu, time yang semua free dalam 25-28 Dec 2013 jer. Time tu kena plak cuti sekolah n Krismas. Memang tak lah kalau nak gi Penang kan. Ha inilah hasilnya. Hotel Ancasa All Suites Resort n Spa Port Dickson. 2Day 1 malam jer. 26 hingga 27 Disember 2013. 






Ni kali pertama aku check in kat hotel nie. Hotel apa nie?? tak pernah dengar pun. Kebetulan jumpa masa menggoogle. Try review kat Agoda. Bleh tahan gak. Jenis apartment. Ada  jenis 2 bilik n 3 bilik. 

2 Bedroom Garden View (per night)
MYR
248.28
(1 night for MYR 248.28)
Breakfast Included
Hotel tax 6% not included, Service charge 10% not included

 3 Bedroom Garden View (per night)            MYR 334.48
 (1 night for MYR 334.48)
 Breakfast Included


Apalagi kitorang pun sambar lah satu yang jenis 3 Bedroom.  Toilet ada 2. Satu dalam master bedroom dan satu lagi kat luar. Dapur pun ada. Apartment besar. Walaupuan 3 bedroom tapi kitorang sumbat sampai 4 family. Cuma part perabot dia agak ketinggalan zaman lah (usang) . TV pun masih pakai TV zaman 90an yang besar tu. Apapun oklah untuk wat tido, rehat2 n salin pakaian. 



Kitorang sampai kul 1.00 +++ kot. Terawal plak. Itu pun dah lepak lama kat R&R Seremban. Check in plak kul 3pm. Memang terbaek lah kan. Nak tunggu lagi 2 jam. Disebabkan sampai awal, tak bleh nak check in lagi. So, dari buang masa, baik bawak anak2 gi terjun swimming pool dulu. Lain macam plak swimming pool kat sini. Sejuk semacam tak macam kat tempat lain. Suam2 jer. 

Kesian..Check in lambat lagi. Umar dah check in atas meja dulu,.basah2 pun bleh tido.

view swimming pool dari balkoni .

Agak2 kalau nak mandi bilik air penuh terjun jer dari atas nie. Kalau korang duk ground floor lah. Tapi siapa yang bawak anak2, hati2, jangan biarkan anak duk balkoni sorang2. Takut berlaku kejadian yang tak diingini. Manalah tau, anak panjat kan atau pagar balkoni tu tak kukuh ker. Dan pastikan sliding door ke balkoni tu sentiasa di tutup Lagi satu tingkap bilik. Coz ada bilik yang mana katil @ almari cermin dalam bilik terlalu hampir dengan tingkap. Dan tingkap kat apartment nie plak jenis yang mudah dibuka. . 

Gambar kat goole..lebih kurang ginilah ruang tamu tu

Tapi apa yang best kat sini,  apartment nie dekat jer ngan pantai. Memang tujuan utama gi PD nie nak ke pantai pun. 












Pantai rasanya open untuk public tapi nampak cam private sket. Mungkin jalan masuk agak tersorok kot.. Taklah crowded sangat ngan pengunjung. Barulah syok kan. Pagi tu dah swimming pool, petang ke pantai plak. Malam, kuar makan ramai2..Soknya sambunng ke pantai lagi. Siap kemas2 barang dalam kul 12.00 check out.



































Apapun trip kali nie macam relax sket dan tak memenatkan sangat. Coz PD dekat jer. Tak lah percutian tu dihabiskan dalam perjalanan. 








Thursday, December 19, 2013

Jaga2 anda diperhatikan...mengesan kamera tersembunyi.




Biasa tengok tak alat2 kat atas tu? Alah, jam dan penyangkut baju je kan. Takkan tak kenal. Tapi yang aku nak story nie, jam dan penyangkut baju tu bukan yang biasa punya. Jam dan Penyangkut baju tu ada perakam tersembuyi disebaliknya. Makin canggih teknologi sekarang. .Sekarang nie melambak gadjet2 spy cam nie dijual dipasaran. Kalau tak caya try pakcik google. Melambak. 


So..cam biasa. Benda yang baik pun ada keburukannya. Bergantung pada niat pembelinya. Ramai yang menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak baik. Faham-fahamjelah yer. So..hati2 lah terutama kepada kaum hawa, terutama penyangkut baju tu. Sebab ada cerita diorang ada pasang kat bilik persalinan pakaian di shopping2 mall @ tandas@ mana2 lah yang diorang suka. Kat surau atau masjid tak pernah dengar lagilah. Kalau ada alhamdulilah, mungkin orang tu nak spy cara2 shalat dengan sempurna kot. 

Camner plak nak tau bilik persalinan  tu ada spy cam atau tak? cer citer cer citer.

Camnie, ni orang kata lah. Bila dalam bilik persalinan tu, try buat satu panggilan telefon. Kalau dapat maknanya talian ok. Kalau tak ok, maknanya ada spy cam atau kredit korang dah tamat tempoh. Sebab sistem talian telefon akan terganggu sekiranya ada spy cam nie. 


Selain 2 gadjet kat atas tu . Ni satu lagi. Terutama yang gi hotel2 tu. Sebelum mandi tu baik cek dulu. Kalau rasa tak selamat atau was2 tutup jer kepala shower tu, mandi kat sinki. Kalau muat lah. Itu baru sikit belum citer cermin 2 arah plak. Alah yang cermin cam kat bilik soal siasat tue. Korang kat luar nampak orang kat dalam. Kat dalam tak nampak luar. Korang ingat cermin biasa. Padahal kat sisi belah satu lagi gelak2 tengok aksi korang..



Tuesday, December 3, 2013

Happy Besday Rayyan 4th Year + BBQ...

Selamat ulang tahun kelahiran wat anak sulung kami, Muhammad Rayyan ke 4.. Alhamdulillah, cepat jer masa berlalu, Sejak Rayyan dah ada adik nie, tetiba jer rasa dia dah dewasa sangat...Dulu masa wife mengandung anak kedua, dalam kete pun masih duk depan kat pangku mak dia..tetiba ada adik dah pandai duk belakang..Gi kedai pun kadang2 aku dukung lagi. Bukan tak pandai jalan, kadang2 aku yang malas nak tunggu dia pakai kasut dia...Apapun selamat ulang tahun, semoga menjadi budak yang soleh dan baik..Tahun depan insyaAllah, masuk tadika. Pra-Sekolah dah ditolak dah. Harap permohonan ke Tadika  diluluskan. aamiinn..
 
Baru jer bangun tido, terus nak bukan hadiah....Siap pakai tu.. Jangan panjat dinding sudah..kalau panjat gak siap!!.. he he.
Sedikit ole2 untuk kawan2 Rayyan di Taska sempena birthday dia..
Tiup lilin time..Besday boy + kawan2 + feveret kek angry birds nya. Time kasih buat barisan koir yang menyanyikan lagu besday untuk Rayyan.


Malam tu adalah wat makan2 sket. Potong kek and wat BBQ ngan kawan2..Jadi gak planning kitorang  nak wat BBQ. Menu ayam, hotdog, jagung, ikan (sponsor by my friend izani). Gigih naik motor ke Port Klang memancing. Dapat tiga ekor jenahak. Agak besar gak lah. TQ yer. 


Kejap jer masak. Coz bara api pun cantek, Ayam plak cepat masak, coz wife aku dah kukus awal sebelum panggang. Teknik ''Kukus , grill panggang, kukus grill panggang!!!.
Bakar dengan relaksnya..alhamdulillah cuaca baik, walaupun dah agak mendung siang tadi..

Masa untuk melantak...yang ni guna teknik cedok, ambik, telan...
Anak2 plak layan diri lah yer...Rayyan Israf n Zahrah..





So...thanks semua..bila nak wat BBQ lagi nie?? cam best lah plak..

Online Shop...

Kalau korang dah malas sangat nak gi shopping, cam aku nie, online jer.  Maklumlah lah orang laki. Orang pompuan lainlah, rajin menyoping. Melambak kedai Online. Murah pun murah. Diorang jual murah2 kat online nie pun mungkin sebab tak perlu bayar kos sewa kedai, bil api air yang beribu tue. Lagipun kalau beli online banyak pilihan, Type jer pakcik google, nak baju design apa, jenama apa. Cam sweater Spiderman kat bawah nie. Cam cantek jer???..
Gambar display yang di curi dari website tu.

Kebetulan plak besday anak aku (Rayyan) dah dekat dan kebetulan jugak sebelum nie dia memang ada minta sweater (Jales sebab adik dia ada satu)..Aku pun pakcik google lah  sweater spiderman..Dapatlah satu kat website nie mylilangelz.com. Ok gak kedai online nie, banyak update yang baru. Cam biasa, daftar account, pilih produk, daftar alamat dan tempat penghantaran. Total nanti automatik siap dengan delivery charge. Pas tu apa lagi bayar lah kan. Guna Maybank2u pun ok. Pas bayar, email jer kat diorang. Nanti diorang akan bagi respons by email.



Nak tau dah terima atau tidak check status account kita or kat email. Kalau ok dia akan tulis confirm, dan kalau dah di Pos  status akan tulis completed. So tunggujer lah barang sampai. Biasa ambik masa dalam 3 hari. Satu hari order, sok pos, lusa sampai dah. Lain2 website selain mylilangelz.com ialah her.com.. 


Tada, dah sampai dah..jimat duit minyak, parking dan masa aku. Semuanya dihujung keybord.
Sweater sebenar..Saiz 4 years.






Sunday, November 17, 2013


JUAL 'MyKAD' RM500



Kakitangan JPN, suami isteri ditahan

Miri: Sindiket pemalsuan MyKad terbongkar lagi! 
Kegiatan didalangi kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan caj RM500 untuk setiap permohonan itu dibenteras dalam serbuan di sebuah rumah di Pujuk 2 di sini, kelmarin. Selain MyKad, sindiket yang dikendalikan rakyat tempatan berusia 43 hingga 57 tahun itu juga mengeluarkan sijil kelahiran palsu
Sumber: Berita Harian
18 November 2013


Boleh tak hukum buang negeri jer orang camnie. Tukar jer kerakyatan diorang jadi warganegara asing plak. Nak sangat kan tolong diorang. Aku dah agak dah, mesti ada hantu disebalik pemalsuan My Kad nie. Takkan pendatang asing nie pandai sangat nak wat pemalsuan dokumen sendiri kan. Mesti ada orang dalam tolong punya. Orang camnie tak guna simpan dalam negara. Selalu yang jadi tali barut musuh kalau time perang , orang jenis camnie lah. Ini baru MyKad + sijil lahir, esok sok negara pun diorang jual.

Tuesday, November 5, 2013

Teluk Dalam Resort Pangkor - Team Building 2013.

Baru-baru nie aku gi Team Building kat Pangkor. 3D2N..25-27 September 2013, kat Teluk Dalam Resort Pangkor. Ni first time aku jejak kaki kat Teluk Dalam Resort nie. Selalu gi Teluk Nipah jer. Teluk Dalam Resort nie lain sket. Naik bot sama, kat Jeti Lumut tapi terus turun kat jeti Teluk Dalam. Tak macam pergi yang biasa2 tue, bot singgah kat Pekan Pangkor dulu, Pas tu naik van untuk ke destinasi.  Tapi kat Teluk dalam nie pun kena naik van gak, bezanya dekat jelah dan van yang diorang sediakan memang van resort. Bab penginapan plak. Mak aiii.. Sikit punya jauh dah, chalet dengan dewan kursus. Duk seminggu kat sini makin kurus lah jawabnya..

Jeti Teluk Dalam Resort
Baru sampai jeti. Snap dlu 2 3 keping sementera tunggu driver jemput.
Baru sampai jer nie. Lepak2 dalam dewan sementara nak tunggu kunci bilik
Dah lama rasanya aku tak gi aktiviti team building macam nie. Last sekali tahun 2008 kot. Al maklumlah dah kahwin, tak suka nak kuar-kuar kursus jauh-jauh nie. Ni pergi pun kira paksa rela lah..Ok cam biasa, kalau dah team building tu, mesti banyak game yang urusetia buat.Bentuk kumpulan, nama kumpulan, logo, slogan, tag line. Cam biase. Aktiviti pulak, ada yang indoor dan ada yang outdoor. Citer yang outdoor jer lah yer. Hari ke-2. start outdoor game.













Aktiviti pertama : 

Jungle Tracking.
Aktiviti yang paling aku suka.  Trek asal yang diorang nak bagi 7 km..tapi disebabkan trek licin diorang pendekkan ke 2 km jer.  Ok lah..buat2 lepas gian mendaki. Trek ok, cuma licin jer lah sebab baru lepas hujan. Biasalah tue, mana2 trek gunung yang aku pergi sebelum nie pun licin gak walaupun tak hujan. Tapi trek kat sini banyak pacat. Ulor pun ada..
Nampak tak? Ulau melengkau. Ular kapak kot.

Check Point pertama selepas jungle tracking.. Sementera menunggu bot sampai untuk ambil kitorang ke aktiviti seterusnya. Pantang ada masa, bergambar saja. Mentang mentanglah kamera dah tak pakai kodak.
Yeey bot dah sampai...3 trip gak lah nak angkut semua peserta.. Ni trip last.


Aktiviti Ke2 : Berakit
First time nie. Diorang bagi buluh, pelampung dan tali. Buat rakit, pas tu belayar. Sape sampai dulu dia menang. Nilah aktiviti paling penat sekali. Sampai2 rasa cam nak muntah plak. Nasib baik habis berakit, boleh terus balik bilik. zzzzzz. Sebab kul 3.30pm kena sambung aktiviti lain plak.


Aktiviti ke3 : Paint Ball
Ni pun first time gak. Seronok gak main game nie. Walaupun masa taklimat keselamatan sebelum game, macam seram jer bunyinya. Tapi  bila dah main, seronok plak. Kitorang ada 4 group jer. Satu group ada 9 orang. Tapi untuk paint ball nie satu team kena hantar 5 orang wakil jer. Ok mula2 sekali sebelum start game,


Abang Taklimat

Taklimat Keselamatan :

Yang ni wajib.Diorang akan bagi penerangan ringkas tentang cara2 permainan, peralatan, aspek keselamatan, peraturan.

Peralatan :

Face Mask / Google (Google jer Yahoo atau mozilla tak dibenarkan). Yang nie amat penting. Nak main paintball, face mask wajib kena pakai. Ia lebih penting dari maskara yang pompuan selalu pakai tue, Sebab nak melindungi muka kita terutamanya mata dari terkena tembakan. Face Mask nie, tidak boleh dibuka sesuka hati ketika masih dalam kawasan permainan, walau dalam apa jua situasi pun. Kalau dah game over pun tapi masih dalam kawasan permainan, mask tak boleh dibuka sehingga keluar dari kawasan permainan. Sebab  kalau kena mata bleh jadi Kasim Selamat. Kalau korang terer main seksefon, boleh terus tukar nama jadi Osman Jailani.
 
Marker @ 'Senjata' (Dilengkapi Tangki Karbon Dioksida (CO2) @ Tekanan Udara Tinggi (HPA) Dalam paintball diorang tak panggil senapang atau M16, walaupun bentuknya seakan akan senjata sebenar. Marker nie, dilengkapi ciri keselamatan. Dimana ada butang on/off  untuk mengaktifkan marker.Kot2 lah tertekan picu kan.

Pallet (Peluru Paintball) 
Pallet ni kira peluru lah.. Bentuknya bulat dan kenyal.  Dalam nya ada cecair berwarna.Masa kitorang main, pallet yang diorang  bagi berwarna oren. Tak perlu risau coz, kalau kena baju pun, kesan warna tu boleh hilang. Setiap orang akan dibekalkan dalam 50 pallet dalam satu2 permainan. Pallet ni mudah pecah. Pallet nie kalau kena kulit melecet gak lah. Tapi taklah sampai sakit berdenyut2 pun. Cuma tinggalkan parut. Ni dah kat 2 minggu pun masih tak hilang parutnya. Seeloknya kalau nak main paitball, pakai baju lengan panjang lah yer.




Body Vest / Jaket Keselamatan
Body Vest nie tak lah wajib sangat dipakai. Keutamaan untuk orang perempuan, maklumlah mereka ada part2 yang sensitif kan. Tapi dapat pakai pun best gak, rasa macam anggota VAT69 plak.







Blah kiri Geng aku, kumpulan Flash...sebelah tu pihak musuh..Game nie yang aku menang nie.he he
Peraturan Permainan : (Berdasarkan permainan di Teluk Dalam)

2 Team (1 team 5 orang)

Gelanggan permainan terdiri dari 2 kawasan. A dan B. Ada kawasan permulaan. Ditengahnya ada satu garisan sempadan, dan diletakkan 2 bendera. Satu di kawasan A dan satu lagi di kawasan B. Setiap pemain tidak boleh bergerak melebihi sempadan masing2.  Kot lah xcited sangat nak jadi rambo kan. Sekiranya terlebih, team tersebut dikira kalah.

Undian akan dibuat, untuk memilih kawasan.

Beberapa Marshal akan berada di dalam kawasan permainan, untuk memantau dan mengadili permainan tersebut.

Camner nak menang?
Apa yang perlu dibuat ialah, setiap team perlu berusaha mengambil satu bendera milik mereka yang diletakkan di tengah2 sempadan permainan. Pemenang dikira sekiranya seorang pemain dari mana2 team tersebut berjaya mengambil bendera tersebut dan berpatah balik dan meletakkan bendera ke tempat yang ditetapkan (biasanya diletakkan di garisan permulaan).   Pemain yang membawa bendera akan diperiksa sama ada terkena tembakan atau tidak.Sekitranya clear, team tersebut dikira menang.

Kalau terkena tembakan semasa membawa lari bendera?
Kalau korang sempat ambik bendera dan masa patah balik, korang ditembak, letakkan bendera tu kat mana korang ditembak tadi. Tinggalkan bendera dan pergi ke kawasan mati. Geng korang yang lain boleh sambung ambik bendera tu nanti.

Masa yang diberi adalah lebih kurang 10 minit.

Jika terkena tembak.?
Korang dikira 'mati' walaupun yang tembak korang adalah geng korang sendiri. Patah balik ke belakang (tempat bermula) menuju ke kawasan 'mati'. Duk diam2 jer. Tengok geng2 korang meneruskan perjuangan. Walaupun dah mati Face Mask tetap tak bleh buka lagi. Sampai lah korang keluar dari kawasan permainan nanti.


7. Tamat.

  


Enjoy gak lah main paitball nie.. Dapat main 3 kali game. First Game jer yang menang, 2 game lagi kena tembak. First game ni lah yang aku kantoi. Lepas aku dapat bendera dan patah balik letakkan bendera. Aku terus angkat tangan. Penat berlari punya pasal, pakai plak mask, rasa macam nak sesak nafas time tu. Apalagi tindakan refleks lah, aku terus buka mask.Tak pasal2 kena soud ngan marshal "pakai mask!!!'' Soriii bro..tak sengaja..Team kitorang dapat tempat ketiga. Untuk penutup game nie, setiap team hantar 2 wakil bentuk satu team dan lawan marsyal. Marsyal 3 orang jer, kitorang 8. ha ha. Lauk lah.  Tapi diorang dah biasa main, kitorang plak baru first time. Diorang plak duk atas bukit kitorang kat bawah. Cuba teka siapa menang? Kitorang lah menang. Walaupun ada 2 3 geng kitorang dah kena tembak. best best.

Aktiviti ke4 - BBQ , karok..dan Persembahan Kumpulan.
Aktiviti santai jer. Balik awal tak larat nak tunggu sampai habis.zzzzz

Aktiviti ke-5 - 
 









Tak ingat nama game tapi adalah 4-5 game sebelum balik. Habis kul 1.30. Naik van, gi jeti, naik bot. Time ni nampak seko2 dah lemau dah. Sampai Lumut terus naik bas. Tido. Time balik nie punyalah lama aku rasa. Mana taknya, dari Lumut kul 3.30pm sampai KL kul 10.00 malam.. warkkkh penat!!!!!.


Menanti van tiba untuk ke Jeti.Beg semua dah clear. Diorang dah angkut ke jeti
























Citer pasal Teluk Dalam Resort ni plak. Resort nie agak sunyi sket lah, jauh dari pekan dan kedai2 makan. Tak macam kat Teluk Nipah yang selalu aku pergi tue. Depan chalet melambak kedai makan dan kedai runcit dan kedai2 menjual cenderahati. Kat sini nak kuar pun jauh. So kalau datang sini memang harap makanan yang resort sediakan je lah. Siapa jenis yang nak  duk bilik jer, mandi laut dan swimming pool ok lah. Satu lagi kat sini jenis chalet sebiji2. Ada yang dekat ada yang jauh. Kena yang jauh memang azab lah nak berjalan ke kafe. Chalet yang aku dapat agak jauh dari Lobi. TV plak, ada siaran tapi langsung tak jelas. So kalau datang jangan lupa bawa lap top yer. Bagi aku resort ni kalau nak wat family day oklah, sebab banyak kawasan lapang untuk wat game. kalau nak bercuti sambil shoping2 dan makan2 biasa-biasa jer.