Saturday, August 30, 2014

Lets go to the Zoo..2014

Melayan permintaan anak nak ke zoo. Dah berminggu minta, baru hari nie 30.8.2014 sempat nak pergi.  Sibuk beraya. Kebetulan pulak cuti panjang hari merdeka.
Map Zoo Negara..Boleh tengok kat Website Zoo Negara. Tak perlu print, coz kat sana pun melambak.

Kadar Harga..

Tak berapa ramai..Mungkin ramai dah balik kg. Sebab ada cuti 3 hari. Yang beratur panjang nie bukan beli tiket tapi, beratur nak masuk jer. Yang nie pintu masuk B (Car Park B). Nun jauh ke dalam sket. Tapi parking banyak. 

Tengok map dulu..

Good Boy.Duk diam dalam stroller. Selalu tak macam nie..Pantang dapat kasut, memang tak lah nak duduk dalam stroller nie atau didukung.Tapi hari nie..mmm..confius sket. Tapi bagus..Maybe terpegun tengok menatang2 kat zoo nie kot.. Tapi tak lama..Ondaway jalan nak balik tue, dia meronta gak nak turun..Bagi lah can kan.. 

Keletihan...


Lokasi yang dinanti natikan Rayyan, GAJAH..Dari start masuk tak berhenti tanya mana gajah?..Itu jelah yang dia tahu..Dah lah jauh..Ialah kan, kalau ada gajah, zirafah, harimau barulah zoo, yang lain tak  berapa penting.
Rehat dulu..Cuaca tak lah panas sangat, tapi letih berjalan. Ada Trame Rides tapi malas nak naik. Coz tak ada feel lah. Kalau naik Trame tak der lah gambar2 camni. 






Dah, jom balik..Masuk kul 12.30 keluar 2.30. 2 jam jer kat dalam..Tak larat. Lagipun hari dah mendung. Pintu masuk B pun dah tutup..

Monday, August 25, 2014

Rumah Mampu Tengok.


Lokasi di Jalan Nenas Meru.. Nampak baru2 nie diorang ada pasang kanopi. Mungkin baru nak pelancaran kot. Tapi setahu aku belum ada rumah contoh lagi..Sebelum tu aku ada lah call jugak pasal rumah nie. Tanya untuk member ofis n nak survey latest market rumah sendiri. Coz rumah aku pun dekat-dekat area nie. Tau tak berapa harga rumah nie?..RM310K dan keatas katanya.  Mak aii..Cepat betul harga rumah naik. Rumah teres plak tue..Padahal masa aku beli tahun 2010, harga dalam lingkungan 200k ke bawah jer (Teres Semi D). 4 Tahun jer, dah  naik RM100k. Jom kira2. Kalau betul lah, maknanya setahun naik dalam RM25K. Nak dapatkan RM25k setahun, kena plak simpan RM2k sebulan. Beruntunglah siapa banyak duit. Boleh beli 2,3 rumah wat investment. Memang tak rugi beli rumah. 

So, siapa2 yang cadang nak beli rumah area meru atau sekitarnya budget plak lebih kurang 200k, lebih baik beli jer lot2 tanah kat area2 nie. Maybe leh dapat RM50k satu lot. N then wat rumah sendiri. Buat rumah sendiri dalam kos RM150K++. Kat area nie budget RM150k pun dah boleh wat sebiji rumah yang selesa, coz masih dalam kawasan kg. Total kos baru RM200K++ Jimat 100k yer tak?. Puas hati plak tu. Bleh design rumah sendiri ikut suka. 

Bayangkan maybe 10 tahun lagi. Rumah2 nie mungkin dah half million kot. Camner lah anak2 kita nanti nak beli rumah kan. 

Thursday, August 21, 2014

Daftar Pra Sekolah Sesi 2015


Mujur masih sempat..Sibuk beraya. Hampir terlupa nak hantar .Percubaan ke-2. Percubaan pertama gagal. Harap diluluskan. Tadika sekarang pun ok. Tapi nak bagi pendedahan pada persekitaran sekolah dan pengalaman baru. Coz nanti bila dah masuk Tahun 1, mungkin akan daftar ke sekolah yang sama. 

Selamat 'kembali' MH17. 22 Ogos 2014 - Jumaat



Wednesday, August 20, 2014

RiAK Tanpa Sedar...



Pernah tak post gambar  n status lebih kurang cam kat bawah nie??.


1. “Baru selesai shopping raya..dapat nie jer..he he” .Sambil post gambar + 
     beg2    shopping  +  depan  Pavillion KL.

Gambar Hiasan....

2.Hadiah dari en hubby sempena bufday.. thanks hubby..”   
Sambil Post.. gambar kotak   Tomei ..

3. “Alhamdulillah anak dapat no.1” 
Post gambar slip exam

4.“ Dinner with hubby kat Menara KL” -Selfie

5. “Inilah menu untuk hari nie". -  Post gambar masak..

 6. Post gambar anak sendiri pegang penyapu tak pon sidai baju dengan status.. 
“Aii budak nie,,,sibuk nak  tolong mama dia”..


Rupanya dalam tak sedar post2 macam nie mendatangkan riak pada diri sendiri, coz didalamnya ada sifat bangga. Sikit lah kan. Sebab tu disebut riak tanpa sedar. Walaupun tahu niat asal memang takder niat nak menunjuk2. Nampak tak. Kena sentiasa berfikiran positif.

Samelah cam aku nie, post gambar2 kat blog bercuti lah, makan2. Tapi niat aku just nak share pengalaman je n bagi idea kepada sesiapa yang baca. Contonya post gambar bercuti. . Coz aku pun suka baca blog orang lain. Contohnya nak gi bercuti. Aku lebih suka baca blog orang lain dari baca review kat web agen cam Agoda atau Asiarooms. Baca pengalaman diorang bercuti kat tempat tu. Tak peduli pun diorang pergi bercuti atas sebab apa, ngan siapa. Nak posing gambar camner. Aku cuma nak tau penilaian diorang . Tempat tu best ke tak, camner nak gi sana. Coz ulasan dari blog2 orang nampak lebih ikhlas compare baca review kat Agoda @ Asiarooms ke..

Nampak tak, ayat cam nak backup diri sendiri jer... Sendiri pun buat cakap orang lain kan. Ialah manusia mana yang tak buat silap yer tak.. Yang dah past tense tu biarkanlah. Minta ampun dari Allah. Cuma nak ingatkan diri sendiri.

Akhir sekali cuma nak share.. cer baca petikan yang diambil dari Utusan Online nie..Tajuk sebenarnya berkaitan selfie. Tapi ada kena mengena gak lah. . Ok tu jer…Ngongeng ngongeng jugak Ya ustat..(pengaruh tv) he he..

Hukum 'selfie' harus, dilarang riak kongsi gambar kemewahan


Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal 'selfie' adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan.Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus.

Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang 'selfie' mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

"Apabila 'selfie' sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak 'selfie' maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia," katanya kepada Bernama.

Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, Dr Muhammad Lukman berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi.

"Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.

Pada masa sama, beliau berpendapat perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya.

NIAT IKHLAS

Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya 'selfie' perlu dilihat daripada sudut positif.

"Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika 'selfie' maka itu antara dia dengan Allah S.W.T., bagi saya ia tidak dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan.

"Mungkin dengan cara 'selfie' di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan," katanya. - BERNAMA


Sumber : Utusan Online  / ARKIB : 02/07/2014










Monday, August 18, 2014

Besday My Wife

Selamat hari lahir buat my wife Nooracikin Abu Bakar pada 18 Ogos 2014.Semoga sentiasa dilimpahkan rahmat dariNya, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki.


Cuba ceria walaupun aku tau hati dia masih sedih. Sedih sebab baru seminggu keguguran anak kami yang ke3. Kandungan baru masuk 7 minggu. Mungkin belum rezki kami untuk menambah anak walaupun memang teringin nak tambah anak. Takpelah, kalau ada rezki tak kemana. 

Monday, August 11, 2014

Payung Petronas

PETRONAS Brands Maaf di atas kesulitan. Kami amat terharu dengan sambutan yang menggalakan, dan kami sedang berusaha untuk menambah stok payung di stesen-stesen PETRONAS dengan segera. Namun, promosi masih berlandaskan sehingga stok masih ada. Diharapkan anda terus mencuba dalam minggu ini, sekali lagi, maaf di atas kesulitan.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Mesralink di talian 1300 88 8181. 
Sumber : Dari Admin FB Petronas Brands..


Terpikir plak tetiba tadi nak jengok FB Petronas..
Aku ingat takder orang kisah tak dapat payung..hakikatnya..
Kesian,…. FB Petronas kena serang ngan orang-orang yang menuntut payung..Salah korang jugak. Aku ingat aku sorang jer tak dapat tuntut payung tue, rupenya ramai dah mengamuk kat FB tu. Apa sahaja post Admin Petronas tu, semua komen fasal payung. Komen langsung takder kena mengena ngan posting diorang.

Bukan kat FB jer, kat kaunter pun ada yang mengamuk marahkan staff Petronas, coz payung tak dapat.. Dah diorang janji kan..Nak lah tuntut jugak..Tapi tak perlu lah sampai nak mengamuk..payung jer pun..Baru sempat tanya kat 2 stesen.. Dua2 stesen kata payung habis stock. Pas tu dah malas nak tanya dah..Aku tak kisah sebab tak dapat payung tapi tak puas hati coz ada staf diorang (Stesen Petronas) yang takder budi Bahasa.

Adalah satu stesen minyak tu. Petronas Sebelah Klang Sentral.. Tinggal satu cop jer nak dapat payung. Aku pun isi lah RM20.00 coz nak dapat kan last cop tu.. Masa bayar tu aku hulurlah kad penebusan tu minta cop n nak tebus payung. Staf petronas tu (Lelaki) arahkan aku isi minyak dulu..Coz dia kata nak SEMAK aku punya resit. Pas isi aku pun datang balik. Mintak resit + cop + payung. Dia dengan selamba cop kad tu n bagi balik kad tu kat aku tanpa cakap apa2. Pas tu selamber jer borak ngan kawan sebelah dia . Terpinga2 pinga gak lah aku kat kaunter tue.... Aku plak yang kena Tanya.        

Aku : “ Dik, so camner nie..tak boleh tebus ke nie?
Staff Petronas : “ Stock habis”

…krik…krik…

Cam tue jer. Mintak maaf pun tak..Tadi suruh aku isi minyak dululah, cakap nak semak resit dululah. Dia punya arahan cam payung tu ada stok jer.. mintak maaf pun tidak..
Kan boleh je cakap, time aku bayar tadi n masa aku hulurkan kad nak cop “ MAAF bang, payung dah habis stok. Susah ke?..Bukan nak salahkan n marah kat diorang pun. Coz diorang pun cuma kerja n ikut arahan atasan jer. Tapi..yang membezakan seseorang adalah budi Bahasa. Orang bawah yang ada budi Bahasa lebih tinggi nilainya dari orang atas yang takda budi Bahasa. Faham tak…?

Moral of the story...kalau nak buat apa2 , prepare betul2..stock kasi cukup..Dia punya Promosi payung cam nak bagi hadiah sebiji Audi. Dari yang aku baca kat FB, diorang kata setiap Stesen Petronas cuma dibekalkan 10-20 payung sahaja.. Aiyak..Kalau fikir betul2 memang tak logiklah lah kan.. Memang ada terma dan syarat selagi stock masih ada..Tapi masalahnya customer tak tau pun stock masih ada atau tidak.. Yang diorang tau, tempoh penebusan masih valid dan promosi masih dijalankan.

Lain kali tulis lah kat stesen minyak tu. Tampal besar2, WOI STOCK PAYUNG DAH HABIS !!. Ini dah lah tak tulis, kad penebusan masih edar, poster promosi masih tampal..Diorang dah tau stock dah takder tapi masih buat promosi.. 

Lain kali kan PETRONAS, kalau bajet CIPUT tapi still nak wat 'kebajikan'..Buat terma tambahan cam nie.


* TERHAD UNTUK 1000 PELANGGAN PERTAMA YANG MEMBUAT PENEBUSAN SAHAJA. 
(SIAPA CEPAT DIA DAPAT).


Baru orang faham, stok ada 1000 je.. Kalau tak dapat nasiblah. Kalau dah tau stok dah habis tapi still buat promosi, bagi aku ini dah dikira menipu customer..Ibarat pepatah “Tak dapat Payung sekaki rosak Petronas Senegara”. Sekian laporan saya.. 




Saturday, August 9, 2014

BBQ Raya 2014 + X PPD

My Wife ngan x office mate lama dia di PPD Petaling Utama. Sabtu malam 9.8.2014. Bukan open house umah aku, tapi diorang buat BBQ + potluck. 

Orang Kuat BBQ...

Layan anak-anak main bunga api..

iKAN bAKAQ...







Wednesday, August 6, 2014

Jom bersangka baik...




Satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yg
boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Kadang bila kita tengok satu sitiuasi ada parents bawak baby naik moto. Hujan plak tu.”Kesian nya.Tak patut lah mak ayah dia.Tak kesian kat anak dia ker?. Lagipun bahaya tul bawak anak kecil naik moto macam tue”

Bersangkalah baik, mungkin moto sahaja yang mereka ada untuk bawak anak mereka. Mungkin bayi kecil itu demam dan perlu segera di bawa ke klinik. Bagi aku semua orang sayangkan anak. Semua parents nak bagi yang terbaik untuk family mereka. Bagi aku tiada siapa yang “bodoh” bab duit nie. Mereka tak perlu diajar bagaimana memberi keselesaan dan pelindungan untuk family (Jika ada duit). Semua orang tau betapa pentingnnya rumah yang selesa, kereta besar, insurans, ‘klinik pakar’ @ klinik swasta. 

Penjual insurans pula umpama seorang promoter jualan kereta menerangkan betapa bagusnya sebuah Ferrari kepada seorang pelanggan yang hanya mampu membeli kancil. “Jurujual kereta Ferrari : Bagus tau encik kereta nie, laju, stabil, cantik pun cantik. Pelanggan :  Kau tak yah cerita pun aku tahu Ferrari tu bagus. Kalau aku kaya, dah lama aku beli Ferrari. Tak yah nak ajar aku”. (Cakap dalam hati jer. Malas nak layan).

Dalam dunia nie, siapa yang tak nak kaya kan.
Nak rumah banglo besar, walaupun hanya mampu rumah flat kos rendah.
Nak beli rumah sendiri, walaupun hanya mampu menyewa selamanya.
Nak kereta Ferrari walaupun Cuma kancil yang mampu dibeli.
Nak gi Hospital Pakar walaupun Cuma terseliuh tangan.
Bagi aku bab duit, tak perlu diajar.

Ni lagi satu..Kalau sakit plak...
A : Eh anak kau demam nie. Kau dah bawak ke klinik ke ? Ko gi klinik mana?
B : Hospital kerajaan /Klinik kesihatan kerajaan jer.
A:  Lah, nape kau tak hantar anak ko ke KPJ ke HJMC ke?. Kat sana ramai tau pakar. Service pun cepat dan          bagus.
B :Tau, tapi mana aku mampu wei.
A: Ko ini, kesihatan anak ko tu  kan lebih penting.
B : ……… ????? Saborjelah..


Tuesday, August 5, 2014

Man vs Women


Siapa setuju??...Apa lagi... Naruto?, bleach?, One Piece?..Banyak lagi kot..tapi aku tau yang nie lah.  Coz aku bukan peminat fanatik sampai beli komik @ baca di MANGA online. Feveret aku Naruto n Dragon ball jer..Tengok Dragon Ball, lebih kepada mengimbau memori silam. Teringat time bebudak dulu. Tak pernah mis setiap pagi sabtu n ahad, terpacak depan tv tunggu iklan Apollo sebelum Dragon Ball. Pernah lah masa kat asrama dulu, hari sabtu lepas subuh tido balik, pas tu kul 9 bangun balik gi kafeteria semata-mata nak tengok Daragon Ball..Bukan nak sarapan pun.Pas habis, balik bilik sambung tido..

Lagipun bukan semua cartoon yang orang lelaki suka tengok. Kebanyakkannya berunsur fighting n bersiri jer.

Salam Lebaran 2014..Maaf zahir dan Batin.


Satu Syawal di Kg. Alor Jawi Sg. Petani Kedah











3 Syawal... Dah balik Klang..