Sunday, September 28, 2014

Jom Berkebun..

Cer cari kat mana pokok serai n limau? Nampak tak. Kesian kebun sekangkang tapir aku ni. Ni lah masalah utama rumah aku , rumput liar. Kalau rumput2 nie ada harga, dah lama aku ternak n jual. Apa nak buat nie. Kerap sangat tumbuh. Padahal baru ku cangkul. Nak simen sayang plak. Nanti tak bleh plak aku nak berkebun. Bela kambing kot?.Mahal lah plak..Ok ni operasi pertama. Serbuan dibuat di awal pagi bersama selaras cangkul. 

Setelah operasi selama setengah jam..Penat jugak lah. Walaupun keluasan operasi tak sampai suku hektar pun. Biasalah, nama pun berkebun kan. Kalau tak nak penat lebih baik main FarmVille jer. Boleh berkebun sambil duk bawah aircond. 


Operasi diteruskan. Hasil maklumat sendiri. Serbuan seterusnya ke kedai kayu terpakai. Cadang nak cari kayu untuk wat deck kayu kat ladang aku tu. Kononlah. Tapi tujuan utama nak elakkan rumput liar tumbuh. Maybe rumput tu akan tumbuh jugak, tapi lambat sket lah coz ada kayu kat atas tu. Lagipun kalau rumput terlindung dari cahaya matahari dalam tempoh lama, rumput tu akan mati. Betul ker teori nie?..Ok berbalik pada kayu tadi. Aku pun tak tau nama2 kayu nie. Banyak sangat. Aku tunjuk jer nak kayu camner, nak saiz apa n berapa.

Macam-macam jenis dan saiz. Aku ambik yang saiz 2x4 tue. Harga dalam RM5.00 sekaki. (Kalau  7 kaki ke bawah lah) Kalau lebih lapan kaki dia dah kira mahal sket. 

Hasil tangkapan serbuan di kedai kayu terpakai. Sumbat jer dalam MyVI. Sayang gak tapi terpaksa. Nasib baik cuma 5'' ke 7'' panjang jer. Kalau lebih nak kena beli lori plak. 

RM50.00 untuk kayu saiz 2x4 dan panjang 5 kaki (5 batang) dan 7 kaki (7 batang)

Operasi seterusnya :
Deck kayu cam nie jer..bukan apa pun. Asalnya nak wat tinggi sket. Tapi risau plak, kot2 nanti ada  menatang2 bisa cam ulau, lipan, ikan keli ke yang nak sembunyi bawah kayu tu nanti. Ni tak siap lagi nie. Macam kekurangan kayu. Maklumlah angkut pakai kereta je. Kena beli sikit2. Kayu tu pun belum di cat n vernis kan. Lain kali lah..malas plak nak wat. Lebih baik masuk dalam layan anak tengok maroko chan. next projek kot. 

Duit Hilang dalam Akaun Bank Islam



Baru-baru nie mak aku hilang duit kat RM800.00 dalam akaun Bank Islam. Dari yang mak aku story, memang dia tak ada bagi sesiapa kad tu, n share no pin. Aku pun confius gak, maybe terlupa memang ada buat pengeluaran ker. Mak aku yakin memang tak der. 

Aku pun sebenarnya takderlah pengalaman hilang duit kat Bank nie. Selama aku simpan kat bank rimau / CIMB / RHB ni ok jer. Pas tu aku try lah google, kes hilang duit kat Bank Islam. Memang dah ada kes yang sama macam nie. Dari cerita kenalan2 mak aku pun diorang ada kes yang sama. Tak tau lah aku salah siapa. Bank ke penyangak kat luar tu. Nak kata penyagak luar pun boleh jadi gak, coz memang banyak kes. Nak kata orang dalam pun posible gak. Macam kes akaun mangsa MH17. Kedua-duanya boleh jadi. Ntahlah sebab siasatan pun belum dijalankan.

So aku call lah bank Islam. Tapi tak berjawab. Cuma last sekali dia mintak tinggalkan no fon untuk dia call balik. Dalam 3 hari pas tu baru diorang call balik. So aku pun story lah kat pegawai bank TU. N diorang memang suruh wat report polis dulu. Bank kata maybe ada antara kami adik beradik yang keluarkan n terlupa. Aku kata, setakat nie confirm memang tak ader. Mungkin juga ada sindiket yang keluarkan?. Pegawai tu jawab, selama saya kerja nie tak pernah pulak ada kes macam nie. Aku pun apa lagi, story lah kat dia, yang aku ada terbaca tentang komplen2 tentang kes yang sama sebelum nie n citer2 dari kenalan yang terdekat yang pernah hilang duti kat Bank Islam nie jugak. Takkan semuanya kebetulan. Pegawai tu tak ulas pun n bagi tau takper nanti encik wat report polis dulu. Lagi satu Pegawai bank kata kalau duit tu hilang melalui pengeluaran ATM, pihak bank tidak akan bertanggung jawab.  Aiya, manyak rugi ooo. 

So, dalam masa yang sama mak aku pun ke bank lagi, buat report kat bank. Pihak Bank islam melalui bank statement ada buat semakan dan maklumkan ada pengeluaran melalui ATM pada tarikh sekian-sekian. Apalagi CCTV la. Tapi tak boleh tengok cam tue jer. Ada prosuder nya. Bank Islam bagi satu borang untuk diisi dan selepas itu dapatkan report polis. Submit balik borang tu berserta laoran polis. Dalam 2, 3 hari bank akan call untuk datang ke bank untuk melihat rakaman CCTV bersama polis dan pihak bank. Satu lagi, diorang ada bagitau jugak, nanti polis akan datang n soal siasat ahli keluarga terdekat dahulu, sebagai salah satu prosedur diorang. Tak tau lah betul tak nie. Tapi kalau betul pun, bagi aku tak perlu kot nak soal siasat. Membazir masa. Kalau dah tau tarikh n waktu duit tu hilang n ada CCTV ATM, so, tengok jerlah CCTV yer tak. So wat masa nie cuma boleh wat report n tengok CCTV tu jer. Duit memang dah anggap burn jer lah..takder harapan.


Tuesday, September 23, 2014

Berita Baik kepada Penjamin..


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menggubal akta baharu bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) untuk melindungi penjamin dengan mengetatkan syarat-syarat pengisytiharan muflis. Akta baharu itu yang dijangka dibentangkan di Parlimen, tahun depan, bertujuan memperbaiki banyak kelemahan akta lama yang tidak dipraktikkan pemiutang dengan memfokuskan kepada penjamin berbanding peminjam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata penggubalan akta baharu itu bertujuan membela kepentingan semua pihak, khususnya penjamin sosial. Penjamin sosial merujuk kepada penjamin pinjaman pendidikan, kenderaan, perumahan dan bukannya pinjaman bagi tujuan komersial.
Sumber : Berita Harian 24.9.2014
Eloklah tu. Satu lagi yang patut digubal ialah perjanjian pembelian rumah antara pembeli, pemaju dan bank. Kesian orang yang beli rumah tapi pemaju tak siapkan rumah mereka. Dah lah rumah tak siap, kena bayar kat bank plak. Pemaju plak senang jer. Cuma diistiharkan bankrup dan disenarai hitam. Yang tanggung azab pembeli. Tak adil. 

Wednesday, September 17, 2014

Asal Usul Awalan No.Plat Kenderaan





Mengikut cerita, penentuan abjad awalan A,B,C,D  no plat kenderaan ditentukan berdasarkan keupayaan dan kamampuan sesebuah negeri tersebut memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?

Penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.



Tuesday, September 16, 2014

Koleksi Piring Hitam

Antara baki koleksi piring hitam yang berjaya diselamatkan dari penjadi mangsa piring terbang masa budak-budak dulu.


Semua piring hitam nie koleksi simpanan ayah aku. Maklumlah, dulu ayah aku main kugiran kat kg. Dulu memang banyak. Siap dengan sampul lagi. Ada yang kecik dan besar. Sekarang dah tinggal nie, sarung album pun tak tau mana.




Maklumlah, dulu time aku budak2 suka lempar benda nie jadi piring terbang. Pas tu pecah. Masa tu memang tak minat langsung ngan benda2 antik camnie.



Aku start kutip benda nie pun sebelum aku kahwin tahun 2009 dulu. Masa tu aku dah start simpan. Lepas kahwin aku bawak piring2 hitam nie balik rumah sewa n simpan sampai sekarang.


 Antara koleksi piring hitam yang dah takda :


-    P.Ramlee –Semua lagu2 best Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
-    Koleksi Lagu raya P.Ramlee/ Saloma / Sanisah Huri / Dj Dave – Piring hitam nie memang wajib aku pasang dekat-dekat nak raya sambil cuci tingkap rumah.
-    Koleksi Sketsa Lawak Dato Jamali Sadat (Atan)
-    Hail Amir n Uji Rashid
-    Lagu2 Hindustan – Nie lagend nie, ada lagu citer Sangam, bobby, Heti Meri Sati
-    Eagle – Hotel California
-    Bony M




Nyesal jugak lah tak simpan dari dulu. Biasalah, kalau benda tu banyak, buat tak kisah, bila dah tinggal sikit baru nak hargai. Tapi aku sempat jugaklah layan piring hitam nie, coz dulu kat rumah kitorang ada radio pemain piring hitam. Bukan radio lama pun. Radio moden, siap ada kaset player lagi. Cuma radio tu atasnya ada pemain piring hitam. Sekarang radio tu pun dah takder.

Tukar Plug 2 pin to 3 pin Plug


Alamak, sekali patah dah plug TV aku  nie. Mula2 confius gak. Nak beli TV baru ke beli cable plug baru?. Tetiba sel otak mula berhubung. Apelah, tukor jelah ke plug 3 pin.  Almaklumlah, sebelum nie aku tau tukar yang plug 3 pin ke 3 pin jer. 


 Memula buang je kepala plug yang lama nie.


Tukor jer ngan plug 3 pin nie. Plug 2 pin nie memang ada 2 wayar jer Wayar Neutral  (Biru) ngan wayar Hidup. Pas tu masukkan wayar kat tempat sepatutnya. Dah bleh tengok TV.

Monday, September 1, 2014

Salam Kemerdekaan ke-57


Baru-baru ini diadakan sambutan hari kemerdekaan di tadika anak pada malam 31 Ogos 2014. Walaupun sederhana dengan kehadiran pelajar2 tadika serta ibu bapa serta AJK Tadika, tapi tetap meriah. 


Berarak di sekitar kawasan tabika sambil kibarkan jalur gemilang + laungan merdeka.

Semangat kemerdekaan. 

Hasil kerja tak sampai setengah jam. Mula2 50/50 nak datang. Last minute baru buat keputusan nak join. Ni lah hasil nya.  Bolehlah.. Sebab tema majlis malam tu, ialah hari Kemerdekaan. MERDEKA!!!. 

Maybe dia tak faham lagi apa itu erti kemerdekaan, tapi sekurang-kurangnya dia perlu tahu, hari ini (hari kemerdekaan) adalah satu hari yang istimewa.