Sunday, September 28, 2014

Duit Hilang dalam Akaun Bank Islam



Baru-baru nie mak aku hilang duit kat RM800.00 dalam akaun Bank Islam. Dari yang mak aku story, memang dia tak ada bagi sesiapa kad tu, n share no pin. Aku pun confius gak, maybe terlupa memang ada buat pengeluaran ker. Mak aku yakin memang tak der. 

Aku pun sebenarnya takderlah pengalaman hilang duit kat Bank nie. Selama aku simpan kat bank rimau / CIMB / RHB ni ok jer. Pas tu aku try lah google, kes hilang duit kat Bank Islam. Memang dah ada kes yang sama macam nie. Dari cerita kenalan2 mak aku pun diorang ada kes yang sama. Tak tau lah aku salah siapa. Bank ke penyangak kat luar tu. Nak kata penyagak luar pun boleh jadi gak, coz memang banyak kes. Nak kata orang dalam pun posible gak. Macam kes akaun mangsa MH17. Kedua-duanya boleh jadi. Ntahlah sebab siasatan pun belum dijalankan.

So aku call lah bank Islam. Tapi tak berjawab. Cuma last sekali dia mintak tinggalkan no fon untuk dia call balik. Dalam 3 hari pas tu baru diorang call balik. So aku pun story lah kat pegawai bank TU. N diorang memang suruh wat report polis dulu. Bank kata maybe ada antara kami adik beradik yang keluarkan n terlupa. Aku kata, setakat nie confirm memang tak ader. Mungkin juga ada sindiket yang keluarkan?. Pegawai tu jawab, selama saya kerja nie tak pernah pulak ada kes macam nie. Aku pun apa lagi, story lah kat dia, yang aku ada terbaca tentang komplen2 tentang kes yang sama sebelum nie n citer2 dari kenalan yang terdekat yang pernah hilang duti kat Bank Islam nie jugak. Takkan semuanya kebetulan. Pegawai tu tak ulas pun n bagi tau takper nanti encik wat report polis dulu. Lagi satu Pegawai bank kata kalau duit tu hilang melalui pengeluaran ATM, pihak bank tidak akan bertanggung jawab.  Aiya, manyak rugi ooo. 

So, dalam masa yang sama mak aku pun ke bank lagi, buat report kat bank. Pihak Bank islam melalui bank statement ada buat semakan dan maklumkan ada pengeluaran melalui ATM pada tarikh sekian-sekian. Apalagi CCTV la. Tapi tak boleh tengok cam tue jer. Ada prosuder nya. Bank Islam bagi satu borang untuk diisi dan selepas itu dapatkan report polis. Submit balik borang tu berserta laoran polis. Dalam 2, 3 hari bank akan call untuk datang ke bank untuk melihat rakaman CCTV bersama polis dan pihak bank. Satu lagi, diorang ada bagitau jugak, nanti polis akan datang n soal siasat ahli keluarga terdekat dahulu, sebagai salah satu prosedur diorang. Tak tau lah betul tak nie. Tapi kalau betul pun, bagi aku tak perlu kot nak soal siasat. Membazir masa. Kalau dah tau tarikh n waktu duit tu hilang n ada CCTV ATM, so, tengok jerlah CCTV yer tak. So wat masa nie cuma boleh wat report n tengok CCTV tu jer. Duit memang dah anggap burn jer lah..takder harapan.


16 comments:

  1. salam..kes ni dh setel ke blum..saya pun mengalami nya sekarang..tpi saya tak berani nk buat repot sbb duit saya hilang@ di keluarkan semasa bercuti dgn saudar mara dan fmily..so saye taknk jadi kes polis..tpi nk tengok cctv siapa yg ambil..boleh ke ek?buntu...

    ReplyDelete
  2. Salam. Masih tergantung. Mak taknak buat report. Tak nak jadi kes polis katanya. Lagipun leceh, coz polis nak siasat semua ahli keluarga terdekat dulu. Hai pelik betul prosedur diorang. CCTV kan ada. Suruh jer polis tengokkan CCTV tu siapa yang kuarkan duit tu dari ATM pas tu bagitau mangsa.

    ReplyDelete
  3. Betul ke...ayah sy pun br je kena minggu lps...bukan sikit banyak hampir rm 15000...sbb byk tu maybe sbb ayah dah lm tak jengguk akaun semenjak masukkan awal tahun kelmarin...klu ayah tak pg bank kelmarin silap2 terus kosong akaun agaknyer..huhuhu...dkt buku akaun tulis ia dikeluarkan secara cdw bkn atm...tp bank kata secara atm...klu nak katakan dikeluarkan secara atm, kad ayah sy sentiasa disimpan oleh mak sy sbb ayah sy tak pandai guna atm...abg sy gertak nak buat report polis...baru la dorang nak siasat...tp tak tau la setakat mana siasatan tu...sdg menunggu call dr pihak bank...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada apa2 update ke? Ayah sy kena benda yg sama. Hilang dekat 30k rasanya dlm masa 2 tahun. Sbb tak pernah cek akaun. Duitpun tak berusik. Kalau ada update, bokeh update x?

      Delete
  4. saya pon sama..seribu lebih hilang dalam akaun BANK MUAMALAT..akaun tu untuk bayar loan rumah..x pernah keluarkan duit..no.pin kad pon x buat..selalu CDM bila buat pembayaran..bila tanye pihak bank..salahkan sya maybe ade terbagi no.pin or penah keluarkan duit..sya rasa sya tak nyanyuklagi...diorg suh wat report..nak tunggu smpai bile????x mungkin duit dpt balik...

    ReplyDelete
  5. Saya pun pernah kena dengan bank islam.banyak ribu jugak haiya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cmne ye...smlm bru check...duit 1200 hilang dri bank islam...

      Delete
  6. sy jugak kena . bank rhb . bkn sekali tp dah 3 kali hilang . mcm biasa lah dorg bg pnyata ringkas . bg borang suruh buat report .

    ReplyDelete
  7. sy jugak kena . bank rhb . bkn sekali tp dah 3 kali hilang . mcm biasa lah dorg bg pnyata ringkas . bg borang suruh buat report .

    ReplyDelete
  8. salam,baru kena ambank 7 eleven 18/11/ 16 transaction error resit keluar duit tak keluar ,dalam akaun hilang call dia bagi 7-14 hari ,dah cukup tempoh belum bayar lagi

    ReplyDelete
  9. Sya bru je kene smlm.. Kad BSN tpi ambik duit dkt Atm CIMB dan RHB. .Trnsaction error, resit kluar tpi duit tkda. .lps tu cek balance, RM50 hilang.

    ReplyDelete
  10. Saya baru kene jumaat lps...affin bank...kawan saya bank in duit rmxxxx dn siap sent slip kat sya yg duit dah masuk dr trenganu,tapi mase tu saya nak keluarkn duit di k.l,takda,setahu saya duit akan keluar dlu,barulah resit keluar...tp resit keluar dlu...yg mengatakan no transaction...so lps tu waktu tu mmg payah nak kol bank,sbb dah abis waktu berkerja...waktu tu saya mmg emergency nak ke airport utk ke terengganu..pada hari yg sama..nak tanak pinjam lah kawan...betul2 menyusahkan...tp bila tiba di trggnu...check kat branch trggu...masih tiada lagi duit tu....lps 3 hari saya balik ke k.l masih tiada lagi...saya pon buat report...sistem ape kah mcm ni?

    ReplyDelete
  11. aku baru sekejap ni hilang rm 250... aku dah la student lagi. tak taw la nak buat apa skang ni.....korang doa lah ek yang terbaik.. kadang nama ja bank islam tapi tarik duit org teruk pada kafir..sekadar pendapat..jgn kecam yer..

    ReplyDelete
  12. Kisah silam saya
    Saya hilang RM8000 dalam akaun bank simpanan nasional (bsn).
    Saya tak buat report polis sebab masa tu saya memang dah tak tau nak buat apa
    Duit simpanan saya selama setahun lesap begitu sahaja
    Masa tu saya dah macam orang gila, mengamuk seorang diri
    Sampaikan mak bapak saya, saya tuduh mereka yg mencuri
    Semenjak saat itu lah saya bersumpah, saya tak hingin menyimpan duit dalam bank lagi
    Kalau ada pun, itu hanya saya gunakan untuk mengambil duit gaji sahaja
    Sumpah yg akan saya kekalkan hingga ke anak cucu
    Berhati-hatilah dunia semakin sempit manusia semakin kejam hidup semakin susah
    Jgn sampai kamu menjadi mangsa mereka berkali-kali, cukup sekali
    Jgn sampai terulang lagi dan tertipu lagi
    Penat kita mencari rezeki, orang lain merampasnya begitu sahaja !!

    ReplyDelete
  13. Saya jugak kehilangan duit dari bank Affin 2x sebanyak 1500 dan 500 dalam tempoh 3 bulan tahun ni..sampai kelahi suami isteri kerana sangka suami buat pengeluaran sedangkan kad sentiasa brsama saya n no pin saya x share ngn suami.bila lihat statement bank.ade pengeluaran dibuat di bank affin.sedangkan saya hny membuat pengeluaran di atm affin smiggu sekali shj untuk update baki terkini kerana atm affin hny 2 bijik shj di kuala Terengganu dan setiap resit transaksi pengeluaran yg sy buat dr mana2 atm dlm simpanan sy. Sy percaya tiada bank yg amanah sepenuhnya ke ats pelanggan mereka ��

    ReplyDelete
  14. Sy kene Rm300k habis diambil bank islam

    Sy bagitau diorg ni korang ni orang islam ke orang yahudi...
    Lain kali jangan letak nama islam kat bank tu. letak je nama bank kafir senang sikit lain kali xperlu susah2 nk cari bank...
    Buat rosak nama islam jer...

    ReplyDelete