Sunday, November 4, 2012

Mr. Steak House Shah Alam



Hari tu Cikin teringin  nak makan chicken chop. Mengidam kot. Biasalah orang mengandung kan. Tapi kalau tak mengandung pun Cikin memang suka makan Chicken Chop. Aku yang tak mengandung pun suka..He he. Kitorang memang rajin cari makan western2 nie.
Bukak google, taip ‘’restoran western yang best kat area Shah Alam” tadaa!!!, salah satunya ialah Mr. Steak House. Yang lain2 tu jangan ceritalah yer, Victoria Station, Tony Romas, Chili, The Ship lah. Tapi nak cari yang kedai biase2 jer. Mr. Steak House?. 

Macam pernah dengar jer. Ramai plak post citer fasal restoran nie. Semua memberi komen yang bagus. Aku kalau cari apa-apa info tentang restoran ke atau apa2 jer lah, memang aku akan singgah kat blog2 orang. 


Tengok apa blogger komen. Biasanya apa yang blogger komen lebih tepat dan jujur compare kalau korang terus pergi ke official website restoran tu.  Biasalah siapa yang tak puji restoran sendiri kan. Kebanyakkan blogger komen yang positif. Elok plak lokasi Restoran ni  kat Shah Alam, Seksyen 13 jer.
Try tengok.
Ok gak tempat nie, Kawasan restoran nie luas dan ada konsep open area. Sesuai untuk bawak family yang ramai2.. Cikin order Chicken Golden Bleu ngan air kelapa. Harga makanan ok, dalam lingkungan RM10 dan belas belas ringgit jer. Bolehlah next time datang lagi, servis pun bagus dan cepat.





Monday, October 29, 2012

Pulau Pangkor Jauh Ker Tengah

Perkarangan Jeti Marina.. Baru jer sampai nie.
Pangkor again.

Tak ramai,  4 keluarga jer. Akhirnya Berjaya jugak kitorang trip ke Pangkor bersama. Susah jugak kan nak plan pergi  bercuti bersama ni . Maklumlah semua dah bekerja dan ada family sendiri. Tak macam maca belajar dulu.. Sebelum ni selalu gak kitorang lepak bersama. Selalu lepak  kt McD Seksyen 2 Shah Alam (bawak anak-anak main kat playground), Dataran Shah Alam dan paling jauh pun Dataran Putrajaya.

Rayyan, cam biase cuba nak explore kawasan.. Berani terlebih..risau plak aku ngan perangai yang satu nie.

Kali nie lepak jauh sket, Teluk Nipah Pulau Pangkor. 2 hari 1 malam jer. Ok lah tu kan. Pangkor bukan ada apa sangat nak lepak lama-lama. Best mandi laut jer. Bukan macam Langkawi. Tapi Pangkor memang best.
Bertolak kul 5 pagi dan sampai kul 9.30 pagi . Bertolak 3 kereta coz, sebiji lagi dah sampai semalam. Pergi awal. Kali nie ke Pangkor naik ikut Jeti Marina Island Resort. 


Dalam Feri
Jeti ni Jeti baru.  Dari pekan Manjung tu, terus jer sampai jumpa simpang kiri ke Teluk Batik. Ambik kiri sampai jumpa traffic light simpang tiga (Sebelah kanan traffic Light ada kuarters TLDM).  Depan sket selepas traffic Light ada signboard ke kiri tulis Marina Island Resort.  Kalau tak tau jugak check kat google la yer. Parking plak aku kena RM7.00 jer dari kul 9.30am Sabtu ke 1.00tgh Ahad.

Kami semua menginap di chalet Lyana Villa di Teluk Nipah. Seingat aku ini kali keempat aku duk kat chalet nie. 2 kali masa bujang dan 2 kali lepas kahwin. Sekali jer duk khemah tepi laut. 

Chalet nie biasa jer tapi dekat dengan kedai-kedai makan dan laut. Agak-agak sakit perut masa tengah berkayak ker, boleh berhenti jap balik bilik melepas hajat dulu.


Pas check in, aku and family tido jer, coz penat drive tak hilang lagi. 3 family lagi gi naik van pusing Pangkor. Alamak sori lah, tak dapat nak join..tak larat lah. Lepas Asar, siap-siap kitorang sefamily terjun laut. Coz yang lain belum sampai lagi. Malam tu tak buat apa, pergi makan malam, pas tu lepak lat Loby chalet tengok bola final Kalantan VS ATM n then tido.

Pagi soknya, awal-awal lagi dah kuar sarapan, pekena roti canai dan the tarik. Bukan senang nak cari roti canai ngan teh tarik kat Teluk Nipah nie. Makan kat tepi laut plak tue. Boleh tahan gak lah..


Cuti kali nie memang seronok, sebab pergi ramai-ramai. Lagipun anak kitorang semua umur lebih kurang  jer. Ada 5 orang budak-budak semuanya. 4 orang umur lebih kurang sebaya 2-3 tahun dan 1 jer yang masih kurang setahun. Pening gak lah nak jaga diorang nie..maklumlah tengah2 lasak. Apa pun memang seronok tengok gelagat diorang nie.



Dalam kul 10.00 balik bilik, kemas-kemas barang terus chow. Sampai jeti Pangkor, tu dier, punyer ramai orang beratur. Nasib baik kitorang ikut Marina Island. Bye bye. Macam lane VIP plak. Tak yah beratur panjang2. Lagipun kitorang datang setengah jam lebh awal. So dapatlah duk depan sekali. Kalau naik bot turun kat Jeti Marina Island, tak dapat duduk pun takper, dekat jer..



.
Rasanya ini trip penutup untuk tahun nie kot. Tahun depan jadual penuh coz dari awal tahun sampai pertengahan tahun masing-masing dijangka bersalin termasuk wife aku, bulan 3 tahun depan. InsyaAllah. .

Thursday, September 20, 2012

Stacy pelangi senja by kriscopper

MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, September 19, 2012

Cuti-cuti Langkawi 14-16.9.2012

  
Hari isnin hari tu (17.9.2012) cuti kan, so, kitorang tambah satu lagi cuti sebelum tu 14.9.2012, gi Langkawi. Kalau nak gi Langkawi nie lebih baik ambik 3D2N kan. Dah lah jauh, drive plak tu. Kalau pegi 2 hari wat penat jer. Kalau gi Morib bolehlah balik hari. Pegi awal (Jumaat) balik ahad, Isnin bolehlah rehat. Camtulah planning kitorang.
                  
Kami Bertolak kul 6.00 am selepas subuh
Ni lah first time aku gi Langkawi drive, coz sebelum nie ada pilot yang bawak. Meh aku citer sket, kot-kot ada yang tak tau nak pergi sana. Tol pertama, Tol Setia Alam. Pas tu exit kat tol Juru (RM45.10). And then lalu kat Tol. Sg. Dua,  exit plak kat Tol Alor Star (Utara) (RM12.70).  Traffic Light lepas tol, terus jer, ikut Sign board ke Kangar dan selepas tu ikut jer Signboard ke Kuala Perlis. Agak dalam sejam, sampailah. Keseluruhannya, perjalanan dari rumah mengambil masa 6 jam, termasuk berhenti, sarapan, isi minyak. 

Ok.. Nak story plak, step2  wajib yang perlu dibuat untuk ke Langkawi sekiranya anda drive..

Parking Kereta.

Tugas pertama : Cari parking kereta dulu. Tempat letak kereta ada yang open dan tertutup. Aku pilih yang open area coz lebih banyak kereta parking kat situ dan nampak lebih selamat. Bayaran Parking RM30 untuk 3 hari (diorang kira 48 jam). Jarak tempat parking ke Jeti dalam 200 meter. 

Bot

Lepas tu beli tiket bot. Aku pun tak tau mana satu bot yang bagus. Tengok orang beratur aku pun join sekali.
Tiket Dewasa : RM18.00 dan
kanak-kanak RM13.00.
Total(RM49.00 sehala).

Cuaca masa tu hujan lebat. Angin punyerlah kuat. Aku tanyalah brader yang jaga kaunter tu, "feri on jer ker time ribut-ribut nie". Mesti, feri kitorang besar". tawakal jer lah. Alhamdulillah masa kitorang start naik feri, hujan pun reda.

Nak story sikit lah fasal naik feri nie. Sebenarnya tak perlu berebut-rebut pun , coz masing-masing ada nombor tempat duduk. Cuma tempat turun dan naik penumpang agak terhad. Berasak-asak jugaklah. Harap next time dapat sediakan satu lane macam beli tiket wayang tulah, baru teratur sket. Perjalanan ambik masa dalam 45minit..

Sewa kereta.

Yang ni memang wajib. Kalau tak memang patah kaki lah jawapnya. Duk hotel  jer. Aku dah selesaikan awal-awal lagi. Coz aku sewa kereta dengan pengusaha parking kereta di Kuala Perlis. Dapat kereta Vios, RM200 untuk 3 hari. Ok tak?..Tak tau lah mahal ker murah. Survey gak kat internet. Harga dia around ni jugak lah. Bayar deposit kat jeti Kuala Perlis RM20. Lagi satu, kalau sesiapa tak sewa hotel lagi, diorang pun boleh uruskan hotel untuk kita jugak. Kira Pengusaha parking kereta ni 3 in 1 la. Kat resit dah tulis nama orang yang  akan uruskan kereta kat sana. Dapat jer kereta bayar balance RM180.00 dan deposit sekali lagi RM50.00. RM50.00 ni akan dipulangkan selepas kita pulangkan kereta masa nak balik nanti. Masuk jer dalam kete, Jeng3. cis!! minyak dah blink2. Kedekut punya orang. Kot yer pun isilah separuh. Aku pun bertekad, masa pulangkan nanti, akan ku pastikan minyak pun blink2 jugak. What u give u get back. ha ha.

…..Sebelum sampai Hotel.

Jeti Langkawi ni kat ngan Pekan Kuah dan hotel kitorang plak kat Pantai Tengah (Sebelah jer ngan pantai Cenang). Dengan minyak kereta dah blingking, stesen minyak pun tak tau kat mana. Padahal dah 4 kali aku ker sini, tapi ini kali kedua aku drive sendiri. Misi pertama , Cari stesen minyak. Nasib baik stesen minyak banyak kat sini. Selesai masalah pertama. Tapi masih kat Pekan Kuah. Misi ke2, cari jalan ker Pantai Chenang, pusing-punyer pusing, sampailah kami ke Federal Villa Langkawi di Pantai Tengah.

Hotel punyer citer.

Yang ni dah selesai sebelum bertolak lagi. Booking awal. Federal Villa ni sebenarnya milik Holiday Villa. Juga dikenali sebagai Rumah Rehat Persekutuan. Kalau kejer Gomen tau lah. Check in kat Holiday Villa tapi duk kat Federal Villa. Sebeleh menyebelah jer.  Bilik ok, Cuma nasib kurang baik coz bilik kami Air cond problem sket . Kami dah tempah dari bulan 7. Itu pun standard room dah habis. Yang ada Cuma Deluxe Room. RM280.00 (3D2N). Harga ni, harga gomen rate. Aku book terus dari website Federal Villa. Dengan syarat masa check in nak bayar, tunjukkan pas kerja baru dapat harga tu. Harga asal sebenarnya lebih kurang RM240.00 untuk 1 malam @ RM480.00 untu 3D2N.  Bilik 334. Mujur tingkat 2 jer. Sampai-sampai tido dulu. Dalam kul 6 kuar balik tengok pantai. Pas tu start engine pusing pulau sampai pekan Kuah.Sebelum sampai hotel, singgah jap kat pantai cenang, window shopping. Memang happening lah kat pantai Cenang ni coz banyak kedai cenderahati dan kedai-kedai makan di kiri dan kanan jalan. 

    
Ni yang aku suka kat Pantai Cenang ni, view dan pantai dia bersih dan cantik













Sekadar gambar hiasan....































































Makan-Makan...

Sarapan Pagi...

Aku pun tak ada  info, tempat mana yang best untuk bersarapan ni. Tapi aku ada jumpa satu kedai makan ni. Dekat Pantai Cenang. Coz dekat jer ngan hotel.  Nama kedai ni memang takder, tapi orang yang datang makan kat sini boleh tahan ramai. Menu yang ada cuma air,  nasik lemak yang dah siap bungkus dan kuih. Nasik lemak ni ok gak.  Kedai ni punyer stail, diorang dah siap bungkus nasi lemak tu dan tandakan kat pembalut dengan singkatan jer. Contohlah yer. DK untuk Daging Kicap atau DA untuk daging ayam. Kalau tak tau jugak singkatan tu, jangan risau coz diorang ada sediakan list ‘mini singnboard’ singkatan menu nasi lemak diorang untuk rujukan pelanggan.  Ada lebih kurang 10 lauk yang kita boleh pilih dengan  kadar harga yang sama rata (Flate Rate). Ingat DIGI, Celcom and Maxis jer jer buat promosi camni, nasi lemak pun ada flale Rate.

Makan Tengah hari : Pak Ya Restoran

Yang ni kami tau nak cari kat mana. Pa Ya Nasi Ayam. Nasi ayam restoran nie memang terbaik lah. Betul2 terletak dekat Pekan Kuah.  Nasi ayam Pak Ya ni sama jer macam nasi ayam lain. Yang istimewa nya ialah ayam yang digoreng rangup tu, ditaburkan atasnya dengan sayur kubis yang dihiris memanjang (macam juri master chef lah plak) dan dicurahkan sos kicap. Aku pun tak tau kicap apa, tapi memang sedap. First time kami makan masa kami honey moon dulu. Coz restoran ni menghadap Hotel Bella Vista (yang macam castle tu) yang kitorang sewa masa honey moon dulu. Tak sangka lepas 3 tahun rasanya masih sama dan macam biasa kedai nie memang ramai pelanggan. Menu yang simple, cepat dan sedap. Thumbs Up for Pak Ya Restaurant.



Makan Malam. Restoran Mangga Pantai Cenang


Ni pun kami takde info. Restoran mana yang best. Tapi idea nak makan, memang ada, Ikan Bakar ,gorang-goreng or western. Disebabkan lapar nasik, kami pun cari restoran yang ada goreng-goreng. Senang jer nak tau sedap tak sedap. Survey je mana2 restoran yang ada pelanggan paling ramai. First Impression technique. Biasa nyer camtulah kan, orang ramai jer mesti tempat tu best. Kalau tak ramai, tempat tu mesti tak best, tak pun mahal. Itu jer. So singgahlah kami di Restoran Mangga. Berhadapan sket ngan hotel Aseania di Pantai Cenang. Ada ikan bakar.Boleh pilih nak size apa da nak masak apa.. Ok jugak lah makan kat sini. Sedap pun sedap. Servis ada lambat sket, tapi di bawah kawalan. Boleh sabor lagi..




Shopping plak.
Macam biasalah, Coklet, pinggan mangkuk. Sempatlah Cikin bershoping sket di Kedai Hj. Ismail dan Idamansuri tu. 

Balik time. 

Kitorang dah planning nak jadi orang paling awal sampai ker jeti nie. Kul 6.30 dah bangun dah. Siapkan barang. Kul 7 Check Out. Singgah jap beli sarapan kat kedai nasi lemak yang sedap tu. Pas tu, terus ke jeti. Ler..ingat kitorang paling awal, sampai jeti, rupanya dah bersepah manusia kat situ. Kalau aku tau, kul 4 pagi aku dah gerak ke jeti.





Sampai jer, tunggu pemilik kereta sewa ni dulu, tak sabar nak pulangkan kereta Vios diorang yang minyak dah blink2 ni. Sama cam masa kitorang dapat dulu. Kebetulan. Lepas serah jer kunci dan collect balik deposit kereta, baru boleh beli tiket. 

Dalam ku 9.30 kitorang start beratur (check in). Bukan nak mengatalah, pengurusan jeti kat sana memang teruk dan kelam kabut. Sebiji macam jeti peraih ikan. Bayangkanlah barang lebih banyak dari orang.   Errkk!! seksanya. Rasanya kalau next time datang sini tak mau dah naik bot. 


Banyak tak barang kitorang? Nasib baik ada troli. Troli nie kena sewa. RM1 jer.

Yang kelakarnya, dah lah penat berasak-asak. Pas tu kitorang salah plak naik bot. Kebetulan ada 2 bot, Tengok nama kapal tu, depan dia MV gak. Naik jer lah. Bila sampai kat dalam, eh, kenapa diorang semua speaking timur ni. Kitorang jer yang speaking KL. Siap ada yang menjerit-jerit " Besuq kat atas, Kuala Teganu depe!!.Kemame belake deh!!. Aku pun tanyalah wife aku, eh, bot ni gi Kelate ko?. Terspeaking kelate pulok. Mustahil gok. Bior jer lah. Nombor seat dah betul. Pas tu ada soghe awe kelate ni, kiro ketuo rombonge ni la. Adik gi mano ni? Naik feri gapo?. Aku pun tunjuklah tiket aku. " Adik saloh feri nie, feri adik hok satu lagi nu. Ohh, gelabeh kawe. Kawe angkak beg terus blah..he he. Rupanya bukan aku sorang, ramai yang sesat. Aku sempat capai barang-barang aku terus kuar dari bot. 

Nasib baiklah bot aku ada lagi setia menunggu. Kalau tak terbang RM49.00 kena beli tiket baru. Tapi sayangnya di dalam kekalutan keluar dari bot pantai timur tu, aku terlupa sambar stroller baby dan sekaki payung milik Cikin. Sedih2. Apa nak buat.  Akhirnya setelah 50 minit perjalanan sampailah ke Jeti Kuala Perlis.  Ingat nak singgah Padang Besar jap, tapi dah tak larat nak jalan. Dari Jeti Kuala Perlis terus jer singgah di Tikam Batu, kg. halaman Cikin. Balik Kg. Jap. Satu jalan jer..Bermalam satu hari. Sebelum pulang keesokannya...Penat tapi seronok gak.next time boleh pegi lagi..




Thursday, May 31, 2012

Rewang Umah Pengantin

Sepanjang bulan 4 dan 5 nie sibuk betul. Setiap minggu ada jer undangan majlis perkahwinan.

13.5.2012 - Rumah jiran belah kiri parents aku buat kenduri kahwin. (Rewang)

20.5.2012 – Rumah blah kanan parents aku plak - Anak sepupu aku plak kahwin- (Rewang gak)

27.5.2012 – Betul-betul belah kanan rumah sepupu aku yang buat kenduri kahwin minggu lepas. (Yang ni tak pergi coz aku balik Sungai Petani). Kakak member aku kahwin kat Ampang pun tak pergi gak. Tak sempat.Sori.

4.6.2012 – Ni minggu depan plak. Perkahwinan double. Sepupu aku (dua-dua lelaki) naik pelamin bersama. Pas tu ada jemputan member ofis kat Shah Alam plak. Camner tur..Cukup lima kali lagi rewang aku ingat aku dah boleh jadi ketua penanggah dah nie.

Sekarang nie tak cam dulu, tak yah tunggu cuti sekolah, tiap minggu orang kahwin. Gelojoh tul lah diorang nie..he he..

Wednesday, May 16, 2012

Rumah dah Siap..


Alhamdulillah, siap gak rumah kitorang nie. Setelah lama menanti akhirnya pada 28 Mac 2012 kitorang terima kunci rumah baru. Walaupun tak sebesar manapun tapi dah cukup memadai buat kitorang sekeluarga. Planing nak beli umah 2 teres 2 tingkat macamana kebiasannya orang beli. Dah banyak tempat gak kitorang survey antaranya Setia Alam, Puncak Perdana, Subang Jaya (Belakang sekolah teknik Shah Alam, TTDI Jaya Shah Alam, Puchong. Kebanyakannya rumah second lah. Coz masa mula-mula cari rumah tu, kitorang fokus lokasi dulu.

Rumah yang ke-2 tu. Dekat ngan taman.


Last-last masa kitorang survey rumah sewa baru area Meru, kitorang nampak satu pemaju nak bukak satu kawasan perumahan baru. Alhamdulillah, ada satu kekosongan coz orang yang booking sebelum nie tak lepas loan. So kitorang pun take over lah rumah tue.




Dalam tempoh dapat kunci ngan pindah rumah tu, kitorang gunakan untuk  pindah barang. Angkat sikit-sikit, sumbat dalam kereta. Barang kecik-kecik jer lah. Kalau peti ais tu muat, kitorang memang dah angkat sendiri dah. Disebabkan peti ais, mesin basuh tak muat nak sumbat dalam kereta, kitorang upahlah mover. Banyak berjasa mover nie tau. Syarikat AST Logistics. Sepanjang kitorang kahwin masuk nie dah 3 kali kitorang pindah dan 3 kali gak kitorang dah guna khidmat diorang.



Kemas tak diorang buat..

Semua benda diorang balut...bagus tul 

Kos mover ni mahal sket lah compare lain-lain. Tapi diorang punyer service tip top. Puas hati lah. Barang pun takder yang rosak. Habis dah citer pasal mover.


Hari ini dalam sejarah..nak story sket rumah2 yang kitorang pernah sewa dulu zaman2 kitorang hidup secara nomad.

Rumah Pertama : 

Damansara Damai (awal 2009 hingga awal 2010)




 Rumah sewa pertama kami. Memori nie..Pengalaman pertama belajar hidup berumah tangga. Dapat anak pun kat sini. Memang best lah duk kat sini. Tak bleh lupa sampai sekarang. Damansara Damai ni ibarat satu taman yang besar (tapi tak lah besar mana). Damansara Damai nie ada lebih kurang 12 jenis kediaman dan 9 daripadanya adalah jenis apartment. 

Nak cari rumah sewa pun senang. Coz ada satu agent yang dilantik. Pergi jer kat ofis agent nie. Bagitau dia nak kediaman jenis apa, nak sewa bulanan berapa. Agent akan buka map Damansara Damai dan akan tunjukkan terus rumah yang ada kekosongan. Lebih kurang cam pilih tempat duduk kat Panggung Wayang lah. Kalau dah berkenan, agent akan bagi kunci dan terus tengok rumah. Kalau dah setuju bayar deposit kat diorang 1+1 ke 2+1 ke dan agreement pun diorang yang akan uruskan nanti. Takyah susah2 tunggu tuan rumah datang. Ntah2 tuan rumah ada kat Beijing ke kan.

Aku duk kat Apartment Impian. Apartment ni privacy sket. Tak campur dengan lot2 apartment lain dan lot2 kedai utama. Dalam kawasan apartment ni jer ada satu kedai runcit, satu restoran dan satu bengkel kereta (Continentel). Kalau nak service kereta tinggal jer, boleh balik rumah jap tengok tv ke. Blah belakang ada pintu access ke Pejabat Pos dan Kawasan lot-lot kedai. Lagi satu Apartment ni sebelah jer ngan RnR Jejantas Sungai Buloh. Walaupun ada kedai tapi orang luar jarang masuk sebab berpagar dan ada pos pengawal. . Parking pun ok. Coz cam ada apartment lain. Bawah Apartment diorang kedai2 utama. Paham2 jerlah kan, sibuk dan bising sket. Yang bersekali ngan tapak pasar pun ada. 

Lagi satu Apartment ni, sepanjang aku duduk x ada warga asing yang duk kat sini. Tak macam apartment lain, bersepah. Malam2 kalau lapar takyah risau coz ada kedai mamak (Restoran Mahbub), McD n banyak warung2 tepi jalan. Dekat jer. Paling best Nasi kukus kat situ (Lot2 kedai bersebelahan Apartment Saujana), tak perlu mengharungi jem dan trafic light. Waktu malam kat situ meriah, ramai orang.

Lain2 kemudahan : 
Sekolah, Masjid, Klinik Kesihatan (swasta), Stesen Minyak (Shell dan Petronas), Bank (Maybank), Pasaraya MaxValue (Aeon punya), (Pejabat Pos, Klinik, Bengkel Kereta, Kedai Runcit, Restoran (McD, Mamak, goreng), pasar malam, bengkel kereta. 

Pasaraya MaxValue 

Kawasan Terhampir : 

1. Hospital (Sg. Buloh) pun dekat jer, lebih kurang 15 minit perjalanan.
2. KTM Komuter Sg. Buloh. Ondaway ke Hospital jumpa Komuter dulu.
3. Plaza Tol Plus (Susur Sungai Buloh/ Kuala Selangor / Kepong). 
    Nak balik Kedah pun senang.

Cuma problem waktu pergi kejer ngan balik kejer lah, jem sket. Maklumlah jalan keluar dan masuk cuma satu jer. Kalau nak lebih info bolehlah layari website nie : http://www.damansara-damai.com/siapa-kami.php



Rumah Ke-2

Flora Damansara : Awal 2010 – Oktober 2010

Duk kat tingkat 23. Masalah paling utama, parking dan lif. Citer pasal parking dulu.

Parking :
Siapa cepat dia dapat. Kalau balik kojer sampai  kul 8 malam ke atas, memanglah susah nak dapat parking kereta. Kitorang masa duk situ dulu kalau dah dapat parking memang taklah kalau nak kuar balik. Kalau kul 8 malam pun dah susah nak parking apatah lagi kalau kul 10 malam ke atas kan. Kitorang kalau nak kuar gi Tesco ke Shopping Mall ke, kitorang kuar hari sabtu ahad dan waktu siang jer dan kitorang akan pastikan kitorang balik sebelum jam 9 malam jika hari sabtu dan 7 malam pada hari Ahad. Kalau dah kul 10 nasib2 jer ada.   Parking kat situ plak bertindih tindih. Suka hati diorang jer. Ada yang ok letaklah no fon, yang takder memang kena pecah cermin lah jawabnya.  Diorang plak tarik hand brek. Coz parking kat situ curam. Nak tolak pun tak bleh. Jangan kata nak parking, nak kuar dari parking pun problem. Laluan dah lah satu jer, itulah laluan parking itulah laluan utama kuar masuk. astrokk dibuatnya.

Lif : 
Ada 3 lif jer, yang rosak biasa 2. ha ha. Memang berebut lah. Kena plak 24 tingkat. Memang 2,3 trip lah. Kalau kes camnie aku ngan wife biasa akan naik tangga ke tingkat 1 dulu, naik plak lif yang ondaway nak turun ke bawah. Sampai bawah orang lain keluar kitorang maintain kat dalam jer. Takyah berebut dah ngan orang kat bawah. Bijak tak. Ni bukan potong Q tau. Naik tangga ke atas pun usaha gak namanya. Penah lah satu lif rosak. Kitorang naik tangga sampai tingakt 23. Aku dukung anak , wife bawak barang. Nak tercabut lah lulut nie. Dah lah baru balik kejer. Setiap 3 tingkat kitorang berhenti, sampai lah tingkat 23. Tak lama pas tu kitorang pun pindah lah rumah.
Kemudahan
Kedai runcit, restoran, 7 Eleven. Tak banyak lah. Cuma dekat sket jer dengan Tesco dan The Curve. Nak pergi One Utama pun dekat. Tak perlu bayar tol.

Rumah Ketiga 
Pangsapuri Meru Ehsan (November 2010 – April 2012)

Yang ni better banyak dari Flora la. Tapi Damansara Damai lagi best. Terletak di Meru Klang. Ini home town aku. Duk tingkat 3. No lif. Yang ni pun lebih kurang setahun jer aku duk sini. Barang dari Flora pun x habis kemas lagi..Coz dah tau, nanti nak pindah lagi..

Rumah ke 4.
Taman Desa Kencana Bukit Kapar Klang. (Rumah baru kitorang)


Citer pasal kos rumah baru plak. Banyak gak kan pakai duit bila pindah rumah nie.
Almaklumlah, rumah baru, Lampu kipas semua kena beli sendiri. Belum masuk wiring. Cat buat sendiri. Itupun ruang tamu jer. Laman luar rumah lagi. Apapun semua yang penting-penting dan selesai. Sekarang ni tinggal proses mengemas and buat dekorasi jer. Walaupun kitorang dah pindah hampir sebulan, tapi tak siap lagi mengemas. Boleh kata tiap malam tido kul 12.00. Takder pilihan coz, rumah kitorang Cuma ada 3 bilik and 2 bilik air jer. Kalau ada satu lagi bilik boleh kitorang buat stor. So, nak tak nak semua barang dalam box kena buka. Kalau tak memang semak la bilik tu. Penat tu memanglah penat. Rumah baru punya pasal, semangat lebih. Hi hii.









Thursday, May 10, 2012

Pangkor!!



Yang nie main redah jer. Planning2 nak pergi memang tak jadi  punyer. Kebetulan Cikin ada kursus kat Teluk Batik. Habis kursus plak Jumaat. Petang tu, pikir jap, terus pergi. Alang-alang sok cuti kan. Lama betul aku tak pergi Pangkor. Seingat aku last tahun 2008. Masa tu belum kahwin lagi..

 

Tapi Pangkor still menarik. Walaupun tak lah sehebat Perhentian atau Redang. Facilities dia nampak lebih tersusun. Banyak gak perubahan la. Expecially kat Teluk Nipah. Tempat favourite aku. Jeti Pangkor pun dah lawa tak macam dulu. Mula-mula parking kereta dulu. Di Jeti Lumut ni parking disediakan samaada open area atau bertutup dan bertingkat. Aku lebih suka parking bertingkat. Nampak lebih selamat. Bayaran seingat akulah RM10 satu hari. Pastu gi kaunter beli tiket feri RM10.00 dewasa (pergi balik). Perjalanan bot dari jeti lumut ke Pangkor mengambil masa dalam setengah jam camtulah. Sampai kat Jeti Pangkor, ramai dah pengusaha Van, Kereta dan motosikal sewa sudah menunggu. Cam kat Langkawi gak. Aku lebih suka naik van. Satu van RM20.00 bagi perjalanan sehala ketempat yang dituju.  So jangan risau. Bagitau jer lokasi kita, pandailah brader van tu bawak nanti.


Macam biasa, kalau gi Pangkor, kitorang akan menginap di Chalet Liana Villa Teluk Nipah. Chalet nie ok lah. Ada 2 tingkat. Bawah separuh kayu separuh batu dan atas chalet kayu 100%. Chalet nie dekat dengan pantai dan kedai-kedai makan. Satu malam RM90.00.Sampai terus check-in, pas tu kuar balik, bawak Rayyan terjun laut.

 

Malam kuar lagi, gi makan plak. Kedai makan pun banyak. Dulu, seksanya lah. Orang dah lah ramai, kedai seketul dua jer. Nak menunggu air minuman pun dah seksa. Tu belum kira tempat duduk tu. Kebanyakkan kedai makan menyediakan menu yang sama, Ikan bakar. 

Deretan kedai makan sepanjang Pantai Teluk Nipah.


Suasana malam sepanjang pantai di Teluk Nipah.




Pagi sabtu tu dalam kul 10.00 aku dah check out. Malas nak tunggu sampai sok. Pangkor nie satu jer, Kalau balik hari Ahad, sesak ngan orang. Nak naik bot punyelah panjang beratur. Dengar-dengar sekarang dah ada jeti baru. Tak tau lah plak. Tak pernah try..


Sekolah Baru Rayyan

Sekarang Rayyan dah tukar 'sekolah'. Rayyan dah tak sekolah kat Shah Alam Lagi. Sekolah baru dia sekarang kat Meru jer. Dekat sket ngan rumah. Alhamdulillah dapat gak cari Taska yang dekat-dekat ngan rumah. Sebelum ni kami hantar ke pengasuh baby di Shah Alam. Lama dah, kat 2 tahun gak. Apapun thanks la kat pengasuh kami sebelum nie, kak Nor.

Kami start hantar kat Taska ni sejak 2.5.2012. Taska yang baru ni buka pukul 7.00 balik 6.30. Memang tak sempat lah nak gi kerja kalau kami hantar kul.7.00. Buat masa ni aku minta mak ngan ayah aku yang hantar Rayyan ke Taska. Tapi time balik kami yang ambik. Masa hari pertama tu masuk kerja lewat sket, coz nak hantar anak ke taska baru. Lagipun nak kenalkan pemilik Taska tu ngan Mak ayah aku, coz nanti diorang yang tolong hantarkan Rayyan.




Sempena masuk sekolah baru nie Cikin siap belikan beg roda Ben Ten baru kat dia lah. Punyalah semangat.  Cam biasalah masa hari pertama hantar tu, menangis lah jugak. Yang tak tahan, masa kami datang jemput dia time balik, siap dah tunggu depan pagar.  Nampak jer keter kitorang, terus lari ambik beg dia. Memang tak sabar nak balik. Tapi dah kat seminggu nie, cikgu dia kata dia dah ok sket. Menangis pun kejap jer. Itulah Rayyan. Sebelum ni dia tak pernah nangis pun masa hantar kat rumah pengasuh lama. Mungkin firt time die kekok sket. Lepas masuk Taska ni macam ada perkembangan sket lah, dia mula nak makan, pandai makan sendiri, Tidur pun tak lewat macam dulu. Kul 11.00 dah tido. Mungkin penat sekolah kot.