24 Januari 2009
Satu sejarah baru dalam hidup kami, apabila disatukan sebagai sepasang
suami isteri. Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana menemukan jodoh
kami.Akhirnya setelah hampir 5 tahun kami berkenalan dan alhamdulilah ia
berakhir dengan ikatan perkahwinan. Saat yang paling kami nantikan selama
ini. Macam tak percaya pun ada. Kami mula berkenalan masa sama-sama
menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam tahun 2001.Sebenarnya
kami berlainan kelas. Berjumpa pertama kali ketika sama-sama terlibat dalam
satu aktiviti mendaki gunung Ledang..Masa tu seingat kami dah semester 4..
tahun 2004.Start dari situ kami rapat, dan akhirnya pada 9.4.2004 kami
bercinta. Habis semester kami berpisah .Berpisah jarak jer, hubungan ok ..Masa
tu tahun 2005. Itupun tak lama, Cikin ambil keputusan berhijrah ke KL dan
bekerja di Klang. Pada 30 Disember 2007 kami bertunang. Dan akhirnya pada 24
Januari 2009 kami nikah.. Camtulah serba ringkas nyer cerita kami..Tapi
realitinya..tuhan sajer yang tahu perjalanan hubungan kami ini.. Semoga
perkahwinan ini akan berkekalan selamanya.