Thursday, September 29, 2011

Pulai Desaru Beach Resort 23.9.2011 - 25.9.2011

Lama rasanya tak menulis blog niie..Last sekali tahun lepas. Tahun ni baru nak buka balik. Almaklumlah, part time blogger. Suka hati lah nak update atau tak update. Lagi pun takder apa nak citer. Lain lah orang pompuan, banyak citer. Kuih muih, citer pasal baby, menjahit tak pun upload resepi dan gambar masakan diorang. Nak tunjuk bakat lah tue. He he..


Apapun, gambar-gambar nie masa aku bercuti ngan family di Desaru Johor 23.9.2011 hingga 25.9.2011. Upload gambar dah lama, tapi baru nak story. Mana tu Desaru? ha kat sini lah. Cer tengok peta kat bawah nie. Terletak di negeri Johor Darul Takzim.





Meh kita tengok sket review hotel nie yang dicopy paste dari image en google.  

Pintu masuk Resort.
View dari atas
Lobi Hotel
Bilik. (Standard Room)

Ni kali pertama aku datang ke sini. Kami menginap di Pulai Desaru Beach Resort. Perjalanan lebih kurang 4 jam dari KL. Cantik woo tempat nie. Tak sia-sia aku datang. Sampai dalam kul 12.00 tengahari. Sampai-sampai terus check in. Pas tu kuar balik survey kawasan. Ada ke Stesen minyak kat sini?, pasaraya, klinik, bank, tempat makan. Survey punya survey jumpalah bandar. Bandar terhampir adalah Bandar Penawar.

Tapi lebih kepada macam pekan la. Kat sini bank ada, Fast food pun ada (Marybrown jer), stesen Bas, stesen minyak petronas dan sebiji pasaraya 2 tingkat.

Kalau sesiapa yang plan nak bercuti dan bershopping cam kat Langkawai tu, lupekanlah, coz kawasan ni takder tempat bershopping. Tapi kalau datang betul-betul nak berehat, tempat nie memang best. Pulai Desaru ni mamang cantik. Sesuai kalau nak bawak family.

Masa untuk mandi manda.. 














Kat sini diorang sediakan play ground untuk kanak-kanak dan pelbagai peralatan indoor game seperti caroom, ping pong, meja pool, dat. Kat luar plak padang bola, gelanggang tenis, bilik gym, dan bola tampar.

Pantai plak..





Pantai cantik tapi tak bleh mandi coz ombak kuat..Diorang dah pacak bendera merah kat tepi pantai. No mandi!

Ondaway nak kuar gi makan malam.

Kemudahan lain yang ada...

Meja Pool..
Kids Club...Playground untuk kanak2..

Nak balik dah...

Posing sebelum check Out..
Alamak, nak balik dah..Kejap jer. Best2. Percutian yang ringkas..Pulai Desaru memang terbaek lah. Sesuai sangat kalau nak gi rehat2 dan malaskan diri. Kat sini agak privacy. Time aku pergi memang x ramai orang. Mat2 n minah2 saleh ramailah. Maybe bukan cuti sekolah kot.




Ondawy balik ke Klang sempatlah aku kehulur hilir ke Bandar Hilir Melaka. Sepanjang hidup , dan berpuluh kali ke A-Famosa sejak kecik, ni kali pertama aku naik beca. 

Sekitar A-Famosa yang dah banyak berubah..tiada lagi pokok2 besar yang redup tu, n penjaja cenderahati bawah pokok. Tak sehapening yang dulu. 

Habis dah..



Monday, September 5, 2011

RAYA 2011



Salam lebaran 2011..

Tahun ni kami beraya di Sg.Petani Kedah. Ni lah tahun pertama kami beraya disana setelah hampir tiga tahun berkahwin. Bagi aku, ini adalah yang pertama kali beraya jauh dari keluarga. Maklumlah aku dari kecik sampai sambung belajar semua kat area Selangor. Dapat kerja pun kat area Lembah Klang  gak, so takder masalah untuk balik kampung.


Kalau tanya secara jujurnya, aku memang lebih suka beraya di kg. sendiri. Sebenarnya semua orang pun sama. Ingat tak zaman kanak-kanak dulu, selalu bergaduh ngan kawan-kawan. Semua nak menang dengan cerita masing-masing.. Camtulah kita. Walau macamanapun, apa yang kita lalui tetap paling best dari orang lain.

























Tak kisahlah meriah macamana sekalipun beraya di tempat orang, tapi kalau dapat beraya di kg. Sendiri memang best. Walhal sambut raya cam orang lain gak. Lebih-lebih lagi bila dah dewasa nie. Ala kadar jer. Apa yang menarik sambut raya di kampung halaman sendiri bila dah dewasa nie adalah mengingati kenangan zaman kanak-kanak dulu. Mengingati zaman kanak-kanak di pagi raya adalah sesuatu yang menarik sangat.  

Masatulah mood raya tue datang. Teringat time-time main meriam ngan kawan-kawan, main mercun, pasang pelita, gi beraya naik beskal ramai-ramai. Belasah jer rumah siapa pun janji dapat duit raya. Masa tu 50sen dah kira mewah dah tue. Siapa gi beraya pakai kasut tali, comfirm kena tinggal kat belakang. Ha ha. Masa tu kasut raya merangkap kasut sekolah. Nie yang nak citer masa dulu-dulu nie. Sebenarnya masa tue, time pose puasa pun dah  meriah. Lebih-lebih lagi semua jiran-jiran adalah sepupu sendiri.

Meriam time.
Kitorang ambik tiang besi yang dah tak guna. Aku pun tak ingat mana datang nya besi tu, tau-tau ada kat tepi jalan. Kitorang potong. Setiap satu agak-agak dalam 7 kaki panjang.  Sumbat hulunya dengan kayu  getah yang telah dipotong, buat lubang kecik (agak-agak sejengkal dari hulu meriam) untuk dijadikan tempat isi air dan cucuh api..Satu hari gak lah kitorang kerjakan besi tu sampai jadi 2 3 meriam. Proses seterusnya, cari port. Port mesti best. Tapi jangan main pacak jer. Buat survey dulu. Agak-agak ada jiran yang ada baby kecik eloklah dielakkan bermain sekurang-kurangnya 100meter dari rumah mereka. Ha ha.



Pas tu kumpul duit, bak sini sorang RM1, buat beli kabait dan minyak tanah. Kabait tue lah bahan letupan meriam tu, dan minyak tanah untuk hidupkan api dan buat unggun api. Pas jerk habis terawih terus ke port. Mula-mula buat unggun api dulu, pas tue, BOOOMMM!!! Bermulalah perang meriam. Kalau sok sekolah, kul 10pm dah bailk dah. Kalau time esok cuti, kul 12 baru balik. Pas sahur terus jer datang port. Kalau time-tima nie, senang jer nak ajak member join sekali. Letupkan meriam. Confirm, 5 atau 10 minit kemudian, sorang-sorang datang melepak sampailah pagi. Siap tido situ lah.


Mercun dan bunga api.
Dulu masa aku budak-budak mercun belum diharamkan lagi. Bebudak kampung nie punyelah kaya. Mana taknya 5 6 hari sebelum raya kitorang perang mercun. Sepanjang jalan tu dah macam medan perang. Perang mercun nie bukan, lawan siapa paling banyak lancarkan mercun ke udara dan mercun siapa paling best, tapi perang secara berdepan.

Masa tue paling glamour adalah mercun thunder clap. Siapa yang ada memang kaya lah masa tue. Mercun tue memang dihalakan ke arah group lawan. Jarak antara team kitorang dengan team lawan adalah dalam lingkungan 100meter jer. Masa nie pandai-pandailah nak elak, memang mercun tue meletup 2 3 kaki jer dari kitorang.Semua tue tinggal kenangan jer. Selain keluarga, kenangan-kenangan tu lah sebenarnya yang buat kita sentiasa ingat untuk pulang ke kampung halaman sendiri.


Apa pun beraya bersama keluarga sendiri satu pengalaman yang berbeza. Ada keseronokannya sendiri. Actually, raya ni tak buat apa-apa persiapan sangat pun. Blum ada mood nak beraya dan menghias rumah. Coz rumah kitorang nie rumah sewa jer. 

Tunggulah kalau ada rumah sendiri nanti, maybe semangat lain sikit kot. InsyaAllah. Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.