Saturday, January 24, 2009

My Wedding Day.24.1.2009

Majlis Pernikahan / Persandingan di Rumah Keluarga Cikin di Kedah

24 Januari 2009
Satu sejarah baru dalam hidup kami, apabila disatukan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana menemukan jodoh kami.Akhirnya setelah hampir 5 tahun kami berkenalan dan alhamdulilah ia berakhir dengan ikatan perkahwinan. Saat yang paling kami nantikan selama ini. Macam tak percaya pun ada. Kami mula berkenalan masa sama-sama menuntut di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam tahun 2001.Sebenarnya kami berlainan kelas. Berjumpa pertama kali ketika sama-sama terlibat dalam satu aktiviti mendaki gunung Ledang..Masa tu seingat kami dah semester 4.. tahun 2004.Start dari situ kami rapat, dan akhirnya pada 9.4.2004 kami bercinta. Habis semester kami berpisah .Berpisah jarak jer, hubungan ok ..Masa tu tahun 2005. Itupun tak lama, Cikin ambil keputusan berhijrah ke KL dan bekerja di Klang. Pada 30 Disember 2007 kami bertunang. Dan akhirnya pada 24 Januari 2009 kami nikah.. Camtulah serba ringkas nyer cerita kami..Tapi realitinya..tuhan sajer yang tahu perjalanan hubungan kami ini.. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan selamanya.

Majlis Persandingan di Klang..















No comments:

Post a Comment