Monday, December 6, 2010

once upon a time!!!

 tAnggal 25 Oktober 1981 bertambah lah seorang lagi penduduk dunia nie.Aku la tu, Razali bin Osman.  Aku lahir di Kg.Bkt Kapar Klang Selangor.My mum name is Sapurah and my father name is Osman. Aku anak ke2 dari 4 adik beradik.that all

SEKOLAH TADIKA KEMAS :Start tahun 1987 aku mula sekolah tadika di Jalan Paya Barat Kg,Bukit Kapar.A, B C....ha ha kelakar betul la.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR : Pas satu semester aku kat tadika tadi, aku pun sambung study kat sekolah Kebangsaan Bukit Kapar kLANG. Dulu aku duk kat klang n then masa aku 6 tahun aku start pindah Bkt Kapar. Start tahun 1988 aku naik darjah satu..Masa ni aku umur 7 tahun..kALau korang nak tau, nie lah lencana sekolah aku dulu.cantk tak.. Lencana dulu tak macam sekarang.Sekarang berjahit.Dulu2 pakai gam jer. Balik umah bagi kat mak, pas tu mak akan iron lencana tu kat poket baju sekolah. Sekali basuh terus tangal, pas tu iron balik.ha ha memori betul la..tak pasal kene rotan ngan cikgu coz lencana tak pakai. padahal tertanggal..Aku sekolah sampai tahun 1993.kIRE sampai UPSR le.

Ni lah gambar bangunan sekolah aku dulu. Tapi masa aku belajar dulu mural bangunan nie lain. Kalau korang ingat, ada satu iklan satu Malaysia di Astro. bebudak tu datang sekolah pakai baju tradisional pelbagai bangsa, n then cikgu  diorang puji.. sekolah aku ler tue. Dah bertahun aku tinggalkan sekolah nie. Rindu tul lah, zaman2 pakai kasut spark, gi sekolah kayuh basikal, bawak botol air (sirap/oren), bekal, pencil box, pengasah pensil.. Dalam poket ader guli, tak pun gasing. time rehat bleh main. Aku dulu sekolah sesi pagi jer. Kawan lain sambung sesi petang, sek.agama rakyat. Aku n the geng tak gi pun. So, banyak masa utk...enjoyyy!!.



SEK. MENENGAH KEBANGSAAN MERU : Kejap jer masa berlalu, pas jr UPSR aku pun masuk Sekolah mEnengah. Sekolah Menengah Kebangsaaan Meru Klang. Start tahun 1994 hingga 1998. Masa nie la paling best. Zaman2 remaja, zaman2 mencari identiti, zaman cinta monyet, pakai suar besar kat bawah, pakai kasut pallas jaz, tali pinggang kepala besar. Yang pompuan plak pakai kain sampai seret kat lantai, yang aku tak bleh luper Keropok lekor.Memang glamor lar masa tue.aNtara subjek yag aku suker, of coz Pendidikan jasmani, akaun, sains dan kemahiran hidup.Aku ambik PMR dan SPM disekolah nie. Alhamdulilah, setelah 5 tahun betaper disekolah ni aku berjaya peroleh pangkat 1 dalam SPM. Satu penamat yang baik untuk aku.Thanks mak ayah, my guru2, kawan2 semua terutama wat kawan2 kelas 5c 1998. Orang kater kalau ending dier bagus, keseluruhan cerita akan bagus. Yahooooo!!! habis sekolah. (Sedih gak waaaa!!!).



No comments:

Post a Comment