Wednesday, May 15, 2013

selepas PRU13..


Nak share sket satu artikel di FB dari penyokong PR..Rasanyer penyokong PAS.
Camnie citonyer :-
“Ketika telah rasmi, BN kembali membentuk kerajaan di Malaysia, seorang ayah dapat mengesan ada banyak air mata yang tergenang dari kelopak mata anaknya.
Si ayah, lantas bertanya: "Kenapa kau menangis nak?"
"Saya kasihankan ayah..." jawab anaknya dengan nada yang tersekat-sekat....
"Oh... Sebab ayah sudah penat berjuang, sudah banyak berkorban; tapi tak menang?" sambut si ayah.
"Bukan itu..." si anak menafikan tekaan ayahnya.
"Sudah tu, kenapa?" tanya si ayah kembali.
"Saya teringat. Hari tu, ayah buat kira-kira. Ayah tersenyum. Ayah kata, kalau PR menang, kita ada duit lebih setiap bulan. Ayah kata, duit tol dah tak ada. Petrol dah murah. Ayah kata, kalau PR menang, kita akan ada duit yang cukup untuk beli dan bayar bulanan kereta. Ayah nampak lebih gembira bila menyatakan bahawa hati ayah lega kerana tak perlu lagi fikir di mana lagi nak cari duit untuk pembelajaran saya di universiti dan persekolahan adik-adik..."
Si ayah terus terdiam. Lidahnya kaku. Direnungnya mata anaknya itu. Tiba-tiba, matanya digenangi air. Ya, ada benar juga kata-kata anaknya itu. Namun, apa yang membuat dia terasa lebih hiba adalah betapa anaknya itu turut menumpang rasa susah dan kesedihan yang ditanggungnya..­.

s
Sebenarnya artikel tu aku ambil dari FB seorang yang rasanya penyokong fanatik PAS. Ceteknya pemikiran pemilik artikel nie. Aku Kesian kat anak dia, kena tipu ngan ayahnya yang menjadikan kerajaan sebagai kambing hitamnya, yang kononnnya kegagalannya memberi keselesaan kepada keluarga adalah disebabkan kerajaan.

1.       Patutkah kerajaan dipersalahkan 100%?.
2.       Adakah tanggungjawab memberi nafkah kepada anak2 juga tanggungjawab kerajaan?.
3.       Adakah dia sendiri sudah berusaha?
"Saya teringat. Hari tu, ayah buat kira-kira. Ayah tersenyum. Ayah kata, kalau PR menang, kita ada duit lebih setiap bulan”.
Adakah cukup dengan hanya duduk membuat kira2 sambil tersenyum dan mengharapkan satu hari nanti semuanya akan diberi percuma?
Kesian kat anak dia. Berjanji tak salah, tapi biarlah yang logik. Siapa tak suka tol dan pendidikan percuma kan. Tapi jangan lah letakkan harapan 100% rezki kita di situ tanpa ada usaha lain.
Dan satu lagi, kebanyakan penyokong Pembangkang nie bila bercakap, seolah-olah bila Pembangkang memerintah semua orang akan jadi senang dan tiada lagi yang susah dan harga barang tak kan naik..Amerika, Eropah, Jepun yang kaya dan moden pun masih ada orang yang susah dan miskin. Sebab itu dalam rukun islam, Allah mewajibkan zakat kepada umat islam yang mampu, bagi mengingatkan manusia supaya membantu orang miskin. Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Pemimpin BN atau PR bukan tuhan yang boleh menjadikan semua orang akan senang dan bahagia, tiada jenayah, tiada orang sakit, tiada rasuah.  Walau siapa pun memerintah nanti,  dan walau apa pun dijanjikan, senang atau susah, islam atau tidakkah kita dan anak cucu kita nanti,  adalah atas diri kita sendiri bukan pada kerajaan yang memerintah.  Janganlah terlalu mengharapkan apa yang mereka janjikan, jika tidak kita akan jadi ayah seperti di atas tue. Sepatutnya dia berkata kepada anaknya ‘’InsyaAllah kalau ada rezki nanti, ayah naik pangkat atau perniagaan ayah dah maju sikit  kita akan lebih senang. Ajar anak untuk menabung, supaya nanti bila dah besar, boleh guna untuk masuk Universiti dan bukan hanya mengharapkan pendidikan percuma akan dilaksanakan.  
Sokong lah secara rasional, jangan terlalu taksub dengan seseorang pemimpin. Yang benar kita sokong yang salah kita tolak. Setiap pemimpin ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri baik BN or PR. Tiada yang sempurna. Walaupun aku sokong BN aku tak kata semua yang BN buat betul, dan tak semua PR buat salah. Tapi bagi aku, setakat ini secara keseluruhannya BN masih lebih baik dari PR.

Apa yang aku masih tak suka mengenai pemimpin pembangkang ialah sikap kebanyakan pemimpin mereka tidak profesional, suka memberontak, cakap tak serupa bikin, cakap macam budak2, tak ada pendirian-bab agama  (terumatama PAS), suka menyalahkan orang lain (semua konspirasi kerajaan lah) dan suka memburukkan nama negara di luar serta suka melibatkan campur tangan asing dalam hal ehwal negara.  Mungkin kalau pemimpin PR lebih bersifat matang dan profesional, terima kekalahan PRU, tunjukkan bukti yang pentadbiran mereka lebih bagus dari yang kerajaan, dan kurangkan bercakap.  Mungkin rakyat lebih bersifat terbuka dan respect dengan mereka. Cuba tengok dalam sukan, jika pihak yang kalah datang dan mengucapkan tahniah kepada yang menang orang akan lebih respect.

Contoh komen2 pembangkang yang bersifat emosional :

Roti Gardenianaik harga?
1. Gardenia yang RM2.40 tu pun diorang nak fitnah dan jadikan isu politik.”terima kasih BN kerana menaikkan harga”, Hadiah pertama BN Kepada rakyat selepas PRU13. 

Wah!! Terus tuduh BN. Walawei, semudah itu jer. astroook.

2.SWASTA May 3, 2013 at 12:41 am

“aku pekerja menyokong penuh PR yg lebih mementingkan rakyat bukan membuli rakyat dgn pelbagai caj dan cukai kerajaan.. pekerja swasta setiap tahun membayar cukai kerajaan, cukai rokok, cukai bil tel, astro , cukai kfc, mcd tetapi kerajaan hari ini tidak pandang golongan swasta.. mari wahai kawan2 pekerja swasta kita bantu,sokong dan undi PR kali ini, ini kalilah .. kita ubah kerajaan.. semoga kerajaan PR menuju ke putrajaya dn bantu golongan swasta”.


Ada gak manusia macam nie kan. Kalau dah tak mampu toksahlah pakai astro, makan KFC, McD dan berhenti jer merokok. Makan nak sedap jer, tapi berkira. Ada kerajaan saman ke kalau kita tak makan McD?. Satu lagi, dia ingat orang gomen nie, tak bayar cukai ker? Ingat orang swasta jer ker yang hisap rokok?

3. Utusan pun kena..


Yang ni kawan aku share dan post kat FB.
Cer baca komen kawan die kat bawah nie:-  

"'Utusan Malaysia : "Ptuiiiiii sekali kat muka Editor dia...tak pass UPSR ke...? Tengok gambar pun tahu berapa ramai datang stadium..tapi dia kat 2000 orang..ingat apa? Ini perhimpunan UmPORNO ke?
Bukan main marah lagi penyokong PR nie. Yang tak tahan ada plak yang share share kat orang lain, pas tu ada plak lah yang Like..Tak berdosa kalau bodoh, tapi jangan share bodoh anda kepada orang lain yer.
Gambar dah betul dah. Setahu aku perhimpunan ni bulan Mei 2013. Tapi ada berita
''Remaja main mercun putus lima jari'' . Sejak bila pulak orang main mercun time Pilihanraya nie. Sekali aku google rupanya berita nie 8 Ogos 2012. Lepas tu ada plak berita '' Tiga premis tiada sijil halal tawar buffet Ramadan" Ada ker orang tawar bufet Ramadan bulan Mei?.
Kot yer pun nak menipu agak-agaklah kan. Nasib baik yang post ni bukan islam. Mungkin tak tau apa itu Ramadan atau tak paham berbahasa melayu. Kesian.

So moral of the story, kalau nak like @ share apa2 kat FB selidiklah dulu. Dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain. Tak pasal2 dapat dosa. Dan jangan terlalu emosi sangat.

No comments:

Post a Comment