Monday, October 6, 2014

Berdosa Wat Gambar Troll.

Ini aku petik dari FB Dr Abu Anas Madani

Stop menyebarkan Gambar yang dibuat dialog sendiri!
Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan.
Ambil gambar orang kemudian tulis kata-kata yang orang tersebut tak kata adalah suatu kesalahan.
Pengertian ghibah:
Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam
telah menafsirkan makna ghibah dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ­radhiyallahu ‘anhu:

«أتدرون ما الغيبة؟ قالوا: الله ورسوله أعلم،
قال: ذكرك أخاك بما يكره. 
قيل: أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟ 
قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته، وإن لم يكن فيه فقد بهته». رواه مسلم.

«Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”, mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. 
Baginda berkata: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“.
Dikatakan: Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? 
Baginda berkata: “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya». (Riwayat Muslim).

*AAM, Makkah. Malam Tarwiyah 1435H.


Jadi...
Hati hati yer..Mungkin kita rasa post atau share gambar2 troll nie lawak, tapi mungkin tidak kepada tuan empunya diri. Diam itu lebih baik dari berkata-kata atau buat sesuatu yang menambahkan dosa. 

No comments:

Post a Comment