Sunday, January 11, 2015

Pra-Sekolah 2015

Setelah sesi persekolahan ditangguhkan seminggu, hari ni 12.1.2015 sekolah kembali dibuka..Hari nie hari pertama Rayyan ke Pra-Sekolah. Sebelum nie sekolah di Tabika KEMAS. 

Alhamdulillah, Rayyan ok..Masa hantar pun dia ok, x meragam. Aku tak cuti pun, cuma mohon half day jer..Nak tunggu lama2 pun no point gak. Diorang tak bagi. Lepas hantar, 7.20 pagi, ibu bapa kena balik. Takut menggangu sesi suai kenal anak2. Tul gak tu..

So, sekarang aku just nak story entry kadar bayaran untuk Pra-Sekolah (sekadar nota rujukan di masa depan) Mana tau adik dia nanti nak masukkan Pra-Sekolah gak. So adalah nota sket. (Penentuan kelas, siapa cikgu, kadar bayaran, aktiviti dan segala bagai hanya akan dimaklumkan semasa sesi taklimat bersama ibu bapa. Biasanya dibuat dalam bulan 12 sebelum sesi sekolah bermula. So kena take note)..

1. T-Shirt + Seluar Sukan : RM23
2. Uniform Ungu : RM30 (Isnin dan Jumaat sahaja)
    * Nak berapa helai, terpulang pada ibu bapa. Yang penting bayor. Pihak sekolah tolong tempahkan jer.
       Coz baju budak Pra Sekolah x jual kat luar. X macam baju budak tadika KEMAS.

3. Buku Bacaan (1 set 5 buku) : RM56
4. Buku Latihan (1 set 8 buku) : RM28
5. Sumbangan : RM100 (Katanya untuk kegiatan anak2 cam Lawatan ker)
6. Alatan Kesihatan :RM5
7. Gambar Konvo : RM28
8. Sewa Jubah : RM5
9. Lencana Sekolah :  RM x sempat tulis.
10. Name Tag : RM x sempat tulis.

So campur2 semua total dalam RM300. Kadar bayaran untuk lain2 sekolah tak tau. Tapi bayaran hanya sekali sahaja. Makan dan minum disediakan pihak sekolah. Semasa taklimat juga cikgu ada maklumkan ibu bapa tak perlu sediakan duit makan untuk pelajar. Lebih kurang cam Sekolah Tadika gak.

Untuk sesi pembelajaran : 
Isnin- Jumaat / Jam : 7.20 pagi - 12.00 tgh (Kecuali jumaat 11.40 pagi)

No comments:

Post a Comment