Wednesday, February 4, 2015

Kelas Taekwando 2015



Dah lama sebenarnya cari kelas taekwando nie untuk anak. Bukan tak jumpa, tapi ada yang jauh. Komitmen nak hantar tu tak berapa ada lah. Kebetulan seminggu lepas Rayyan masuk pra sekolah cikgu diorang ada bagi templet n borang join taekwando..

Sebelum nie pun pernah nampaklah ada bebudak belajar taekwando setiap ahad kat sekolah nie, tapi aku ingat kelas nie untuk student sekolah nie je.. Aku pn tunggujelah Rayyan masuk sekolah nie 2015 nanti.. Tahun nie dah 2015, Rayyan pun dah start sekolah kat sekolah nie. So, aku terus daftarkan dia. Nasib baik gak dia pun beriya-iya nak join. Senang sket. X payah nak  paksa2.



Sebenarnya dari borang yang aku baca, diorang (Koryo Taekwando) nie takde pun hadkan penyertaan nie untuk bebudak sekolah nie sahaja. Nampak cam terbuka lah. Cuma diorang hadkan pengambilan pelajar 150 orang sahaja. Ada 3 sesi pendaftaran pada minggu yang berbeza.

Kelas Taekwando (Kelab Taekwando S.K. Bukit Kapar) ni adalah dibawah Koryo Taekwando Club. Club ni international gaklah. Ada ahli kelab nie wakili negara di pentas antarabangsa. Kelas adalah setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Ok lah. Yuran bulanan pun RM30.00 jer. Uniform RM100.00 dan terus dapat (kalau ada saiz lah)…

Harap rayyan punya minat berterusan. Bagi aku taekwando ni bukan setakat sukan dan belajar mempertahankan diri tapi lebih kepada mendidik disiplin ahli mereka..





No comments:

Post a Comment