Monday, June 20, 2011

Car DVD Player


Baru jer pasang nie..alhamdulillah, berkesan gak aku pasang menatang nie dalam kereta. Sekurang-kurangnya dapatlah kawal anak aku dari aksi-aksi 'ekstrem' nya dalam kereta selama ini..

Sekarang nie Rayyan dah setahun 7 bulan. Memang betul-betul tengah lasak. 

Kalau duk dalam kereta memang tak boleh diam, ada jer benda nak diusik.., Cuba bayangkan masa anak kita tengah berdiri dan  main, kita brek tiba-tiba, tak ker tercampak ke bawah. Nak pasang tali pinggang? Mustahil.  

Paling tak tahan dia suka duk kat pangku dan main stereng kereta. Yang itu paling mencabar. Bukan sahaja membahayakan dia sendiri malah kami yang memandu nie.




Pernah satu hari ibu dia hampir langgar tiang lampu gara-gara Rayyan tertarik stereng kereta dalam usaha dia untuk duduk dipangku ibunya yang sedang memandu. Mujur selamat.

So, pikir-punya pikir, kitorang pun ambik keputusan pasang DVD player dalam kereta. Coz dia memang suka tengok TV. Alhamdulillah berkesan la jugak. Sekurang kurangnya dia duk diam dan tak banyak bergerak. So aku dan wife bolehlah tumpukan perhatian kepada pemanduan.

2 comments:

  1. nanti anak ke dua korang kena invest beli car seat kot..mmg berbaloi..Alhamdulillah ok.zahra dulu. ms aktif BF je dia nak dok kat riba la nak hape la sbnrnya nak BF..skrg ok..lepak je kat car seat dia..dia dok kat car seat blh nampak luar..car sear tukan tinggi..

    ReplyDelete