Thursday, May 10, 2012

Pangkor!!



Yang nie main redah jer. Planning2 nak pergi memang tak jadi  punyer. Kebetulan Cikin ada kursus kat Teluk Batik. Habis kursus plak Jumaat. Petang tu, pikir jap, terus pergi. Alang-alang sok cuti kan. Lama betul aku tak pergi Pangkor. Seingat aku last tahun 2008. Masa tu belum kahwin lagi..

 

Tapi Pangkor still menarik. Walaupun tak lah sehebat Perhentian atau Redang. Facilities dia nampak lebih tersusun. Banyak gak perubahan la. Expecially kat Teluk Nipah. Tempat favourite aku. Jeti Pangkor pun dah lawa tak macam dulu. Mula-mula parking kereta dulu. Di Jeti Lumut ni parking disediakan samaada open area atau bertutup dan bertingkat. Aku lebih suka parking bertingkat. Nampak lebih selamat. Bayaran seingat akulah RM10 satu hari. Pastu gi kaunter beli tiket feri RM10.00 dewasa (pergi balik). Perjalanan bot dari jeti lumut ke Pangkor mengambil masa dalam setengah jam camtulah. Sampai kat Jeti Pangkor, ramai dah pengusaha Van, Kereta dan motosikal sewa sudah menunggu. Cam kat Langkawi gak. Aku lebih suka naik van. Satu van RM20.00 bagi perjalanan sehala ketempat yang dituju.  So jangan risau. Bagitau jer lokasi kita, pandailah brader van tu bawak nanti.


Macam biasa, kalau gi Pangkor, kitorang akan menginap di Chalet Liana Villa Teluk Nipah. Chalet nie ok lah. Ada 2 tingkat. Bawah separuh kayu separuh batu dan atas chalet kayu 100%. Chalet nie dekat dengan pantai dan kedai-kedai makan. Satu malam RM90.00.Sampai terus check-in, pas tu kuar balik, bawak Rayyan terjun laut.

 

Malam kuar lagi, gi makan plak. Kedai makan pun banyak. Dulu, seksanya lah. Orang dah lah ramai, kedai seketul dua jer. Nak menunggu air minuman pun dah seksa. Tu belum kira tempat duduk tu. Kebanyakkan kedai makan menyediakan menu yang sama, Ikan bakar. 

Deretan kedai makan sepanjang Pantai Teluk Nipah.


Suasana malam sepanjang pantai di Teluk Nipah.




Pagi sabtu tu dalam kul 10.00 aku dah check out. Malas nak tunggu sampai sok. Pangkor nie satu jer, Kalau balik hari Ahad, sesak ngan orang. Nak naik bot punyelah panjang beratur. Dengar-dengar sekarang dah ada jeti baru. Tak tau lah plak. Tak pernah try..


No comments:

Post a Comment