Friday, December 27, 2013

Port Dickson Plak...

Sblm aku malas nak menulis dan lupa apa yang aku nak tulis, baik aku tulis. Artikel kali ini bertemakan percutian dan pelancongan domestik (ayat macam pernah bercuti kat overc jer kan). Apa nak buat, lum ada rekzi nak ker over c.

Trip kali nie ke Port Dickson. Plan asal bercuti ke Penang. Disebabkan kesuntukan masa. Hujung November plak baru plan nak bercuti. Dahlah tu, time yang semua free dalam 25-28 Dec 2013 jer. Time tu kena plak cuti sekolah n Krismas. Memang tak lah kalau nak gi Penang kan. Ha inilah hasilnya. Hotel Ancasa All Suites Resort n Spa Port Dickson. 2Day 1 malam jer. 26 hingga 27 Disember 2013. 






Ni kali pertama aku check in kat hotel nie. Hotel apa nie?? tak pernah dengar pun. Kebetulan jumpa masa menggoogle. Try review kat Agoda. Bleh tahan gak. Jenis apartment. Ada  jenis 2 bilik n 3 bilik. 

2 Bedroom Garden View (per night)
MYR
248.28
(1 night for MYR 248.28)
Breakfast Included
Hotel tax 6% not included, Service charge 10% not included

 3 Bedroom Garden View (per night)            MYR 334.48
 (1 night for MYR 334.48)
 Breakfast Included


Apalagi kitorang pun sambar lah satu yang jenis 3 Bedroom.  Toilet ada 2. Satu dalam master bedroom dan satu lagi kat luar. Dapur pun ada. Apartment besar. Walaupuan 3 bedroom tapi kitorang sumbat sampai 4 family. Cuma part perabot dia agak ketinggalan zaman lah (usang) . TV pun masih pakai TV zaman 90an yang besar tu. Apapun oklah untuk wat tido, rehat2 n salin pakaian. 



Kitorang sampai kul 1.00 +++ kot. Terawal plak. Itu pun dah lepak lama kat R&R Seremban. Check in plak kul 3pm. Memang terbaek lah kan. Nak tunggu lagi 2 jam. Disebabkan sampai awal, tak bleh nak check in lagi. So, dari buang masa, baik bawak anak2 gi terjun swimming pool dulu. Lain macam plak swimming pool kat sini. Sejuk semacam tak macam kat tempat lain. Suam2 jer. 

Kesian..Check in lambat lagi. Umar dah check in atas meja dulu,.basah2 pun bleh tido.

view swimming pool dari balkoni .

Agak2 kalau nak mandi bilik air penuh terjun jer dari atas nie. Kalau korang duk ground floor lah. Tapi siapa yang bawak anak2, hati2, jangan biarkan anak duk balkoni sorang2. Takut berlaku kejadian yang tak diingini. Manalah tau, anak panjat kan atau pagar balkoni tu tak kukuh ker. Dan pastikan sliding door ke balkoni tu sentiasa di tutup Lagi satu tingkap bilik. Coz ada bilik yang mana katil @ almari cermin dalam bilik terlalu hampir dengan tingkap. Dan tingkap kat apartment nie plak jenis yang mudah dibuka. . 

Gambar kat goole..lebih kurang ginilah ruang tamu tu

Tapi apa yang best kat sini,  apartment nie dekat jer ngan pantai. Memang tujuan utama gi PD nie nak ke pantai pun. 












Pantai rasanya open untuk public tapi nampak cam private sket. Mungkin jalan masuk agak tersorok kot.. Taklah crowded sangat ngan pengunjung. Barulah syok kan. Pagi tu dah swimming pool, petang ke pantai plak. Malam, kuar makan ramai2..Soknya sambunng ke pantai lagi. Siap kemas2 barang dalam kul 12.00 check out.



































Apapun trip kali nie macam relax sket dan tak memenatkan sangat. Coz PD dekat jer. Tak lah percutian tu dihabiskan dalam perjalanan. 








No comments:

Post a Comment