Wednesday, May 16, 2012

Rumah dah Siap..


Alhamdulillah, siap gak rumah kitorang nie. Setelah lama menanti akhirnya pada 28 Mac 2012 kitorang terima kunci rumah baru. Walaupun tak sebesar manapun tapi dah cukup memadai buat kitorang sekeluarga. Planing nak beli umah 2 teres 2 tingkat macamana kebiasannya orang beli. Dah banyak tempat gak kitorang survey antaranya Setia Alam, Puncak Perdana, Subang Jaya (Belakang sekolah teknik Shah Alam, TTDI Jaya Shah Alam, Puchong. Kebanyakannya rumah second lah. Coz masa mula-mula cari rumah tu, kitorang fokus lokasi dulu.

Rumah yang ke-2 tu. Dekat ngan taman.


Last-last masa kitorang survey rumah sewa baru area Meru, kitorang nampak satu pemaju nak bukak satu kawasan perumahan baru. Alhamdulillah, ada satu kekosongan coz orang yang booking sebelum nie tak lepas loan. So kitorang pun take over lah rumah tue.




Dalam tempoh dapat kunci ngan pindah rumah tu, kitorang gunakan untuk  pindah barang. Angkat sikit-sikit, sumbat dalam kereta. Barang kecik-kecik jer lah. Kalau peti ais tu muat, kitorang memang dah angkat sendiri dah. Disebabkan peti ais, mesin basuh tak muat nak sumbat dalam kereta, kitorang upahlah mover. Banyak berjasa mover nie tau. Syarikat AST Logistics. Sepanjang kitorang kahwin masuk nie dah 3 kali kitorang pindah dan 3 kali gak kitorang dah guna khidmat diorang.



Kemas tak diorang buat..

Semua benda diorang balut...bagus tul 

Kos mover ni mahal sket lah compare lain-lain. Tapi diorang punyer service tip top. Puas hati lah. Barang pun takder yang rosak. Habis dah citer pasal mover.


Hari ini dalam sejarah..nak story sket rumah2 yang kitorang pernah sewa dulu zaman2 kitorang hidup secara nomad.

Rumah Pertama : 

Damansara Damai (awal 2009 hingga awal 2010)




 Rumah sewa pertama kami. Memori nie..Pengalaman pertama belajar hidup berumah tangga. Dapat anak pun kat sini. Memang best lah duk kat sini. Tak bleh lupa sampai sekarang. Damansara Damai ni ibarat satu taman yang besar (tapi tak lah besar mana). Damansara Damai nie ada lebih kurang 12 jenis kediaman dan 9 daripadanya adalah jenis apartment. 

Nak cari rumah sewa pun senang. Coz ada satu agent yang dilantik. Pergi jer kat ofis agent nie. Bagitau dia nak kediaman jenis apa, nak sewa bulanan berapa. Agent akan buka map Damansara Damai dan akan tunjukkan terus rumah yang ada kekosongan. Lebih kurang cam pilih tempat duduk kat Panggung Wayang lah. Kalau dah berkenan, agent akan bagi kunci dan terus tengok rumah. Kalau dah setuju bayar deposit kat diorang 1+1 ke 2+1 ke dan agreement pun diorang yang akan uruskan nanti. Takyah susah2 tunggu tuan rumah datang. Ntah2 tuan rumah ada kat Beijing ke kan.

Aku duk kat Apartment Impian. Apartment ni privacy sket. Tak campur dengan lot2 apartment lain dan lot2 kedai utama. Dalam kawasan apartment ni jer ada satu kedai runcit, satu restoran dan satu bengkel kereta (Continentel). Kalau nak service kereta tinggal jer, boleh balik rumah jap tengok tv ke. Blah belakang ada pintu access ke Pejabat Pos dan Kawasan lot-lot kedai. Lagi satu Apartment ni sebelah jer ngan RnR Jejantas Sungai Buloh. Walaupun ada kedai tapi orang luar jarang masuk sebab berpagar dan ada pos pengawal. . Parking pun ok. Coz cam ada apartment lain. Bawah Apartment diorang kedai2 utama. Paham2 jerlah kan, sibuk dan bising sket. Yang bersekali ngan tapak pasar pun ada. 

Lagi satu Apartment ni, sepanjang aku duduk x ada warga asing yang duk kat sini. Tak macam apartment lain, bersepah. Malam2 kalau lapar takyah risau coz ada kedai mamak (Restoran Mahbub), McD n banyak warung2 tepi jalan. Dekat jer. Paling best Nasi kukus kat situ (Lot2 kedai bersebelahan Apartment Saujana), tak perlu mengharungi jem dan trafic light. Waktu malam kat situ meriah, ramai orang.

Lain2 kemudahan : 
Sekolah, Masjid, Klinik Kesihatan (swasta), Stesen Minyak (Shell dan Petronas), Bank (Maybank), Pasaraya MaxValue (Aeon punya), (Pejabat Pos, Klinik, Bengkel Kereta, Kedai Runcit, Restoran (McD, Mamak, goreng), pasar malam, bengkel kereta. 

Pasaraya MaxValue 

Kawasan Terhampir : 

1. Hospital (Sg. Buloh) pun dekat jer, lebih kurang 15 minit perjalanan.
2. KTM Komuter Sg. Buloh. Ondaway ke Hospital jumpa Komuter dulu.
3. Plaza Tol Plus (Susur Sungai Buloh/ Kuala Selangor / Kepong). 
    Nak balik Kedah pun senang.

Cuma problem waktu pergi kejer ngan balik kejer lah, jem sket. Maklumlah jalan keluar dan masuk cuma satu jer. Kalau nak lebih info bolehlah layari website nie : http://www.damansara-damai.com/siapa-kami.php



Rumah Ke-2

Flora Damansara : Awal 2010 – Oktober 2010

Duk kat tingkat 23. Masalah paling utama, parking dan lif. Citer pasal parking dulu.

Parking :
Siapa cepat dia dapat. Kalau balik kojer sampai  kul 8 malam ke atas, memanglah susah nak dapat parking kereta. Kitorang masa duk situ dulu kalau dah dapat parking memang taklah kalau nak kuar balik. Kalau kul 8 malam pun dah susah nak parking apatah lagi kalau kul 10 malam ke atas kan. Kitorang kalau nak kuar gi Tesco ke Shopping Mall ke, kitorang kuar hari sabtu ahad dan waktu siang jer dan kitorang akan pastikan kitorang balik sebelum jam 9 malam jika hari sabtu dan 7 malam pada hari Ahad. Kalau dah kul 10 nasib2 jer ada.   Parking kat situ plak bertindih tindih. Suka hati diorang jer. Ada yang ok letaklah no fon, yang takder memang kena pecah cermin lah jawabnya.  Diorang plak tarik hand brek. Coz parking kat situ curam. Nak tolak pun tak bleh. Jangan kata nak parking, nak kuar dari parking pun problem. Laluan dah lah satu jer, itulah laluan parking itulah laluan utama kuar masuk. astrokk dibuatnya.

Lif : 
Ada 3 lif jer, yang rosak biasa 2. ha ha. Memang berebut lah. Kena plak 24 tingkat. Memang 2,3 trip lah. Kalau kes camnie aku ngan wife biasa akan naik tangga ke tingkat 1 dulu, naik plak lif yang ondaway nak turun ke bawah. Sampai bawah orang lain keluar kitorang maintain kat dalam jer. Takyah berebut dah ngan orang kat bawah. Bijak tak. Ni bukan potong Q tau. Naik tangga ke atas pun usaha gak namanya. Penah lah satu lif rosak. Kitorang naik tangga sampai tingakt 23. Aku dukung anak , wife bawak barang. Nak tercabut lah lulut nie. Dah lah baru balik kejer. Setiap 3 tingkat kitorang berhenti, sampai lah tingkat 23. Tak lama pas tu kitorang pun pindah lah rumah.
Kemudahan
Kedai runcit, restoran, 7 Eleven. Tak banyak lah. Cuma dekat sket jer dengan Tesco dan The Curve. Nak pergi One Utama pun dekat. Tak perlu bayar tol.

Rumah Ketiga 
Pangsapuri Meru Ehsan (November 2010 – April 2012)

Yang ni better banyak dari Flora la. Tapi Damansara Damai lagi best. Terletak di Meru Klang. Ini home town aku. Duk tingkat 3. No lif. Yang ni pun lebih kurang setahun jer aku duk sini. Barang dari Flora pun x habis kemas lagi..Coz dah tau, nanti nak pindah lagi..

Rumah ke 4.
Taman Desa Kencana Bukit Kapar Klang. (Rumah baru kitorang)


Citer pasal kos rumah baru plak. Banyak gak kan pakai duit bila pindah rumah nie.
Almaklumlah, rumah baru, Lampu kipas semua kena beli sendiri. Belum masuk wiring. Cat buat sendiri. Itupun ruang tamu jer. Laman luar rumah lagi. Apapun semua yang penting-penting dan selesai. Sekarang ni tinggal proses mengemas and buat dekorasi jer. Walaupun kitorang dah pindah hampir sebulan, tapi tak siap lagi mengemas. Boleh kata tiap malam tido kul 12.00. Takder pilihan coz, rumah kitorang Cuma ada 3 bilik and 2 bilik air jer. Kalau ada satu lagi bilik boleh kitorang buat stor. So, nak tak nak semua barang dalam box kena buka. Kalau tak memang semak la bilik tu. Penat tu memanglah penat. Rumah baru punya pasal, semangat lebih. Hi hii.









6 comments:

  1. dah agak dah..senyap2 je beli rumah yek..siap dah pindah dah pon yek..korg mmg suka senyap2 yek..

    ReplyDelete
  2. tahniah..nnt buat doa selamat ke makan2 ke jgn lupa calling tau..hehehehe

    ReplyDelete
  3. thanks..sori tak bagitau. insyaAllah dalam bulan enam ni kot kitorang plan nak wat kenduri sket. Nanti kitorang invite..Tak yah tunggu kenduri pun takper. Kalau-kalau free weekend datang la umah.

    ReplyDelete
  4. tu lah..Duk rumah sendiri memang syok..walaupun tak besar mana..

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum....masih ada tak no hp pemilik pangsapuri meru ehsan?sy bakal berkahwin dlm masa terdekat ni ..nk mencuba nasib manalah tau kalau ade kosong ..hehehe ..ni alamat email dan no hp farabill89@gmail.com 011548011

    ReplyDelete