Wednesday, October 1, 2014

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH


Baru2 nie aku adalah pergi ke ceramah Dato' Fadzilah Kamsah. Antara story beliau yang menarik ialah Gangguan Jin. Dato Fadzilah kata antara tanda2 rumah ada gangguan jin :


1.Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
2.Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
3.Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah



Tetiba plak teringat rumah sewa lama aku dulu kat Apartment Impian Damansara Damai..Tanda no.1 dan 2 tu setiap hari @ 24 hours. Yang ke3 tu alhamdulilah tak pernah. Mintak simpang. Kalau betullah, rupanya selama nie aku bertekak ngan jin lah yer.  Apa taknya, setiap kali bising, aku pun jerit lah, wooi, diamlah!!!..nak tengok AF pun susah!!..Tapi no respon. Pernah sekali naik atas  (Ini kalau dah bising tahap Godzilla dah nie). Konon nak sound la jiran atas aku nie, tapi takde orang . Rumah plak cam rumah tinggal. Mistik betul. Tapi malam ada lampu. Konfius??. Mula2 malas nak pikir benda mistik2 nie. Tapi timing dia punya bising dah tahap luar pemikiran otak aku dah nie. Mula lah aku pikir bukan2. 

Bunyi orang sapu lantai (guna penyapu lidi) seawal jam 3 pagi.

Bunyi orang seret/tarik perabot. Lama plak tu dari siang ke malam. 

Bunyi guli/ jarum jatuh atas mozek@simen. Lagi pelik kalau jadi tengah malam atau kul 2 3 pagi.

Semuanya setiap hari. Tiada hari tanpa bunyi..Dah tak larat nak marah dah, setiap hari baca suarah Yassin pun tak bleh nak stop bunyi tu.Tapi alhamdulilah, tiada apa yang berlaku. Bertahan aku duk situ selama setahun.

Sekian kisah benar dari saya.





3 comments:

  1. Gila...sy pn kena cm tu tp lagi teruk...dah 5 tahun dah..makin lama makin teruk smpi x boleh tido..dah la ppuan...nasib la bdn..skrg tgh cr ustaz utk membantu..

    ReplyDelete
  2. rumah sewa saya pula lain sedikit ceritanya.saya tak tahu nak jelaskn makhluk jenis apa yg mnggnggu krn selain dr bayangan dn bunyi2 ganjil ia juga mncuri makanan! utk makluman kami hnya tnggal brdua shaja d rumah.pergi kerja brsama pulang pn brsama.kami juga gemar makan kek.isteri saya sukakn kek perisa coklat dn saya strawberi. 1 mlm saya telah mbeli 3 jenis perisa kek iaitu cheese, coklat dn strawberry. saya smpan dlm peti ais utk stok tpi alangkah geramnya keesokan paginya buka peti ais kek kegemaran saya tu dah hilang! mula tu saya syak isteri saya sngaja nak brgurau jadi saya tak kesah sngat.saya pn pegi mbeli lagi kek
    kegemaran saya tu tpi perkara yg sama brulang. yg mnyakitkn hati ialah kek lain tak d usik pn. barulah pelan2 saya sedar iaitu apa saja kuih muih yg brwarna merah mesti lesap.begitu juga dgn ikan yg d goreng.trutama ikan tulai, ikan jenis lain tak d usik langsung.

    ReplyDelete
  3. anak buah saya brumur 6 tahun menemani isteri slama saya mngerjakan umrah telah demam teruk shingga mracau2. apa bila d tanya kenapa dia meracau2 dia pn bagi tau ada sorg trus2an mbawa dia brmain walaupn dah d tolak brkali2 .org tu akn mula marah dn mukanya akn brtukar mnjadi sperti muka anjing.

    ReplyDelete